Bab 1

Zombie Series 926

12 Julai 2023

Sebuah kenderaan tempur Humvee memecah keheningan di bandar Kuala Lumpur. Sebuah bandar yang dahulunya sibuk dengan aktiviti manusia kini ditinggal bak kota mati dan hanya dihuni oleh haiwan liar yang terlepas daripada Zoo dan datang dari kawasan hutan. Hanya ada seorang tentera sahaja yang cukup gila untuk tinggal di kota mati ini.

Mejar Zulkifri Yusof atau biasa dipanggil zul, seorang pegawai tentera yang tinggal berseorangan di kota itu dan dia sedang keluar mencari bahan makanan. Dia memberhentikan kereta di tepi sebuah pasar raya lalu keluar dari Humvee tentera itu dan masuk ke dalam. Zul bersenjata lengkap dengan M4, pistol Jenis Glock 17, sebilah pisau rambo dan turut mengenakan baju kalis peluru serta helmet balistik.

Zul melihat terdapat beberapa susuk tubuh lembaga yang berada di dalam kawasan pasar raya tersebut. lembaga itu berbaju lusuh dan koyak rabak, berjalan dengan perlahan dan muka mereka sangat mengerikan seperti mayat hidup.
ZOMBIE!!!

Lelaki berumur 30-an itu menghalakan muncung senjatanya ke arah mayat-mayat hidup tersebut lalu....


...BANG...BANG...BANG!!!!

Satu persatu zombie itu tumbang sehinggalah kesemua zombie itu berjaya di hapuskan. Zul pun terus menelusuri kawasan pasar raya terbengkalai tersebut. Dia menghampiri mayat zombie-zombie yang tadi di bunuh. Zul melihat salah satu mayat zombie itu yang memakai seragam tentera lalu Zul mencari apa-apa alatan yang boleh digunakan.

Zul menjumpai sepucuk pistol jenis Beretta, dua kopak peluru dan 20 butir peluru serta sebilah pisau rambo. Zul turut mengambil helmet tentera dan baju kalis peluru milik zombie tentera tersebut. Zul memasukkan semua bekalan tersebut di dalam but kereta Humvee miliknya.

Zul Mula mencari makanan di dalam pasar raya tersebut, namun malangnya pasar raya tersebut sudah kosong dan tiada makanan yang masih tersisa. Zul akhirnya keluar dari tempat tersebut mencari makanan di kawasan bandar. mungkin, ada haiwan yang boleh diburu di kawasan itu.

Zul berjalan di kawasan bandar Kuala Lumpur yang besar itu dengan senjata di tangan. Dia melihat burung merpati di atas tiang elektrik. Kerana sudah berasa sangat lapar, Zul pun menembak burung merpati tersebut.

Selepas itu, Zul pun menunaikan solat Zohor di tepi jalan. Selepas solat, Zul pun pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, Zul menyimpan peralatan yang dia dapatkan tadi di bilik senjata di tingkat bawah tanah.

Rumah yang di diami Zul tidak ubah seperti sebuah kubu tentera dengan beg pasir disusun disekeliling rumah dan kawat berduri turut dipasang. Rumah itu juga di lengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau kawasan sekeliling. Selaras senapang penembak tepat diletakkan di atas atap rumah Dan terdapat perangkap di sekeliling kawasan rumah dan juga turut diletakkan papan tanda amaran supaya tiada manusia biasa yang menjadi mangsa jerangkap samar yang dipasang oleh Zul walaupun memang tiada manusia yang tinggal di kota mati itu lagi.

Zul tinggal bersama seekor kucing yang diberi nama ronni. Setiap hari, Zul akan ditemani oleh kucing Oren tersebut. Kucing itu sahajalah kawan yang Zul ada.

Zul menghiburkan diri dengan menonton DVD atau bermain permainan video. Namun Zul mula merasa bosan kerana semua game telah dia ulang beribu-ribu kali. DVD juga telah Zul tonton ribuan kali.

Zul memutuskan keluar dan pergi ke sebuah panggung wayang untuk menonton filem di sana. Saat Zul berjalan keluar, Zul melihat beberapa mayat zombie yang mati dalam keadaan terpotong-potong. Kesan potongan nya seperti menggunakan pedang samurai dan seperti masih baru.

Zul mula merasa pelik. Zul tidak pernah menggunakan pedang samurai. Senjata tajam yang digunakan oleh Zul hanyalah pisau rambo, Kapak parang

Zul merasakan Ada orang lain di kawasan itu. Zul menghalakan senjata ke segala arah. Dia kemudian melihat beberapa mayat zombie dengan kesan potongan yang sama.

Zul meneruskan pencarian dan Zul mendengar bunyi dari tingkat atas. Zul menghampirinya namun tiada siapa-siapa di sana melainkan seekor zombie berseragam tentera yang terperangkap kerana ditindih runtuhan bangunan yang runtuh kerana sebuah helikopter tentera yang terhempas.

Zul melihat sekeliling. Tiada siapa siapa. ketika berjalan Zul melihat kesan darah di atas lantai dan darah itu nampak seperti darah manusia normal dan bukan darah zombie.

Zul berfikir " Manusia Mana yang cukup gila selain aku yang terfikir untuk tinggal di tempat ni." Kata zul di dalam hati.

Zul berfikir, adakah masih ada manusia di sini sedangkan kerajaan telah membuka penempatan yang selamat dengan kawalan tentera, bekalan makanan yang mencukupi dan kemudahan yang seperti elektrik dan air tersedia? Zul kemudian pulang ke rumah nya. Zul memutuskan mencari siapakah orang yang membunuh zombie tersebut Dan kenapa dia tinggal di kota mati ini?

Zul tahu itu bukan perbuatan anggota tentera kerana tentera tidak akan menggunakan pedang dan tentera Malaysia tidak pernah dihantar ke Kuala Lumpur lagi. Jika ada pun, ianya adalah jet pejuang yang dihantar untuk memantau kawasan sekeliling.

Di waktu malam, Zul menunaikan solat isyak dan terus masuk tidur. Dia terfikir, bilakah serangan zombie ini akan tamat? Zul akhirnya terlelap.

Di bandar, ada seorang perempuan berumur sekitar 20-an yang memakai hoodie hitam, seluar hitam, kasut hitam, mask hitam, Dan tudung hitam. Di belakangnya, terdapat selaras senapang penembak tepat manakala di tangannya terdapat sebilah pedang samurai. Perempuan itu bertarung melawan puluhan zombie yang menyerangnya Dan dia berjaya membunuh semua zombie itu.

Di kakinya terdapat balutan yang terdapat kesan darah. Setelah membunuh kesemua zombie itu, perempuan itu pergi dan akhirnya hilang dari pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience