#11

Other Completed 5709

#11
Kenapa Aku Dan Kebanyakan Orang Lelaki Suka Berjoging? (Bahagian 2)

So, selepas cakap besar yang jatuh macam pekara kecik, gadis comel tu pun pelawa jogging sama-sama. Yang dia tahu, hari tu aku dan dia jogging hamper 10KM. Yang dia tak tahu adalah itu kali pertama aku jogging lebih 100 meter lepas sekian lama berhenti jogging. Semput dia jangan cakap. Macam seumur hidup tak pernah bernafas. Itu dalaman. Luaran, mak aih. Steady gila. Sambil-sambil tu tak lupa bersembang tentang biasanya 20km satu kali jogging. Cakap besar tak lupa.

Aku tak pasti aku berjaya impress dia ke tak. Tapi, lepas aku sedar dari pengsan, dekat genggaman tangan aku ada secebis kertas tertulis nama dia dan nombor telefon dia. Of course la aku pengsan lepas dia balik. Tak mungkin sebelum itu. Aku melompat riang. Lompat seronok. Lepas tu, aku pegang pinggang. Lenguh. Balik dalam keadaan kaki menggigil.

Pendek cerita, hubungan jadi makin erat. Dan kami pun berjaya couple.

*******

Aku ada fantasi itu.

Tapi, ada satu masalah untuk merealisasikan fantasi itu, macam hampir mustahil aku rasa.

Aku tak tahulah aku jogging salah tempat ataupun cuma aku takde luck nak bertembung dengan situasi ini. Tapi, kalau korang semua perasan, suatu ketika dahulu hampir semua, iklan tv, movie menampilkan satu ideologi bahawa, awek cun suka jogging. Dan kalau kau jogging pagi-pagi, kau boleh jumpa awek cun turut sama jogging. Dan hampir lebih 6 Tahun aku jogging, balik-balik orang yang “terpaksa” jogging je aku jumpa.

Korang faham maksud aku kan? “Terpaksa” jogging. Aku taknak la terangkan

dengan lebih detail sebab nanti orang gemuk terasa.

Kalau tak kena bahan dengan member-member yang diri dia tu gemuk, pergi mampus la nak sarung kasut jogging Nike yang dah lapan tahu beli tapi cuma 3 kali pakai tu.

Dan, dan. Kalau tak “terpaksa” jogging, yang ada cuma la warga emas yang nak menghirup udara segar petang-petang. Ah, fantasi apa la yang boleh diwujudkan dengan mereka. Kau boleh? Eee, kau jijik sial.

Dan, dan. Yang paling sedih adalah, kalau jumpa gadis comel pun, bila botol air dia terjatuh, pasti suami dia dah tolong angkatkan untuk dia. Aku anggap la dia suami.

Kesimpulannya, TV tu penipu. Termasuk la cerita Setia Hujung Nyawa yang tengah tayang dekat TV3 tu pun menipu. Apa ke sweet sangat kahwin muda bermanja-manja macam tu. Buat aku sampai rasa nak kahwin sekarang jugak.

Ishh.

Ishh ishh.

Makkk!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience