8

Drama Completed 10559

Arash memerhatiku. apa yang tertulis di wajahku pun aku tak tahu.
"arash.. kamu tangok apa.. saya mengajar dekat depan ni"ujar cikgu riduan
"tengok bidadari cikgu"ujarnya.aku menoleh. semua kelas tertawa. pahanya aku cubit. digosok pahanya.
"jangan kemaruk sangat.. "usik cikgu riduan. semua pelajar tertawa.
"nyaris kantoi tadi.. "marahku
"sayang tu la.. kenapa cantik sangat"dia membetulkan tudungku
"isteri sapa"soalku
"isteri iyannnn"aku tersenyum.
"hajar dah siap senarai"soal fahmi yang berdiri disebelahku. arash menarik kerusiku dekat dengannya. direnung fahmi tidak puas hati. senarai yang dimintanya aku siapkan. kami berbincang tentang pengiraan budget dan sebagainya. arash tetap menyibuk.. aku menolaknya ke tepi. dia menongkat dahinya dibelakangku.dicubit cubit belakangku. aku menepis. kacau laaa...
"apa... tengah mengira ni"marah ku. dia menjuihkan mulut. kami berpindah ke meja guru agar senang untuk berbincang. kerusi ku ditendang dan dia keluar dan berdiri di balkoni menghadap ke dalam kelas. aku tidak mengendahkannya.
"hajar... abis la kau.. singa dah marah"bisik syirah
"lantak la dia"kami berbincang bertiga.
"arashhh"panggil farah.aku menoleh. lengan arash dirangkulnya.aku merenung tajam. aku membuat isyarat anda dihatikan dan jari ku aku genggam kemas. mukanya cuak. dilepaskan tangan farah dan masuk ke dalam kelas.aku memerhati sahaja dengan renungan tajam. dia seperti tikus bertemu kucing. dia duduk dikerusi. farah yang mengikutnya dari belakang duduk dikerusiku. muka arash cuak. aku menjengilkan mataku lalu dia meletakan kepalanya kemeja dan diterkup dengan beg. farah keluar dengan amarah.hahaha baru kau tahu penangan seorang isteri...diva diva.. cengeng.. syirah tertawa
"kau kenapa"soalku.
"kelakar pula aku tengok si arash tu.. padan muka farah"kami tertawa.
"korang dengar tak"soal fahmi
"hah...dengar dengar... "balas kami

"iyan.. iyan.. jom masuk makmal"ajakku.aku menyelak begnya. la tidur budak bertuah ni..
"iyan... "bahunya aku goncang.dia terjaga.
"apa.. "soalnya
"jom masuk makmal"ajakku.dia menggeliat.aku bangun dan berjalan ke makmal dengan syira. dia ketinggalan.tempat duduknya di isi fahmi. dia duduk di meja belakang. akhirnya aku dapat belajar dengan tenteram. entah macam mana bahan ujian yang kami lakukan meletup dan terkena muka dan mata ku. aku mengerang kesakitan.aku diperiksa teacher teo dan diberi rawatan.
"fahmi bawa dia pergi bilik rawatan"pinta teacher teo.
"saya bawakan cikgu"pintanya.risau agaknya
"kamu duduk biar fahmi bawakan"aku keluar dari makmal dan bertembung dengan sir rahimi.
"kenapa dengan hajar.. "soal sir risau.
"dia terkena chemical tapi takde apa yang serius.. cuma perlu pemantaun buat semetara"terang teacher teo.
"takpe fahmi kamu boleh masuk ke kelas saya bawa hajar ke klinik la cikgu"ujar sir rahimi. aku memandang arash. dia kalut tapi tidak dapat mendekatiku.kasihan dia.. aku ke klinik dan mendapat rawatan.
"awak nak balik rumah ke..saya hantarkan."pelawanya
"eh tak pe sir.. saya nak balik ke sekolah.. beg saya ada kat situ.. "dalihku. padahal hatiku risau akan arash. bagaimana dia.. ok ke dia..

arash gembira apabila melihat kelibatku. sir rahimi masuk ke kelas. arash menarik kerusi ku.
"siti kamu tukar tempat dengan hajar sekejap ya.. sebab dia cedera mata dia perlukan pengudaraan yang baik"pintanya.siti bangun dan membawa begnya pergi. barang barangku di ambil syirah. dari raut wajah sir aku tahu dia sengaja mengambil kesempatan. dia tersenyum sinis dan senyuman itu buat arash. aku mula rasa bersalah.sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. mataku sesekali perit dan kadang kadang gatal. aku mengeluarkan ubat titis.ubat itu diambil oleh sir rahimi dan dia menitiskan ubat itu ke mataku dan dilekat kembali kain yang menutup mataku.aku ralat. kelakuan yang tidak ku duga.habis aku balik nanti..
mesti menyinga mamat tu... Ya Allah bantu hambaMu ini doaku.

"ayong kenapa mata"soal redza.
"kena bahan kimia tadi dekat makmal"jelasku.
"Allahurabbi..anisa ok ke... macam mana boleh kena"soal ibu.
"tiba tiba meletup"jelasku lalu masuk kedalam kereta.
"iyan mana"soal ibu. aku hanya mengangkat bahu.ibu berdiri diluar kereta menanti arash. tidak lama itu dia keluar dari pagar sekolah beriringan farah.disalam ibu.
"ibu ni farah kawan iyan.. "jelasnya. matanya tertumpu padaku yang berada di tempat duduk belakang.
"aunty.. "farah bersalam dengan ibu.
"iyan balik lewat sikit sebab iyan nak kena beli barang untuk kelab bahasa inggeris"ujarnya.aku tidak mengendahkan mereka. aku melelapkan mata. kereta itu meluncur pulang.aku mandi dan terus tidur. selera ku hilang.. mata ku sakit tapi sakit lagi hatiku. aku mengantuk akibat ubat yang aku makan sebentar tadi.kalau ada ubat untuk hilangkan sakit hati aku dah makan...geram aku terbuku elok. kedengaran bising di laman rumah. aku menjengah. arash... aku bangun dan merapikan diri. aku sarung tudungku dan aku turun ke bawah bersama milo ais kesukaannya tapi langkah ku terhenti apabila melihat kelibat farah.
"hajar"sapa farah.. dia seakan terkejut dengan kehadiranku
"ye aku.. "balasku lalu aku duduk ditangga
"kau buat apa dekat sini"soalnya
"ni rumah aku"jawabku
"arash... "farah mahu mendapatkan kepastian
"kami sepupu.. aku tinggal dengan dia"jawab arash
"sepupu"seperti jantungku ditumbuk kuat.perkataan yang selalu aku ucapkan tapi kali ini terasa sakit dengan perkataan itu.
"tak faham.. "soal farah.
"tak faham tak payah faham dan tak perlu faham"sampukku
"aku tak tanya kau"marah farah
"kami pindah dari melaka sebab bisnes mak aku down.. so mak aku balik sini lagipin waktu tu arwah paklong aku tak sihat.. so mak aku nak jaga la abang dia dan bila dah pak long takde ni dah jadi tanggungjawab kami jaga dia adik beradik"ceritanya.wahhh...senangnya cerita dia.. aku makin geram.
"kesian arash baru form five dah pikul tanggungjawab berat... ayah arash mana"soal farah
"paksu kerja"jawab ku. arash memandang ke arah ku.
"ayah aku dalam penjara"jujurnya
"kenapa"soal farah lagi
"kau pergi balik boleh"halau ku
"ayah hajar mati disebabkan ayah aku"terangnya lagi.farah terkejut. dia terdiam.
"ayah aku cuba perkosa hajar tapi arwah paklong cuba mengalang..ayah aku tikam leher dan jantung paklong."nadanya bergetar.
"sorry arash.. farah tak tahu... "ujarnya.
"sedapnya milo ais.. ahhh lega"provok ku. tapi tiada jawapan. arash meraup wajahnya. mukanya merah menahan tangis. aku meletakkan air ditangga.aku mahu memeluk tubuh itu tapi farah lebih dahulu memeluknya.kali pertama aku melihat arash sugul begitu. farah menenangkan arash.aku masuk ke dalam rumah dengan baki air milo. ais ketul aku gigit hingga lumat. perasaan aku tidak enak.sedih..sakit.. geram dan bersalah bercampur baur..yang penting aku tidak suka dengan apa yang aku rasakan sekarang. aku tidak gembira.

"iyan.. makan jom"aku mengetuk pintu biliknya tapi tidak berjawab. dari petang tadi dia hanya terkurung dalam bilik. aku risau
"korang gaduh ke"soal qayyum
"tak.. mana ada"balasku.
"dia mood swimg tu.. biarlah dia.. esok esok ok lah tu"ujar ibu.
"ok.. tapi mood swing tu apa"soalku
"ngok la kau yong"seloroh qayyum. aku hanya tersenyum seperti kerang busuk. aku menyiapkan kerja sekolah. aku melihat syiling biliknya gelap.sudah tidur kah dia. aku keluar dan mengetuk pintu biliknya..
"iyan tolong sapukan ubat mata untuk anisa"pinta ku. tapi tiada balasan. diam. ishh tak boleh jadi ni... aku masuk semula ke bilik ku.. aku intai tingkap biliknya terbuka. aku turun ke bawah dan kucapai tangga lalu aku panjat tingkap biliknya.dia diperbaringan mengadap dinding.
"iyan.. "bisik ku tiada jawapan
"iyannn.. iyannnn.."aku cuba melangkah kedalam tapi aku hilang imbangan aku terjatuh ke lantai.. arash terkejut lalu bangun
"apa tu.."tempik ibu
"kucing ibu"tempikku.diam.
"sayang"arash terkejut melihatku.
"aduh.. "aku menyapu siku dan lututku. aku duduk disebelahnya
"buat apa malam malam panjat tingkap"soal arash. diperiksa tubuhku
"nak tengok iyan la.. anisa panggil tak menyahut.. risau tau"ujarku.rambutnya aku seka ketepi kerana menghalang pandanganku.
"mood iyan tak ok ke"soalku.dia diam. wajahnya diraup dan dilepaskan keluhan kesal.
"iyan bukan suami yang baik.. iyan gagal jadi ketua keluarga yang baik"ujarnya.manik manik jernih menitis ditangannya
"kenapa cakap macam tu"soalku
"sebab iyan anak seorang pembunuh"ujarnya
"bukan salah iyan.. lagipun semua dah selesai.. kami semua dah lupakan dan dah maafkan paksu"ujarku
"iyan rasa iyan tak boleh pikul tanggungjawab ni lagi... iyan nak lepaskan semuanya.. berat sangat beban ni"
"kenapa cakap macam tu.. takde sapa pun salahkan iyan.. semua orang sayangkan iyan."ujarku lagi
"tapi beban ni terlalu berat untuk iyan.. iyan tak mampu"tangisnya
"Allah uji umatNya mengikut kemampuan umatNya.. Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi dari kemampuannya"ujarku.
"tapi iyan tak kuat.. iyan tak mampu.. apatah lagi nak jaga sayang"ujarnya
"kan kita dah janji dah jaga keluarga ni sama sama.. nak corak rumahtangga kita sama sama"ingatku
"maaf iyan tak boleh.. iyan tak kuat"dia teresak esak.. hati aku sedih melihat dia dialam keadaan begitu. kacau...sugul... aku terasa peritnya
"anisa ada.. anisa akan sentiasa ada dengan iyan...anisa sentiasa akan sokong iyan"ujarku.
"sayang tak perlu susahkan diri dengan orang berputus harap macam iyan.. sayang boleh dapat yang lebih baik dari ini.. iyan sedia melepaskan sayang pergi"
"ARASH SUFIYAN"tempikku..aku tidak menghiraukan sekeliling.. lampu ruang tamu dipasang
"anisa tak sangka rupanya orang yang anisa rasa paling kuat dan gagah dalam rumah ni rupanya tikus yang selalu ketakukan.. bukan takut pada pemangsa tapi takut pada bayang bayang sendiri."marah ku
"iyan.. anisa.. kenapa ni.. "pintu bilik iyan di ketuk ibu.
"iyan minta maaf sebab tak dapat teruskan"dia berdiri dihadapanku
"jangan memain dengan talak arash sufiyan"marahku
"sayang.. "aku menampar pipi arash agar dia bangkit dari kelemahannya. pintu biliknya aku buka dan pintu bilikku aku hempas kuat.
"arash sufiyan.. kenapa"soal ibu..
"dia nak ceraikan anisa ibu"tempikku
"arash sufiyan...jangan buat kerja gila.."marah ibu
"iyan tak boleh nak hadap wajah dorang tiga beradik..sebab iyan anak seorang pembunuh"tempiknya
"iyan.. tiada siapa salah kan iyan.. iyan kena ingat yang jadi mangsa itu isteri iyan... bukan siapa siapa.. yang terkorban tu ayah mertua iyan.. sepatutnya iyan ada rasa lebih bertanggungjawab bukan rasa bersalah.. iyan tak ingat macam mana sukarnya anisa nak terima kenyataan.. qayyum... iyan ingat dia tak terkesan.. tapi dorang pilih untuk teruskan kehidupan dorang.. dorang positif.. bukan macam ni.. iyan...dengar ni.. kalau iyan ceraikan anisa.. ibu orang pertama yang iyan kena hadap.. iyan takkan dapat jumpa gadis sesempurna anisa tau tak"tempik ibu. kedengaran suara qayyum menenangkan ibu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience