"aku nak duit jah..bagi aku duit"marah paksu.
"jah tak meniaga dua hari ni demam.. mana jah nak ada duit"bantah maksu. paksu masuk ke bilik maksu menyelongkar bilik maksu.mereka bertengkar. kedengaran maksu di pukul berkali kali.
"johar... kalau kau nak sakit kan adik aku.. baik kau ceraikan adik aku"marah ayah. ayah yang berdiri bergantung pada tongkat itu kelihatan menggigil menahan amarah
"lepaskan jah.. dia lubuk duit untuk aku rugi la kalau aku lepaskan dia"ujar paksu
"binatang kau"tengking ayah. aku mengetuk pintu bilik Arash namun tiada balasan.
"jah takde duit abang... duit jah semua jah bagi dekat abang"nangis maksu. paksu mahu menampar pipi maksu
"abah... kalau abah nak duit.. ni.. amik kad ni dalam ni ada tiga ribu.. abah amik semua.. janji abah jangan kacau kami lagi"ujar Arash. kad itu diambil paksu dan dicium kad itu berkali kali. Arash masuk kembali ke biliknya. dia diam. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan.
Arash duduk dibawah pohon ceri. lamunannya jauh. aku takut takut untuk menghampirinya.
"kau nak ke mana"soal arash. langkah aku mati. aku tidak tahu mahu ke mana. kalut.
"kau nak ke mana, aku hantar naik motor"pelawanya
"aku nak ke kedai beli barang"ujar ku. arash bangun dari duduknya lalu membawa motor keluar.
"naik la"suruhnya.aku naik motor itu terkocoh kocoh. arash diam sepanjang jalan.
"kau nak apa apa tak"soal ku. tapi dia diam. dia mengikut aku masuk ke kedai. biskut untuk ayah, roti, bawang dan sardin. cukup. barang barang itu aku letakkan dikaunter. aku ke rak tuala wanita dan mencari jenama yang selalu aku guna.arash berada disebelahku.tiba tiba pipiku terasa hangat. aku menyorokkan tuala wanita di belakang ku
"kotex, overnight 32cm slim wings"aku ternganga mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.aku mendorong badannya keluar dari lorong itu. aku ke kaunter untuk membayar.arash menanti di motor.
"kenapa kau malu bila aku sebut tu tadi"soalnya
"benda tu sulit kot"terangku
"kalau sulit orang tak jual terang terang.. apa lah kau ni"ujarnya.aku diam.
"aku bawak pergi satu tempat nak"ajakku
"ke mana"soalnya
"kau bawa je nanti aku bagitahu arahnya"ujarku
"takut aku, kau bukannya boleh aku percaya, nanti buatnya kau jual aku.. macam mana"selorohnya
"bongok la kau ni.. "aku menepuk bahunya
"yelah aku kan handsome... "bangganya.
"karut ah.. nak pergi ke tak ni"tanyaku.dibonceng motor itu mengikut arahanku.
"taraaaaa.. cantik tak"soalku.arash tergamam. sungai luas yang membahagikan denai lebar dan bendang itu kami berhenti.pancaran matahari yang hampir terbenam memancar cahaya oren yang indah.Arash hanya diam.aku membiarkannya menghayati pemandangan.
"esok maksu nak bawa ayah pergi jumpa doktor,esok ayah ada appointment kan"ujar maksu.
"ha ah la...lupa dah anisa pun"aku benar benar terlupa.
"esok iyan bawa motor ya, balik sekolah iyan amik redza balik.qayyum dengan anisa pun balik dengan iyan.tapi berangkut la"pesan maksu.
"angah ok je adik kau macam mana"soal qayyum
"adik ok je"ujar redza
"err... esok anisa ada extra class bahasa inggeris. balik lambat sikit.. takpe anisa boleh balik dengan beca"elakku.
"ok"jawabnya pendek. lega.sebelum aku kesekolah aku bertemu ayah dahulu. aku salam tangannya mohon keberkatan.
"hari ni ayah ada appointment doktorkan. ayah pergi dengan maksu ye.. sebab ayong ada kelas tambahan hari ni".ayah mengangguk. kereta maksu memasuki perkarangan sekolah.
"balik kejap lagi iyan ambil tau, anisa balik dengan iyan ya."suruh wanita itu.
"baik maksu"aduiii aku baru je nak enjoy tiba lekat dengan mamat ni.
"Aku malas main la hari ni.. aku period"ujar aku pada syira
"kau duduk la dekat bawah pokok tu.. kejap lagi aku habis main aku panggil kau."ujar syira.aku melelapkan mata.perut ku terasa senak.
"aduh"kepalaku terhantuk pada bola. liza menghampiriku.
"sorry"ujarnya.aku hanya diam. sekali lagi bola itu mengenai badanku. kali ini sungguh kuat
"sorry"ujarnya lagi.aku gagahkan diri untuk bangun.
"kau pehal.. kalau tak pandai main tak payah main"marahku.liza menekan bola itu di perutku.senak dan sakit bercampur. badanku dihimpit pokok.
"kau jangan rasa kau dah hebat sangat"kepalaku ditunjal tunjal.aku tiada daya untuk melawan.perutku teramat sakit.
"hoi"Arash menghampiri kami. dirampas bola itu dari liza.
"kau nak main ke tak nak"soalnya
"nak nak"liza membontoti arash. kaki aku terasa lemah.mataku gelap.
"awak dah bangun"sir rahimi berdiri dihujung kaki ku.
"sir.... "aku cuba untuk bangun
"awak baring dulu... saya dah call waris awak untuk datang ambil awak"ceritanya
"terima kasih sir"aku kembali baring
"Hajar"syira menghampiri ku.aku hanya tersenyum
"weh maaf aku tak tahu liza gila tu buli kau lagi"ujarnya
"kamu duduk sini teman dia. sir ada kelas kejap lagi.. hajar.. waris kamu datang kamu boleh balik ya.. sir dah inform guru kelas kamu"aku hanya mengangguk.
"sir risau gila bila dengar kau pengsan"ceritanya.aku terdiam
"sir yang bawa kau ke sini"mataku hampir terkeluar
"sir.. "ulangku
"habis kau ingat siapa, aku.. memang tak la, sepupu kau boleh tengok je kau"ceritanya lagi
"ayong.. ayong"suara qayyum
"ayong kenapa.. ayong demam ke.. "diperiksa badanku
"ayong uzur la"ujarku.qayyum melepaskan lelahnya
"qayyum syira pun pening"usik syira. diletakkan kepalanya ke lengan qayyum tapi ditolak qayyum
"ayong...angah balik kelas dulu ye.. ayong nak apa apa tak"soalnya
"angah tolong amik beg kecik ayong.. ada pad dalam tu"pintaku.
"ok"ujarnya.
"qayyum.. qayyumm.. syira pening kepala ni"usiknya.qayyum tidak mengendahkannya dan berlalu pergi tanpa sebarang kata
"adik kau tu takde perasaan ke"soalnya
"dia memang macam tu tapi dia penyayang orangnya"pujiku
"ayong..ayong nak apa apa tak kak ngah boleh tolong ambilkan"aku tiba tiba rasa nak termuntah mendengar kata kata syira
"ish kau ni"rajuk syira.aku tertawa.
lamanya si sengal ni amik pad aku.rungut hatiku
aku kembali baring dikatil. perutku sakit.syira rehat dikantin.sunyi.
"ehemmm"seseorang berdehem didalam bilik itu. aku cuak.hanya aku saja dalam bilik itu.mataku aku pejam kemas.kembali sunyi
"hajar"panggil syira. aku berpaling. arash duduk di kerusi sambil menatapku.syira menunjuk jarinya ke arah arash.
"nah"mukaku merah terasa hangat apabila pad yang aku minta qayyum ambilkan berada dalam tangan arash. syira ternganga.
"oh my god"ujarnya tanpa suara. aku cepat cepat mengambil pad dari tangannya lalu aku masukkan ke dalam selimut.kami terdiam.
"syira teman aku ke toilet aku nak salin pad"pintaku.syira memapah aku ke tandas.
"wei biar betul kau... dia bagi kau pad"ujar syira
"aku pun terkejut"aku keluar dari tandas dan ke sinki. syira merenungku tajam
"baik kau mengaku kau ada affair dengan dia ke"soal syira
"menatang apa tu"soalku
"apa"soal syira semula
"fair fair tu la"soalku
"oh... kau ada hubungan dengan dia ke.. kau couple dengan dia ke"soalnya
"huishh mana ada"nafiku
"dia tu pervert ke psycho"tekanya
"kan. tapi apa benda tu"soalku dungu. syira menepuk dahi.
Asfar masih dibilik rawatan.aku duduk diatas katil.
"nah.. makan dulu sikit, ni ubat makan lepas kau makan"suara garau serak itu menyeka telingaku. aku mengangguk.sebuku roti,sebotol susu dan dua biji panadol diletakkan ditepiku
"hajar.. kamu macam mana"soal sir rahimi
"ok dah sikit sir"roti yang diberi arash aku suapkan ke dalam mulut.
"sir ada belikan bubur untuk kamu"dihulurkan bubur kepadaku tapi diambil arash. syira terpampan dengan reaksi arash. baki roti yang ada ditangan ku di makannya. aku kaget. tindakannya itu menghairankan ku.
"aku suapkan bubur ni"sudu yang berisi bubur disua ke mulutku. sir dan syira hanya memerhati.aku lagi la.
"kamu dari kelas mana"soal sir rahimi
"dia pelajar baru sir.. kelas 4 efisyen"ujarku
"patut la sir tak pernah nampak"loceng kelas berbunyi.
"kamu semua boleh masuk kelas"suruh sir rahimi
"baik sir.."syira tanpa banyak bicara pulang ke kelas.
"kamu pun boleh pulang ke kelas"ujar sir.
"jangan lupa makan ubat"pesannya.bekas bubur dan pembungkus roti itu diambilnya.aku hanya memerhati.
"awak nak balik rumah ke..saya hantarkan"aku rasa arash dengar akan perbualan kami kerana langkahnya terhenti sebentar dan menoleh.
"hah.... errr... takpe sir maksu saya datang ambil saya nanti."dalihku.
"saya keluar dulu"lelaki itu berlalu pergi. aku makan ubat yang diberikan arash dan terlena dikatil.
"ayong kenapa ni"soal ayah
"ayong senggugut ayah"ujarku masuk ke bilik. maksu datang dengan batu sungai yang panas dibalut kain.
"letak dekat perut tu"aku mengikutkan sahaja. terasa lega dan aku tertidur.suasana riuh kedengaran di ruang tamu. aku bangun. tudung ku aku sarung. qayyum, redza dan arash sedang bermain karom.aku mencapai tuala untuk mandi.aku dapat rasakan ada seseorang memerhati.
"anisa.. dah ok ke perut"soal maksu
"dah maksu"ujarku
"kita perempuan ni selagi tak bersalin macam tu la dah beranak nanti ok la tu"ujar maksu. aku terkedu.apa beranak beranak ni... awal lagi kottt.. baru enam belas tahun.. pemikiran orang tua bukan boleh dijangka. ibarat bom atom yang meletupkan hiroshima. usai mandi aku ke bilik ayah.
"doktor kata apa tadi"soalku
"macam ni lah ayong.. biasa biasa je.. takde lebih takde kurang"balas ayah.
"takpelah.. ayong sentiasa doakan ayah sihat"ujarku.
"ayong.. ayah nak tanya sikit boleh"ujarnya.
"apa dia ayah"soalku
"apa pendapat ayong tentang arash"soal ayah
"biasa biasa je.. macam orang lain"balas ku
"ayong suka dia"soal ayah
"dia.. si muka ketat tu... huh... lambert lagi"nafiku.ayah tertawa
"jangan benci sangat nnati jadi suami baru tahu"usik ayah.
"kalau diberi pilihan sekali pun dia tetap takde dalam senarai"ujarku
"kenapa teruk sangat ke anak maksu"sampuk maksu yang masuk ke bilik ayah
"eh bukan macam tu.. "aku serba salah.
"dia dulu tak macam tu.. tapi selepas paksu buat perangai dia terus berubah jadi pendiam dan suka bersendiri"cerita maksu. aku diam.
"tapi kalau ada orang yang sudi jadi teman hidup arash tu insyaAllah dia akan ceria semula"ujar ayah. aku diam. aku mengangkat muka ku. maksu dan ayah memandang ku
"apa"soalku
"anisa sudi jadi teman hidup arash"soal maksu
"huiii... jauh sangat berfikir maksu ni"aku mula gugup.
"tak... maksu tak main main.. maksu nak anisa jadi menantu maksu"ujarnya
"arwah ibu juga pernah berniat untuk satu kan korang. ayah dengan ibu juga nak arash jadi menantu kami. sebab tu korang kami dah tunangkan dari umur korang darjah enam."cerita ayah.aku tahu akan perkara itu tapi bagi aku cerita orang tua.. nanti akan terlerai begitu saja. aku tidak menyangka ia diambil serius.
"tapi kami baru tingkatan empat.. awal lagi"aku mencuba.
"ayah dah pergi jumpa kadi dan peguam... ayah dah dapatkan keizinan untuk beri korang bernikah"ujar ayah. airmataku mula mengalir. sebak.
"ayah dah tak sayang ayong ke"soal ku
"bukan tak sayang.. ayah sayang ayong.. ayah nak ayong hidup dengan orang yang tepat bila ayah takde nanti"ujar ayah
"masih awal ayah untuk fikir pasal kawin, ayong banyak benda ayong nak buat ayah.. adik adik..."ujarku dengan tangisan menderu.
"maksu takkan halang kalau anisa nak sambung belajar. arash juga.. dia pun takkan halang anisa untuk buat apa yang anisa suka"arash...jadi dia dah tahu rancangan ni. aku mula geram.
"ayah dah tak larat.. dah makin tak sihat.. ayah tak mampu pertahankan ayong kalau sesuatu terjadi.. lagipun kalau ayah takde nanti.. ayong akan tinggal dengan maksu dan arash...kalau ayong kawin dengan arash.. ayong dah elak fitnah. ayah pun rasa tenang."ujar ayah
"tapi ayah"aku bukan mahu membantah..tapi aku rasa masa depan aku.. hak aku untuk tentukan bagaimana.
"takpe maksu dengan ayah takkan paksa anisa, apapun keputusan anisa kami sokong"ujar maksu.aku diam.
"kau tahu yang kita akan dijodohkan"soalku.pohon ceri yang rendang itu tidak lagi dapat menutup hangat hatiku.
"tahu"ujarnya.
"Allah... habis.. kau kata apa"soalku
"aku ok je"jawabnya seolah tiada apa apa berlaku
"ok je.. wei.. kau nak kawin dengan orang yang kau tak suka.. kau nak kawin dengan orang yang kau tak sayang kau tak cinta"nadaku tinggi seoktaf
"pada aku benda tu lepas kawin baru boleh muncul kalau kita nak"ujarnya
"kau ingat kawin ni benda main main ke"soalku
"kalau bagi kau perkahwinan tu perkara main main terpulang tapi bagi aku itu satu amanah"dia seakan tenang.aku makin serabut.
"kau tak kisah kawin dengan aku."uji ku
"tak.. lagipun kita sepupu apa masalahnya"jawapannya itu menyakitkan hatiku. aku naik ke rumah geram.
"ayong apa hentak hentak kaki tu... "tegur ayah
"maaf ayah"aku masuk ke bilik. bantalku aku tumbuk tumbuk melepaskan geram.aku terkup muka ku ke bantal dan aku jerit semahunya. pintu bilik ku diketuk. aku membuka pintu
"boleh maksu masuk"pinta maksu.maksu duduk dikatil ku.aku bersandar di dinding.
"maksu tahu anisa nak teroka dunia.. macam macam anisa nak buat.. maksu faham.. tapi maksu dan ayah anisa dah fikir masak masak cara yang terbaik untuk lindung anisa dari paksu dengan cara kawin anisa dengan arash.dia je yang boleh lindung anisa"ujar maksu
"tapi kenapa tak tunggu kami habis sekolah dulu"soalku
"anisa.. keadaan ayah anisa dah kritikal buah pinggang dia dua dua dah tak berfungsi.. hemodialisis pun tak jalan dah"jelas maksu. aku terpana.aku tidak menyangka keadaan ayah seteruk itu.aku masih perlukan ayah.
"ayah anisa dah tak dapat bertahan lama melainkan ada keajaiban dari Allah"ujar maksu. airmata ku menitis.Ayah...
"kami nak elakkan dari fitnah dan paksu yang kita tak tahu akal dia...jahat jahat dia..dia masih suami maksu.. kalau talak ditangan maksu dah lama maksu ceraikan dia tapi talak ditangan dia.. dan dia taknak lepaskan maksu"cerita maksu.aku hanya menangis
"ibu, kalau dah dia taknak biar lah... tak perlu paksa"sampuk arash diluar bilik ku.
"iyan jangan menyibuk"tegur maksu
"iyan cakap betul apa ibu... orang kalau dah ada buah hati..benda baik yang kita fikir tetap tak elok di mata dia"sampuknya lagi. aku bangun dari katil lalu keluar mendapatkan arash yang berada diluar bilikku
"kau merepek apa, bila masa aku bercinta.. siapa dia buah hati aku"soalku.marah
"satu sekolah bercerita pasal kau..."ujar arash
"pasal aku.. pasal apa.. apa aku buat"tengking ku
"pasal kau dengan sir rahimi.. kau ke pekan dengan dia...adakan"soal arash.nadanya tinggi
"dia nk tumpangkan aku..lagipun aku dengan syira"marahku
"habis dekat bilik rawatan tu... seronok kau kena dukung"tengkingnya
"aku pengsan la bongok.. kau ingat aku tahu ke sapa yang bawa aku ke bilik rawatan.. dah tu kenapa kau tak bawa aku ke bilik rawatan"marah ku
"dah boyfriend kau ada dekat situ.. dia yang bawa kau takkan aku nak halang"ujarnya.
"sudahh sudahh korang berdua"tempik ayah
"ayah.. dia tu sir rahimi.. yang datang rumah hari tu.ayong dengan dia takde pape hubungan"tangisku
"ayah percaya ayong,tapi macam ayah cakap..ayah nak elakkan fitnah.. ayah ada pun timbul fitnah... ni kan pula bila yah takde nanti"ujar ayah. aku masih dalam esakan.
"ayah harap ayong faham kenapa ayah buat keputusan macam tu"ujar ayah lagi. aku diam.
"maksu tak memaksa anisa.. apa pun keputusan kami terima"ujar maksu
"ayong setuju.. sebab ayah... tapi ayong nak dirahsiakan sampai kami habis sekolah.. "ujarku. kelihatan ayah menarik nafas lega
"alhamdulillah"maksu bersyukur
"ayong kawin sebab permintaan ayah.. ayong taknak ada apa apa komitmen..ayong nak tumpu pada spm"ujarku.
"maksu paham.. maksu tak paksa.. alhamdulillah.. anisa dah setuju pun dah satu rahmat bagi kami.. terima kasih"dipeluk aku erat. wajah ayah terukir senyuman gembira.
Share this novel