Bab 34

Action Series 6386

Waktu itu kandungan Nuhayra sudah mencecah enam bulan. Perutnya makin membesar dan membuncit. Meskipun pada awalnya dia tidak boleh menerima janin ini tetapi sekarang dia begitu bahagia menanti detik melahirkan zuriatnya.

Angin yang menyapa kuat menerbangkan rambutnya. Kulit terasa sejuk saat bayu malam menghembus. Segala ketenangan makin membuatkannya Nuhayra kuat menghadapi liku kehidupan.

Selama tempoh kandungannya, Naura dan sekeluarganya adalah manusia yang begitu banyak membantu dalam menjaga kandungannya. Jasa keluarga Naura terlalu besar hingga tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.

"Ayra! Mari sini makan!" laung ibu Naura dari dapur.

"Sekejap makcik!"

Dia bangun dari atas katil dan menuju ke cermin untuk melihat perkembangan perutnya. Beginilah rutin hariannya. Ingin melihat janinnya membesar dengan sihat.

Dalam dia membelek tubuhnya yang makin berisi, mata Nuhayra terpandangkan bahagian kainnya basah. Dahinya berkerut. Tak kan aku terkencing kut."

"Ayra! Bakpo lambat do'ohnyo?" pintu diketuk.

"Kejap, Na! Aku dalam tandas ni."

"Okey."

Pakaian ditukar dan selepas itu dia pergi ke dapur untuk menjamah makanan tapi dia dapat rasakan yang seluar yang dipakainya masih basah. Timbul rasa pelik di hatinya.

"Kenapa lambat?"

"Pergi buang air tadi." jawab Nuhayra malu-malu.

"Hmmm, makan ni. Ni makcik buat masak lemak cili padi mangga dengan ikan masin. Sedap tau. Masam-masam macam tu memang menyengat makanan."

Terliur mulut ibu Naura sewaktu menyebut nama menu masakannya.

Saat Nuhayra melabuhkan punggungnya di atas kerusi, perutnya rasa memulas. Makin banyak air yang mengalir di celahan kakinya.

"Makcik..."

"Ya..."

"Kenapa dari tadi asyik keluar air je? Tapi Ayra bukan kencing." beritahunya, bimbang akan keadaan kandungannya.

"Hah? Bangun sini makcik tengok."

Arahan dipatuhi. Nuhayra bangun berdiri di hadapan ibu Naura.

"Eh, ni air ketuban ni Ayra. Kamu belum sembilan bulan lagi ni. Dah jom, pergi hospital."

Apa yang diberitahu oleh ibu Naura membuatkan dada Nuhayra hampir meletup. Degupan jantungnya laju dipam. Seluruh tubuhnya menggigil. Perutnya dipegang dan berdoa agar tiada perkara buruk yang berlaku.

"Kenapa makcik?"

"Jom cepat, Ayra!"

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience