BAB 1

Humor Series 28108

Ah ! bosannya. Getus hati Zulaika sendirian. Dia melangkah longlai terus berjalan tanpa arah tuju. Sesekali menyepak tin kosong yang dijumpainya di pertengahan jalan sebentar tadi. Tin yang kelihatan elok fizikalnya itu sudah kelihatan kemek dek penangan Zulaika. Sekali disepak terus melantun nun jauh di hadapan sana. Puas hati… Zulaika berjalan lagi. Entah ke mana hala tujunya selepas ini ke utara, selatan, timur dan barat..Ah….dia sendiri tidak pasti.

” Zul…Zul…tunggu aku.” Sayup suara seseorang hadir di pendengaran telinga Zulaika . Langkahnya terhenti seketika. Hisyh..Senyap pula. ‘Bukan aku la tu. Macamlah nama aku sorang jer Zul’ ..hehe… Detik hatinya sendiri apabila tidak kedengaran lagi nama ‘Zul’ itu dipanggil. Langkahnya diteruskan kali ini lebih laju dari tadi.

Tiba-tiba terasa bahunya disentuh oleh seseorang, terkejut bukan kepalang dibuatnya. Mujurlah dia tidak menjerit. Kalau tidak jatuhlah ‘standard’nya nanti. Dia berpaling. Huh…mamat ni!

” Hey, Zul tunggulah aku.” Tercungap-cungap nafas Ikhwan ketika itu. Dia menenangkan diri seketika sehingga nafasnya kembali teratur. Zulaika hanya memerhatikan saja tingkah laku temannya itu.

” Penatnya” keluh Ikhwan lagi. Ketika dia baru saja keluar dari sebuah kedai handphone untuk membeli kad topup secara kebetulan dia ternampak kelibat Zulaika yang sedang berjalan keseorangan. Dia memang kenal sangat dengan gaya dan cara jalan Zulaika walaupun dari jauh. Terus saja mengejar Zulaika yang sudah jauh ke hadapan.

” Siapa suruh kau lari?” Soal Zulaika bersahaja sambil meneruskan langkahnya.

” Aku kejar kau la.” Jawabnya spontan.

” Siapa suruh kau kejar aku.”

” Suka hati akulah.”

” Apasal beb….cari aku?” Soal Zulaika dengan gaya kasarnya. Ikhwan mencebik. ‘Muka lembut ada hati nak jadi tomboy’.

” Nak jumpa kaulah…Rindu.” Jawab Ikhwan selamba. Dia tersengeh nakal memandang wajah temannya itu. Sudah tiga hari dia tidak bertemu dengan empunya diri. Kesibukan kerjanya membataskan dia untuk selalu berjumpa dengan Zulaika.

” Hissyh…Tak sesuai okey nak rindu kat aku.” Balas Zulaika dengan mimik mukanya sekali.

” Hai, Zul !” Tiba-tiba satu kumpulan yang entah dari mana muncul datang menghampiri mereka berdua. Masing-masing mengenakan pakaian serba hitam.

” Hi, how are you?” Tegur salah seorang daripada mereka sambil menyalami Zulaika. Begitu juga yang lain turut berbuat perkara yang sama. Ikhwan hanya melihat Zulaika yang melayan mereka seolah-olah sudah lama mengenali mereka. Seringkali dia menghadapi situasi yang sama apabila berjalan dengan temannya itu. Ada saja orang yang mengenali Zulaika.

” Fine, nak pergi mana ni?” Soal Zulaika lagi kelihatan ceria.

” Alah….biasalah. lepak-lepak…ronda-ronda…Boring ni tau. Joinlah kita orang sekali.” Jawab seorang rakan yang lain.

” Eh, siapa kat sebelah ni. Bf ek? ”

” Tak mainlah, tengok oranglah beb!.” Jawab Zulaika sambil ketawa sekilas merenung ke arah Ikhwan disebelahnya yang sedari tadi tidak bersuara. Ikhwan turut menoleh kearahnya. Kalau boleh dia memang tidak mahu temannya itu bergaul dengan orang sebarangan. Tapi kenapa dia perlu menghalang? Itu hak Zulaika untuk bergaul dengan sesiapa pun. Tapi dia tidak suka Zulaika bergaul dengan orang yang entah apa-apa.

” So? ”

” Hmm…Aku ikut kor…” Zulaika tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila dipintas oleh Ikhwan.

” Err…sebenarnya kami berdua nak pergi makan, tak dapatlah nak join sekali” Pintas Ikhwan cepat. Sebenarnya dia hanya berbohong. ‘Bohong sunat diharuskan kalau keadaan terdesak.’

Laju saja tengkuk Zulaika berpaling menghadap Ikhwan sambil mengetap bibir menahan geram. Dia menjengilkan matanya memandang Ikhwan. ‘Memang nak kena mamat ni’.

” Bila masa aku nak pergi makan dengan kau?” Soal Zulaika bengang.

” Tadikan kau ada cakap kau lapar.” Jawab Ikhwan. Sebenarnya dia sudah menduga reaksi Zulaika dan dia sudah bersedia untuk menghadapinya.

” Eh, aku tak de pun cakap aku nak pergi makan okey!” Keras nada Zulaika.

” Ada tadi. Agaknya kau dah lupa kut.” Tambahnya lag. Ikhwan masih tidak mengalah.

” Aku tak tua lagi nak lupa ok.” Bentak Zulaika lagi.

” Hai, Kau ingat yang tua je ada penyakit lupa.” Sindir Ikhwan menaikkan lagi darah Zulaika. Mereka yang menjadi penonton pada ‘pertengkaran’ itu hanya menjungkit bahu. Tidak tahu hujung pangkalnya.

” What’s wrong with you?” Soal Zulaika berang. Suaranya sudah berubah.

” Zul, kalau macam tu kita orang blah dululah…jumpa lagi okey.” Ujar salah seorang daripada mereka dan serta merta menghentikan ‘pertengkaran’ antara Zulaika dan Ikhwan. Tanpa membuang masa mereka terus berlalu pergi.

” Ini kau punya pasallah” Marah Zulaika dan terus melangkah meninggalkan Ikhwan. Ikhwan tahu Zulaika sedang marahkannya.

” Eh, aku pula!”

” Kau ni memanglah….” Langkah Zulaika terhenti. Secara spontan dia terus menumbuk bahu Ikhwan yang berjalan di sebelahnya. Dia tiba-tiba jadi geram dengan Ikhwan. Apa saja yang hendak dilakukan, Ikhwan selalu saja menjadi penghalangnya sejak dulu lagi.

” Aduh…Sakitlah, ganasnya kau ni.” Ikhwan menggosok-gosok bahunya. ‘Penangan tomboy ni boleh tahan juga’. Detik hatinya.

” Padan muka.” Ejek Zulaika puas. Zulaika terus melangkah laju meninggalkan Ikhwan.

” Zulaika.” Panggil Ikhwan dengan nama penuh temannya. Dia tahu Zulaika pasti tidak suka dia memanggil nama itu. Dilihat Zulaika tidak mempedulikan panggilannya dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Ikhwan tidak berputus asa dia terus mengejar Zulaika. Kadang-kadang dia terasa amat bersalah kerana seringkali membuatkan Zulaika marah. Tapi apakan daya kerana dia mempunyai alasan yang tersendiri untuk berbuat demikian.

” Zulaika.” Laung Ikhwan lagi.

” Jangan ikut akulah.” Marah Zulaika. Rasa geram pada temannya itu masih tidak hilang.

” Zulaika aku minta maaf.” Ucap Ikhwan.

” Aku Zul okey ”

” Zulaika.”

” Kau ni memang sengaja nak naikkan darah aku tau.” Dia ingin menyepak kaki Ikhwan. Tetapi mujurlah sempat dielak oleh Ikhwan. Selalu saja Ikhwan menjadi mangsa apabila Zulaika melepaskan geramnya. Memang patut pun dia kena sebab dia jugalah yang selalu membuatkan Zulaika marah.

” Kalau kau maafkan aku, aku panggil kau Zul.”

” Banyaklah cengkadak kau. Tak kuasa aku.”

” Zulaika.” Panggil Ikhwan sekali lagi. Langkah Zulaika terhenti.

” Wan….” Jerit Zulaika sekuat hati. Kelihatan beberapa orang yang lalu lalang di situ memandang pelik ke arah mereka. Zulaika menutup mulut. Alamak…Jeritannya secara tiba-tiba telah menarik perhatian ramai.

” Apasal kau jerit kuat sangat.” Bisik Ikhwan ke telinga Zulaika dan terus menarik tangan Zulaika berlalu dari situ. Zulaika tidak menjawab dia hanya mendiamkan diri. Sebenarnya dia berasa amat malu sebentar tadi. Tapi sengaja dia buat muka selamba.

” Lepaslah.” Zulaika menarik tangannya kasar dari pengangan Ikhwan.

” Maafkan aku okey.” Pujuk Ikhwan lagi.

Zulaika tidak menjawab. Dia hanya diam membisu. Kali ini rajuk Zulaika agak panjang dari sebelumnya. Selalunya mudah saja untuk dia memujuk. Ah…. ‘kalau dah namanya perempuan naluri itu pasti ada’. Dalam pada kekasarannya tetap ada terselit sedikit kelembutan. Itulah apa yang diperhatikan oleh Ikhwan selama ini.

” Zul…please forgive me.” Ucap Ikhwan lagi tidak patah semangat. Zulaika masih tidak pedulikannya.

” Zullll……” Panggilan Ikhwan lagi.

” Hantar aku balik.” Pinta Zulaika tiba-tiba. Ikhwan tersenyum. Dia yakin Zulaika sudah memaafkannya.

” Oraittt…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience