BAB 31

Family Series 2595

Syaa sedang memandu dengan berhati-hati apabila melalui kawasan yang berbukit di kawasan Gua Tempurung. Limpahan lampu jalan berwarna putih dan kereta yang sangat banyak sedang memotong kereta Syaa.

“Dah nak pukul 10 nih. Jauh jugak rumah nenek dia nih. Dah nak dekat Penang pulak tuh” kata Syaa seorang diri. Telefon Syaa berdering dengan kuat. Panggilan dari ibu Syaa, Puan Azita.

“Ada apa mak call aku nih” kata Syaa dalam hati. Dia mengambil telefonnya lalu menjawab panggilan itu sambil memandu keretanya. Dia membuka pembesar suara.

“Ya mak. Waalaikumussalam. Ada apa mak ?” tanya Syaa kepada ibunya di telefon.

“Syaa, kau kat mana ? Dah sampai dekat rumah nenek kawan kau ke ?” tanya Puan Azita kepada Syaa.

“Belum lagi mak. Jauh lagi perjalanan. Lagipun kitorang gerak lepas Maghrib tadi” kata Syaa.

“Kau tengah drive ke ? Jangan main phone sangat masa drive. Dah nak raya nih” kata Puan Azita.

“Ya mak takde apa. Syaa okay je bawak kereta sambil call. Lagipun Syaa letak phone dekat riba nih and buka loudspeaker. Mak dengan ayah dekat mana” kata Syaa.

“Kat rumah lagi. Ayah kau pergi masjid terawih. Nanti pukul 10 dia balik lah” kata Puan Azita.

“Ingatkan mak dengan ayah balik Kelantan malam nih. Mak baru je cakap semalam kan” kata Syaa.

“Mak dengan ayah nak balik esok pagi. Awal-awal gerak lepas Subuh lagi bagus. Time dah nak raya kereta dah banyak nak balik pantai timur sekarang ni” kata Puan Azita.

“Ouh ya betul la tuh. Habis bila mak ayah balik KL nanti ?” tanya Syaa.

“Raya kedua baru balik nanti. Nanti Syaa nak balik sini bila” kata Puan Azita. Syaa memandang sahaja Azralina yang sedang nyenyak tidur.

“Hmm mak. Selagi tak selesai perkara ni, selagi tu Syaa tak balik dulu. Sorry mak” kata Syaa.

“Mak faham. Kau kena tolong dia. Lina tu kawan baik kau dari zaman kolej lagi. Mak dia pun dah setuju kan dengan kau. Cakap dengan Lina, selesaikan hal nih dengan cara baik. Mak sentiasa doakan korang” kata Puan Azita.

“Thanks mak” kata Syaa.

“Okay mak nak kemas rumah. Kau hati-hati bawak kereta. Selesai hal kawan kau baru balik. Kirim salam dekat Lina. Assalamualaikum” kata Puan Azita.

“Waalaikumussalam” kata Syaa sambil menutup telefonnya.

“Fadzil marah lagi ke dengan Lina nih. Kesian aku tengok dia. Dah la dia mengandung. Ni kalau Fadzil buat apa-apa dekat dia nih, aku sanggup marah dia” kata Syaa dalam hati.

Syaa meneruskan pemanduannya sambil mendengar lagu raya yang berkumandang di radio.

“Bergema suara takbir angkasa…selembut bayu meresap ke dalam jiwa. Betapa hatiku terharu…menyambut anakmu kembali….” Syaa menyanyi seorang diri.

“Sedihnya tak boleh balik dengan parents aku. Demi kau Lina aku sanggup temankan kau” kata Syaa dalam hati.

“Dalam dakapan keheningan maya…pertemuan yang menyentuh di jiwa…sekian lamanya terpisah. Harapan kini menjadi nyata” Syaa menyambung nyanyian lagu Aman Shah.

Tiba-tiba keretanya berasa tersengguk-sengguk seperti kehabisan minyak. Syaa berasa menggelabah dan memandu di sebelah kiri sekali dengan berhati-hati apabila menaiki kawasan bukit.

“Ya Allah kenapa kereta aku nih. Tersengguk macam habis minyak je. Alamak minyak takde ke. Aduhhh” kata Syaa terkejut apabila melihat jarum minyak sudah berada di tanda merah.

“Haih pasal sesak kereta la tadi. Dah la lama tadi” kata Syaa sambil memicit kepalanya. Dia memberhentikan keretanya di lorong kecemasan dan menyalakan lampu hazard.

“Temperature naik ke. Alamak panas dah kereta aku” kata Syaa lalu menutup enjin keretanya. Dia keluar dari keretanya. Mujur lampu jalan berwarna putih di tepi jalan membantu Syaa untuk melihat keadaan kereta itu.

“Nasib baik la tempat terang. Kalau takde lampu susah hati aku. Dah la gelap gelita nih” kata Syaa sambil membuka bonet. Sebaik sahaja membuka bonet, enjin keretanya berasap.

“Allah berasap pulak. Alamak habis lah” kata Syaa lalu pergi ke bonet belakang untuk mengambil sebotol air. Kemudian dia menyiram air di sekitar enjin keretanya bagi menyejukkan enjin kereta.

Azralina baru sahaja bangun dari tidur dan berasa sangat panas. Dia memandang di tempat pemandunya dan Syaa tiada di situ.

“Panasnya. Eh mana Syaa ? Apasal kereta ni berhenti tepi jalan pulak ni. Bonet terbuka kereta rosak ke ?” kata Azralina dengan seribu persoalan.

Azralina berada tidak sedap hati kerana dia tidak nampak kelibat Syaa lalu lalang di kawasan keretanya.

“Syaa…mana kau senyap je. Jangan lah tinggalkan aku sampai hati kau..erm takut lah gelap-gelap nih” kata Azralina seorang diri. Mukanya berpeluh-peluh. Dia ingin keluar dari keretanya untuk mencari kawannya.

“Hahhhhh !!! Lina kau baru bangun ke” kata Syaa sambil mengejutkan Azralina di dalam kereta di tingkap keretanya.

“Woi kau nih Syaa terkejut aku. Nasib jantung aku tak terkeluar” kata Azralina sambil membuka pintu kereta dan keluar dari keretanya.

“Jantung kau tak terkeluar pun. Jangan lah baby kau pulak yang terkeluar pulak” kata Syaa tersengih.

“Main-main lah kau nih. Hmm merajuk lah” kata Azralina.

“Aloo sorry Lina. Kenapa kau keluar. Kau kan baru makan ubat. Jangan la banyak bergerak sangat” kata Syaa sambil menepuk bahu Lina.

“Yelahh tak merajuk pun hehe. Tu apasal kereta kau nih ? Sampai berasap nih. Meremang aku” kata Azralina.

“Tak kereta aku ni temperature naik tau tiba-tiba. Tu yang berasap kereta nih. Enjin kereta aku panas nih” kata Syaa.

“Ouh takperlah bagi dia sejuk dulu. Rasanya sebab masa jammed tadi tu yang kereta kau panas” kata Azralina.

“Tapi ada satu lagi masalah” kata Syaa.

“Apa dia ?” tanya Azralina.

“Minyak habis” ringkas sahaja jawapan Syaa.

“What ? Kenapa kau tak isi minyak tadi aduh” kata Azralina.

“Takdelah aku ingat kereta ni boleh tahan sampai Ipoh nanti. Tak sangka pulak kereta ni makan minyak banyak sangat” kata Syaa.

“Kejap aku call number telefon yang highway ni punya. Kan selalu ada signboard kecemasan siap ada number tu” kata Azralina sambil menaip sesuatu di telefonnya dan mula menelefon nombor telefon itu.

“Hello ? Peronda PLUS ke ? Kereta kami rosak dekat…kilometer 233.5 menghala ke utara. Dekat kawasan Gua Tempurung” kata Azralina di panggilannya. Sebaik sahaja dia mengucapkan terima kasih, dia menutup panggilannya itu.

“Wah kau ingat pulak number phone highway PLUS tu. Senangnya kau berbual dengan dia” kata Syaa.

“Lah bagitau jelah kereta rosak, dekat kilometer berapa and dekat mana sekarang. Ni kawasan Gua Tempurung kalau tak silap kan” kata Azralina. Syaa mengangguk.

“Dia kata dalam setengah jam baru sampai” kata Azralina.

“Lamanya. Sempat ke tak ni nak sampai kampung nenek kau nanti ?” kata Syaa.

“Kalau lama sangat kau nak mintak tolong siapa ? Nak tahan kereta pun kena jaga-jaga. Takut kena samun je” kata Azralina.

“Yela betul jugak” kata Syaa.

“Kalau tak nak boleh je mintak tolong dengan penunggu hutan kat situ hehehe” kata Azralina.

“Celupar la mulut kau. Aku takut lah. Kau jangan la macam-macam kat tengah hutan nih” kata Syaa.

“Tahu takut. Takutkan aku tadi kenapa. Hehe” kata Azralina.

“Alah yelah sorry. Satu sama okay” kata Syaa.

“Jom duduk dekat penghadang jalan kejap. Nak nikmati angin malam. Lagipun ni kan malam 7 likur” kata Azralina.

“Hmm lama pulak nak tunggu peronda highway nih” kata Syaa.

“Yelah mana tahu dia jauh dari sini ke kan. Sabar je okay” kata Azralina.

“Yelah Lina. Weh Lina aku nak tanya kau lah” kata Syaa.

“Tanya lah” kata Azralina.

“Kenapa kau berhenti kerja eh. Aku tahu kau baru berhenti tapi kau tak cakap sebab lagi” kata Syaa.

“Macam ni lah. Kerja dekat situ okay tau cuma yang aku tak berapa nak suka bila bos aku suruh outstation kat luar kawasan ke. Aku okay je sebab untuk projek kat luar kan” kata Azralina.

“Okay apa kalau kau dapat outstation kat luar. Ni apa je yang tak kena nih” kata Syaa.

“Kau nak tahu ? Ada sesetengah client ya Allah serius pervert gila. Gatal nak mampus. Aku benci gila lah” kata Azralina.

“Lah yeke. Habis kau bagitau bos kau tak ? Ke kau senyap je” kata Syaa.

“Aku ni hampir-hampir kena cabul dengan client aku tau. Client tua kau rasa ? Geli lah. Kau bayangkan lah masa aku tengah bincang-bincang dengan client dekat office dia, sempat lagi sentuh-sentuh aku. Aku geram aku bangun terus tampar dia” kata Azralina.

“Eeee gelinya. Orang tua yang dah nak masuk kubur pun buat benda tak senonoh. Bagus kau tampar dia bagi dia ingat sikit. Ingat layan perempuan macam kat club ke” kata Syaa.

“Yang paling aku benci bos aku main tuduh kata aku nih bukannya datang untuk bincang pasal kerja, tapi bincang pasal benda lain. Lepastu bos aku kata aku menggoda client kat office dia. Teruk aku kena marah” kata Azralina.

“Jadi kau diam je lah ? Tak ceritakan hal yang sebenar dekat bos kau ke ? Kan kau boleh report polis” kata Syaa. Azralina menggeleng sahaja.

“Laki kau pun tak bagitau ke ?” tanya Syaa. Pun sama, Azralina menggelengkan kepalanya juga.

“Ya Allah kenapa kau tak bagitau ? Kau takut eh ?” kata Syaa.

“Aku selalu kena ugut dengan client tuh. Dia sendiri yang cakap kalau aku bagitau siapa-siapa, dia cari aku and dia nak bunuh aku. Aku takut Syaa” kata Azralina.

“Tak boleh macam ni Lina. Kau kena cerita semuanya. Kalau tak, makin menjadi diorang nanti. Kau nak ke orang yang dia buat dekat kau datang rumah kau. Semua maklumat kau ada tau” kata Syaa.

“Sebab tu aku berhenti kerja Syaa. Elok sangat lah bos aku pecat aku sebab dia kata aku tak buat kerja betul-betul tau. Aku dah jelaskan masa tu tapi bos aku tak percaya. Ishh geram lah aku” kata Azralina.

“Lina, kalau boleh aku nak bagitau Fadzil pasal benda nih. Then aku boleh je jumpa bos kau pujuk dia supaya kau kerja balik kat situ. Berapa lah diorang bayar dekat bos kau nih sampai dia tak percaya dengan cerita kau” kata Syaa.

“Syaa, please aku tak nak sampai dia tahu. Aku dah berhenti pun kan. Aku nak kerja ringan-ringan je asalkan bukan dekat office lama aku tuh. Aku dah fed up la” kata Azralina.

“Aku risaukan keselamatan kau je. Aku kena pujuk bos kau supaya dia boleh percayakan cerita kau. Ni pasal maruah kau Lina” kata Syaa.

“Kau banyak susahkan aku lah Syaa. Tak payah la tolong aku. Cukup lah kau tolong bawakkan aku pergi jumpa Fadzil tu” kata Azralina.

“Takde susahkan kau. Kita kawan baik dari kolej lagi. Aku tak nak lah kau susah macam nih” kata Syaa.

“Hmm lepas je aku berpisah dengan Fadzil, macam-macam yang dah jadi dalam hidup aku. Kau rasa Fadzil terima aku ke ni ?” kata Azralina.

“Dia tentu akan terima kau. Kalau dia keras kepala tak tahu lah macam mana. Tapi kau patut bagitau dia yang kau mengandung. Dia tak boleh buat apa-apa dekat kau” kata Syaa.

“Menyesal dengan apa yang aku buat dulu. Kalau tak sebabkan si Reza tuh, hidup aku takde lah macam nih. Sampai miskin aku dibuatnya” kata Azralina.

“Sabar Lina. Benda dah berlaku. Tak mau lah kau stres pasal benda nih okay. Now kau fokus dengan apa yang kau nak buat nanti” kata Syaa sambil memeluk Azralina.

“Thank you Syaa kau tolong aku buat semua nih. Siapa lagi kawan aku yang ada. Kau sorang jela yang ada” kata Azralina.

“Takde apa lah. Aku ada je okay. Sekarang ni mana peronda highway nih ? Dah nak pukul 10 nih” kata Syaa.

“Sejuk gila dah nih. Mengigil badan aku” kata Azralina.

“Kau duduk dalam dulu boleh ? Aku stay dekat luar kejap tengok-tengok kalau ada peronda dah sampai ke” kata Syaa. Azralina mengangguk lalu masuk ke dalam kereta.

“Lain macam angin malam ni. Dah lah area bukit nih. Kabus pun makin banyak ni” kata Syaa seorang diri.

“Hah nampak dah tu tow truck kat sana” kata Syaa sebaik melihat trak penunda sedang mara ke keretanya. Dia menunggu sahaja di tepi jalan sehingga trak penunda itu sampai.

Beberapa minit kemudian, trak penunda telah sampai berhampiran dengan kereta Syaa. Dua orang yang memakai baju kerja pergi ke arah Syaa.

“Assalamualaikum. Siapa yang telefon kami tadi yang kata kereta rosak ?” tanya salah seorang pekerja tersebut.

“Waalaikumussalam. Saya bang. Kereta saya rosak. Tiba-tiba kereta saya panas dan berasap. Then minyak kereta saya ni habis” kata Syaa.

“Ouh yeke. Okay macam ni kawan saya akan check kereta awak dulu. Nanti dia try betulkan. Kereta cik boleh je repair sebab enjin kereta overheat ni” kata lelaki itu.

“Okay bang. Macam mana kereta saya nih. Kene towing ke ?” tanya Syaa kepada lelaki itu.

“Yaa nanti kitorang towing kereta cik sampai pam minyak dekat Simpang Pulai sana” kata lelaki itu.

“Terima kasih bang. Bayaran macam mana ?” kata Syaa.

“Nanti kalau dah sampai sana nanti kitorang kira berapa. Mat kau check kereta kejap. Nanti aku mintak tolong kau towing kereta ni” lelaki itu kepada kawannya. Kawannya mengangguk lalu menuju ke bonet kereta Syaa.

Azralina membuka pintu kereta lalu keluar dan melihat sahaja seorang lelaki sedang membaiki enjin kereta Syaa.

“Eh Syaa. Diorang ni siapa pulak” kata Azralina kepada Syaa yang sedang bermain telefonnya.

“Lah diorang yang naik tow truck lah. Nak repair dulu lepas tu baru diorang towing kereta nih pergi Simpang Pulai sana” kata Syaa.

“Ouh tak jauh ke Simpang Pulai sana ?” tanya Azralina.

“Entah dia kata dekat je tak jauh sangat. Nanti isi minyak dekat sana barulah sambung perjalanan. Tengok waze tadi macam jauh lagi” kata Syaa.

“Ouh yeke. Habis nak tunggu dulu ke Syaa ?” kata Azralina.

“Haah lah. Takper biar lah diorang buat kerja. Habis nanti aku bayar lah dekat dia” kata Syaa.

“Lah kenapa kau nak bayar ? Aku baru nak bayarkan kereta kau yang dah repair nanti” kata Azralina.

“Kau jangan nak memandai Lina. Biar aku bayarkan je. Kereta aku yang rosak bukan kereta kau” kata Syaa.

“Takdelah Syaa. Aku serba salah lah duit minyak kau isi pakai duit kau. Lepas tu duit repair kereta pun kau yang bayar. Semuanya kau yang tanggung. Padahal aku yang tumpangkan kau jugak” kata Azralina.

“Takde apa okay ? Semuanya aku bayar. Kau cuma pergi jumpa bekas laki kau and rujuk balik dekat dia” kata Syaa.

Seorang lelaki yang baru sahaja membaiki kereta itu lalu menuju ke arah Azralina dan Syaa.

“Kak kereta akak dah okay cuma saya dengan kawan saya akan towing kereta awak sampai Simpang Pulai nanti. Akak cuma duduk je dalam trak nanti. Saya duduk dalam kereta akak” kata lelaki itu.

“Boleh boleh. Jauh ke nak ke Simpang Pulai tuh ?” tanya Syaa.

“Dalam 20 kilometer. Tak jauh kak. Nanti lepas tol depan lagi ada pam minyak. Nanti isi minyak dekat situ” kata lelaki itu.

“Ouh tak lah jauh sangat. Okay boleh bang kitorang setuju. Kejap ya nak ambil barang personal dalam kereta. Kau tunggu sini Lina aku ambik sekali barang kau” kata Syaa lalu masuk ke dalam keretanya.

Dua orang lelaki itu sedang menguruskan kereta Syaa. Setelah selesai Syaa dan Azralina masuk ke dalam trak penunda dan barulah mereka semua bergerak menuju ke Simpang Pulai dengan menaiki trak penunda yang telah menunda kereta Syaa untuk ke pam minyak.

.

Jam menunjukkan pukul 11 malam. Faridah, Adirah dan Alisha sedang melepak dan berbual-bual di dalam bilik Faridah.

“Lawa kan bilik kau ? Pandai tak kitorang kemas ? Hehehe” kata Alisha dengan nada tersengih.

“Fuh lawa betul bilik aku nih. Wangi betul. Rasa selesa sangat bila aku tidur nanti” kata Faridah.

“Dari semalam kitorang dah standby kemas rumah kot untuk mak ngah pak ngah sekeluarga nak balik hari ni kan. Cuma Fadzil jela tak balik lagi kan” kata Alisha.

“Yelah Ida. Ad mana ? Lama sangat tak dengar khabar berita” kata Adirah.

Faridah menggelengkan kepalanya sahaja.

“Kau okay tak Ida ? Mana Ad ? Ad dah lama tak balik sini. Tahun lepas pun dia tak balik jugak kan Isha ?” kata Adirah. Alisha mengangguk.

“Farhad aku tak tahu apa yang jadi dengan dia. Dia tu macam haih..dah tak suka dengan family aku nih” kata Faridah.

“Kenapa nih Ida ? Cerita jela. Sejak nenek dengan kitorang balik dari wedding Fadzil dengan Lina, korang diam takde berita je. Tapi kau dengan mak ngah jela yang contact lagi dengan kita ni. Abang-abang kau diam dah pun dulu” kata Alisha.

“Sebulan je lepas Fadzil dengan Lina kahwin, aku, Ad dengan Fadzil bergaduh besar” kata Faridah. Mukanya muram sahaja.

“Astaghfirullah Ida…betul ke kau cerita nih ? Kau tak main-main kan Ida ?” tanya Adirah dengan cemas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience