Bab 35

Romance Series 114022

Aniq : Assalamualaikum sayang abang. Buat apa tu?

Yus : Waalaikumsalam abang sayang. Baru siap mandi.

Aniq : Hm.. Patut wangi sampai sini.

Yus : Ye la sangat tu.

Aniq : Hahahaha.. Sayang dah makan ke?

Yus : Belum, kejap lagi sayang makan. Abang dah makan?

Aniq : Belum. Lapar..

Yus : Alolo.. Kesiannya dia.. Abang nak makan apa? Nanti sayang masakkan.

Aniq : Hm... 'Makan' sayang boleh?

Yus : Main-main la abang ni..

Aniq : Belum.

Yus : Apa yang belum?

Aniq : Main. Hihihihi

Yus : Ee... Abang ni, suka tau cakap merapu.

Aniq : Jangan la marah, nanti abang geram.

Yus : Cakap lagi merapu.

Aniq : Hahahaha.. Garang, but i like. Muahh cikit! Actually, abang nak bagitau, abang balik lewat sikit hari ni, may be malam baru sampai rumah. Sayang tak payah tunggu abang okey, stay safe dan be beautiful.

Yus : Okey abang. Hati-hati tugas. Love you abang.

Aniq : Love you too sayang. Assalamualaikum.

Yus : Waalaikumsalam.

Telefon yang berada di tangan Yus letakkan di atas katil. Selepas lengkap berpakaian dan solat, Yus menuju ke dapur untuk makan malam walaupun jam baru menunjukkan jam enam petang.

Malam ni disebabkan Aniq balik lewat, Yus hanya makan menu simple sahaja, roti telur plus koko panas.

Sedang enak Yus menikmati makan malamnya. Teringat pulak cerita tengah hari tadi semasa makan tengah hari dengan Kak Syikin. Ye lah, gambar.

"Meh kita tengok, hendsome sangat ke? Agak-agak boleh lawan ke'hendsome'man abang kunyit tak" kata Yus seorang diri.

Whatsapp dari Kak Syikin dicari. Ada sekeping gambar yang dihantar. Laju Yus download gambar tersebut.

"Eh, macam kenal" ucap Yus sendiri

Gambar seorang lelaki sedang berdiri, di hadapannya ada seorang wanita sedang duduk membelakangi camera dan berdiri di tepi pula macam Tan Sri Mokthar.

Gambar dizoom.

Dup! Tersentak hati.

Kenapa gambar Aniq pulak, yang perempuan ni macam Mona kalau tengok dari warna rambut dan pakaiannya.

Pakaian yang dipakai Aniq macam pakaian yang Yus nampak tempoh hari.

Apa semua ni? Biar betul, takkan Aniq anak Tan Sri Mokthar.

*Flashback#1*

"Yus, ini nama bakal suami pun salah. Kalau nama tak sama dalam kad pengenalan, macam mana nak proceed borang kahwin ni" kata along.

"Apa yang salahnya. Betul la." sangkal Yus.

"Tengok nama bapa Aniq ni. Ejaannya macam mana. M.O. K.T.H.A.R. kalau ikut sebutan bunyinya Mok T Har. Betulkan semula. Kalau dah hantar nanti, tak boleh nak ambil semula" terang along

*Flashback#2*

"Kau ni kan Yus, asyik salah aje. Nama big boss pun salah eja. Kena pergi sekolah balik kau ni." marah kak Syikin.

"Apa yang salahnya. Tan Sri Mokhtar Bin Salim kan. Apa yang salah?" pelik Yus dengan kak Syikin.

"Ni, nama Mokhtar ni, ejaannya M.O.K.T.H.A.R. kalau sebut ikut ejaan, bunyinya Mok T Har. Ada paham." terang kak Syikin.

"Alah.. Sama je bunyinye kan. Mokthar jugak. Tak de pun orang sebut Tan Sri Mok T Har" usik aku sambil gelak-gelak.

*Flashback#end*

Kenapa aku boleh tak perasan.

"Sampai hati abang tak nak berterus terang pada sayang. Bukan sayang tak pernah tanya siapa ayah abang.. Abang cakap, abang sayangkan sayang tapi kenapa perkara penting macam ni abang sembunyikan?"

Terbantut selera Yus. Roti yang tinggal separuh bersama koko panas yang masih berbaki dibawa ke sinki. Roti dibuang ke dalam tong sampah manakala mug air koko dicurahkan ke dalam sinki.

Kenapa perlu berahsia.. Tapi siapa Mona?

Yus mengambil telefon bimbit lalu menaip nama Tan Sri Mokthar di google. Nah.. Keluar banyak gambar Tan Sri Mokthar dan ahli keluarganya. Mona? Maknanya Mona adik tiri Aniq. Eh tapi di sini Ramona Adeline Binti Tan Sri Mokthar. Adik mak lain.

Jadi anak perempuan yang Kak Syikin selalu dok cerita tu Mona ni la, tapi yang buat Yus tak perasan sebab Kak Syikin sebut Cik Adeline. Memanglah susah nak nampak sebab ada di London, menguruskan cawangan di sana.

"Yus.. Yus.. Kesian kau kan, dimain-mainkan suami sendiri." pedih dan perit rasa di hati.

"Sampai hati Abang. Mesti suka tengok sayang dipermainkan macam ni. Seronok bila sayang sakit hati apabila salah sangka dengan hubungan Abang dengan Mona." Menitis air mata. Berjurai-jurai turun membasahi pipi.

Malam itu tidur Yus ditemani air mata. Aniq balik pukul berapa pun Yus tidak sedar.

+++

Pagi itu Yus tak solat, bendera berkibar. Jadi, selepas siap berpakaian, Yus terus ke dapur menyiapkan sarapan Aniq. Selepas siapkan sarapan, Yus tinggalkan sticky note pada tudung saji yang menutup makanan untuk Aniq memaklumkan terpaksa keluar awal kerana perlu prepair untuk metting pagi ni.

Kebenarannya adalah, Yus tidak dapat bertentang mata dengan Aniq, bimbang bibirnya menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana tahap kesabarannya semakin menipis tambahan pula tidak mahu Aniq melihat matanya yang bengkak kerana menangis.

Pagi itu Yus datang ke pejabat dengan memakai cermin mata hitam. Laju langkahnya terus masuk ke pejabat. Tidak mahu para pekerja salah sangka dengan penampilannya yang pelik.

Baru sahaja Yus melabuhkan duduk di kerusi, pintu pejabat diketuk.

Tok tok tok

"Masuk"

Apabila pintu dibuka, dilihat Amy yang melangkah masuk.

"Uish! Kau ke tu kak. Ingatkan orang buta mana yang duduk kat situ" tegur Amy.

"Kalau kau datang sini nak sakitkan hati akak, baik keluar" marah Yus.

"Amboi, garangnya. Datang bulan ke.." usik Amy sambil tersengih dan duduk di kerusi di hadapan Yus.

"Nak apa masuk pejabat akak ni?" garang soalan ditanya.

"Sebelum orang jawab soalan akak, biar orang tanya dulu. Kau dah kenapa kak pagi-pagi macam ni pakai cermin mata hitam. Tak pernah-pernah datang kerja macam ni." tanya Amy.

"Tak ada apalah" malas Yus nak jawab.

"Tak la, orang pelik je, kalau tengah hari tu kot la silau. Ni pagi lagi kot" kata Amy tak puas hati.

"Bising la kau ni" pantas Yus tanggalkan cermin mata hitamnya.

"Mak oi.. Mata kau dah kenapa kak. Bengkak dengan sepetnya, dah macam aso (panggilan untuk perempuan cina tua) jual sayur dah. Kau nangis ek. Kenapa ni kak" soal Amy simpati.

Amy bangun lalu menarik tangan Yus mengikutnya duduk di sofa.

Yus akur dan turut duduk di sebelah Amy.

"Kau gaduh dengan abang Aniq ke" soal Amy.

Yus menggeleng.

"Dah tu, sebab apa kau nangis sampai bengkak mata macam ni?" tanya Amy lagi.

Yus buka galeri dalam telefonnya dan menunjukkan gambar screenshot yang diambil dari google semalam. Gambar Tan Sri Mokthar dan anak-anak serta beberapa kejayaannya dalam bidang perniagaan. Lalu telefon diserahkan pada Amy.

Amy ambil lalu melihat gambar-gambar yang disceenshot dengan muka yang tidak faham.

"Err.. Tak faham" ucap Amy.

Yus mengambil semula telefonnya lalu chat whatsapp Kak Syikin dengannya dibuka dan ditunjukkan pada Amy. Dah gaya macam orang bisu bersembang pulak.

"Ni la gambar anak Tan Sri Mokthar yang akak cakap tu. Hendsomekan" Amy membaca mesej yang di hantar Kak Syikin dengan dahi yang berkerut.

"Eh, ni macam gambar abang Aniq" soal Yus.

"Maknanya abang Aniq anak Tan Sri Mokthar yang orang dok cakap-cakap tu? Biar betul. Yang dua orang lelaki dan perempuan ni adik beradik abang Aniq? Abang Aniq tak ceritakan pada akak ke?" soal Amy bertalu-talu.

Yus hanya menggelengkan kepala dan menyeka perlahan air mata yang basah di pipi.

Amy menarik Yus rapat padanya. Bahu Yus diusap lembut.

"Orang bukan tak nak campur tapi, ni antara kau dengan abang Aniq kak, orang harap korang bincang elok-elok. Jangan gaduh-gaduh. Sekarang ni, akak balik rumah dan rehat. Urusan pejabat biar orang handle. Dah, akak pergi balik. Boleh drive tak? Kalau tak boleh orang mintak Pak Hamid ambik akak kat pejabat ni hantar balik rumah?" tanya Amy.

"Tak apalah, akak balik sendiri." ucap Yus lalu bangun mengambil beg tangan.

"Kak, dah sampai rumah, bagitau. Take care" ucap Amy.

Yus menggangguk, cermin mata hitam dipakai semula dan terus keluar.

Terhela keluhan dari bibir Amy.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience