DIA 10

Romance Completed 131781

Ikram memetik jari di tengah antara Hanis dan Hazzar yang sedang terkaku bagaikan berada dalam ais. Mereka berdua kembali ke dunia realiti. Hanis menoleh ke tempat lain. Hazzar pula menoleh ke arah Ikram dan dia gugup tidak tahu apa yang mahu dikatakan.

"Aa! Kau pergi mana semalaman tak balik? Bonda risau teruk tahu tak?" Marah Hazzar.

"Ayah?" Soal Ikram dengan wajah selambanya.

"Apasal kau tanya pasal ayah pulak ni?" Soal Hazzar. Tak pernah si Ikram ni fikirkan tentang ayahnya.

"Aku baru terfikir, kenape ayah tak pernah ambil tahu pasal kita. Kita mabuk ape semua bonda yang handle. Ayah?" Katanya.

Hazzar terdiam. Dia memandang Hanis menggunakan ekor mata.

"Kau nak bincang pasal semua ni depan..." Hazzar memberi isyarat tentang Hanis.

Ikram menoleh ke arah Hanis.

"Hanis awak masih ada ayah tak?" Soalan yang Ikram membuatkan kening Hanis naik. Hanis mengangguk perlahan.

"Mana dia?" Soalnya lagi.

"Babah ada dekat kampung. Dia... Ada. Kenape?" Soal Hanis kembali.

"Mesti ayah awak ambil berat tentang awakkan? Tak macam saya, tak di peduli langsung." Ngadunya.

Hazzar menampar dahi.

"Tak baik cakap macam tu. Awak tak tahu mungkin sekarang awak tak nampak dia ambil peduli pasal awak, mana awak tahu kut-kut masa awak tidur ayah awak duduk di sisi awak. Belai rambut awak, awakkan anak dia. Mana tahu kut-kut setiap hari ayah awak tanya pasal awak dengan bonda awak.

Kita tak tahu apa-apa jadi, kita tak boleh nak nilai sesuatu macam tu je tau. Walaubagaimana teruk pun dia, dia tetap ayah awak. Orang yang berkejar keras demi nak menampung hidup awak dan keluarga." Ujarnya lalu tersenyum lebar.

Ikram menoleh ke arah Hazzar yang juga sedang terpaku mendengar ujaran Hanis. Hanis menoleh ke arah Hazzar lalu menguntum senyuman manis.

Hazzar cuba mengalihkan pandangannya. Ikram pula langsung tidak lari memandang wajah Ikram.

"Okaylah awak berdua. Saya kena letgi ni. Nanti ada jodoh kita jumpa lagi. Assalamualaikum." Pamitnya.

Hazzar dan Ikram mengangguk perlahan. Belum sempat Hanis melangkah Hazzar sudah memanggilnya. Hanis menoleh.

"Boleh tak kalau si Ikram ni nak dapatkan nombor awak?" Ikram menoleh terkejut.

Kenape nama dia pula yang dipetik? Hanis menoleh ke arah Ikram.

"Err... Mana tahu kut-kut saya perlukan nasihat awak, boleh saya whatsapp awak. Atau, saya nak mengadu dekat awak pasal..." Kepalanya di sengetkan sedikit ke arah Hazzar.

Hanis tersenyum lagi.

"Awak tak perlu nak whatsapp saya sebab nak nasihat atau mengadu. Apa gunanya Allah kalau awak tak boleh mengadu dekat dia? Kalau nasihat, area rumah awak mesti ada masjid atau surau, awak boleh tanya pendapat ustaz-ustaz dekat sana." Balas Hanis lalu kembali melangkah pergi.

Hazzar dan Ikram memandang antara satu sama lain. Ini kali pertama mereka berdua terpegun pada wanita seperti Hanis. Tidak pernah ada sesiapa yang pernah kata sedemikian pada mereka termasuklah bonda dan ayah.

"Angah..." Panggil Ikram.

"Ape?"

"Aku rasa aku dah jumpa bidadari yang aku cari-cari selama ini. Dia, Hanis Adawiyah." Ujarnya dengan nada seperti lelaki penuh angau.

Hazzar tidak membalas.

"Dah! Kau tak payah nak berbidadari bagai! Jom balik. Semua orang asyik pandang kita sebab... Bau arak dekat badan kau." Ikram mengangguk lalu melangkah pergi.

"Aku tak boleh bayang macam mana nak keadaan aku dalam kereta nanti. Kuat gila bau arak! Berapa banyak kau minum semalam?" Bebel Hazzar.

---

Hazzar dan Ikram melangkah masuk ke alam rumah. Nampaknya bonda mereka sudah balik.

"Kau hadap semua ni." Arah Hazzar sambil mengetap bibir.

Bondanya yang terlihat dua susuk figura tersebut terus bangun lalu mendekati mereka berdua. Langkah bondanya terhenti apabila berada kira-kira 5 langkah dari mereka berdua. Tangannya naik memegang hidung.

"Apa kuat betul bau arak ni!?" Marah bondanya.

"Sorry bonda." Ujar Ikram perlahan.

"Bonda tak tahanlah dengan bau ni." Terus bondanya berpaling dan baru sahaja beberapa langkah sudah terhenti apabila mendengar ujaran Ikram kepada Hazzar.

"Hanis sorang je yang dapat tahan dengan bau arak ni. Walaupun berdiri dekat, dia tak kata apa-apa pun." Ujar Ikram.

Bondanya menoleh.

"Siape Hanis?" Soal bondanya tiba-tiba.

Hazzar dan Ikram terkejut melihat bondanya masih berada di situ.

"Dia bukan se- "

"Dia bidadari Ikram." Potong Ikram.

Bondanya menunjukkan reaksi terkejut manakala Hazzar menepuk dahi.

"What you say just now? Bidadari? Siape dia tu? Istimewa sangat ke? Your girlfriend?"

Bertubi-tubi soalan yang bondanya lemparkan. Tak tahu nak jawab yang mana dulu. Hazzar cuba lari dari soal siasat tetapi, jelingan bondanya memberhentikan pergerakkannya. Pandangan bondanya kembali kepada Ikram.

"Arr... Bonda, tadi kata tak tahanlah dengan bau Ikram. Apa kata kalau bonda biarkan Ikram mandi dulu bafu kita sambung sesi soal jawab?" Cadangnya.

Bondanya berubah menjadi lebih tenang.

"You right. Pergi mandi. Bonda bagi masa setengah jam lepas tu turun makan tengahari. Oh satu lagi, ayah balik makan." Ujar bondanya kemudian berlalu pergi.

"Ayah? Balik awal? Mimpi ape orang tua ni." Ujar Ikram.

"Hish kau ni. Biarlah dia nak balik awak sekalipun. Kau jugak yang kau tak dapat perhatian dari ayahlah apelah. Ni dia balik, kau boleh luamg masa dengan dia. Ingat apa yang Hanis cakap." Pesannya.

"Amboi kau tiru Hanis ke?" Soalnya lalu tergelak sedikit.

Ikram naik ke bilik dan meninggalkan Hazzar di bawah. Hazzar melepaskan nafas lega.

"Kalau dengan nasihat Hanis yang macam tu pun kau tak nak dengar, aku yak tahu nak kata ape dah. Aku harap kau jumpa bidadari yang dicari selama ni bro." Ujar Hazzar.

---

Hanis duduk di dalam sebuah kedai yang menyediakan ais krim. Yummy! Apabila teringat pertemuannya dengan dua jejak tadi, membuatkan dirinya membina sebuah senyuman manis. Hilang kesedihannya apabila bersama mereka tadi.

"Aku lupa nak tanya nama lelaki tadi. Kenapalah aku tenung mata dia lama-lama. Hanis, Hanis." Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang.

Tangannya naik memegang dada. Dia terfikir sesuatu.

"Takkan aku jatuh cinta dekat salah seorang dari diorang pulak? Jangan Hanis oi! Mau terluka lagi hati aku nanti. Jangan jangan." Ujarnya sambil menggeleng kepala menafikan apa yang dia katakan tadi.

"Tapi, kalau aku jatuh cinta dekat si dia entah siape bukan ke aku dikira sebagai senang cari pengganti atau... Tak ada perasaan. Baru putus tapi dah jumpa yang baru." Fikirnya.

Dia menggeleng.

"Aku mungkin suka, tapi diorang memang taklah. Takkan nak pandang perempuan macam aku ni. No class, whatever. Jangan bermimpi disiang hari dan di hadapan ais krim lah cik Hanis oi." Sambungnya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience