Chapter 3 – Not There

Romance Series 17063

Lily sedang berbaring di atas katilnya. Mindanya kosong, tiada apa yang sedang difikirkannya. Sedang dia tenang merehatkan diri, tiba-tiba satu notifikasi muncul di skrin telefonnya.

PING!

Kepalanya diangkat sedikit, melihat ke kabinet yang berada di sebelah katilnya. Kemalasannya mengawal diri. Dengan menggunakan kakinya, Lily menggapai telefon yang berada di atas kabinet itu. Badannya langsung tidak bergerak dari katil.

“Nak apa lagi Derek ni…” keluh Lily sambil membuka mesej yang dihantar oleh Derek.

[Derek: Lily, esok jom study dekat library.]

[Lily: Ala, aku kena pergi ke?]

[Derek: Nama pun study group…]

[Lily: Eh, betul la tu. Kau mana ada kawan.]

[Derek: Kurang asam betul…]

[Derek: Jom la esok. Exam dah nak dekat.]

[Lily: Okay, tapi kita gerak awal, boleh?]

[Derek: Ha,]

Perbualan mereka tamat begitu sahaja. Telefonnya dicampak jauh daripadanya. Lily kembali merenung kipas yang sedang berpusing dan dinding yang tidak berubah bentuk atau warna. Matanya berkelip sayu.

“Kalau pergi berdua pun bukan study group…” keluh Lily sambil menepuk dahi, kecewa dengan Derek. "Patut pun pergi study, Derek,” katanya lagi sebelum tertidur dan dibuai mimpi.

* * *

Lily bergegas turun dan memasuki ruang makan. Bennet dan Lily sedang menyuap makanan ke dalam mulut. Mata mereka mengikut gerak geri Lily.

Lily berpakaian seperti mahu keluar. Ditambah pula disandang sebuah beg berwarna merah jambu lembut yang dipenuhi rantai kunci dan pin yang comel. Rambutnya pula diikat ke kiri dan kanan. Rambut bahagian hadapannya pula dipinkan dengan beberapa pin yang comel. Wajahnya juga turut disolek.

“Li nak pergi mana ni? Mari la makan dulu,” Milly menjemput Lily untuk duduk bersama mereka. Lily memandang bapanya, dan kerusinya di sebelah Milly.

“Takpe la, mama. Li nak keluar kejap. Nak cepat ni. Nanti Li makan dengan mama,” ujar Lily seperti bapanya tiada di situ. Dia hanya mengisi botol airnya dan mengambil beberapa biji gula-gula di dalam mangkuk di atas kaunter dapur. “Bye, mama!” jeritnya sambil berlari keluar dari bilik makan.

Bennet mengangkat kepalanya memandang Milly. “Saya tak tau apa-apa.” Jawab Milly tanpa disoal.

* * *

Sesudah sampai di stesen kereta api, Lily berlari ke arah stesen kereta api bawah tanah dan bergegas menyentuh kadnya dan berlari masuk ke dalam kereta api yang sudah terbuka luas pintunya. Sepantas kilat, dia melompat masuk ke dalam koc kereta api sebelum pintu ditutup dua saat kemudian.

Segera dia membuka telefonnya dan menghubungi kawannya yang ingin dijumpainya melalui mesej.

[Lily: Derek, kau dah sampai ke?]

[Derek: Dah. Kau dekat mana ni? Lambat lagi ke?]

[Lily: Dah dalam kereta api ni. Aku turun lagi… tujuh stesen.]

[Derek: Okey, aku tunggu kau dekat bench biasa. Lambat, aku tinggal.]

[Lily: Ala, kejap lagi aku sampai. Jangan la pergi dulu,]

[Derek: :P]

Perbualan mereka tamat. Kepala Lily berpusing melihat dunia luar. Kereta api yang dinaikinya dari bawah tanah kini sudah berada di atas. Pemandangan Hereven terbentang luas pada mata kasarnya.

“Wow…” bisik hatinya melihat sebuah bangunan telah siap dilancarkan. Bangunan berwarna putih itu kelihatan sangat bersih dan memukau.

Matanya tidak teralih daripada merenung permandangan Aurorium. Dalam merenung pemandangan Aurorium, perhatian Lily teralih ke bandar baharu yang dimasukinya; Midford. Kereta api itu sekali lagi bergerak masuk ke dalam tanah dan Lily terus mencari tempat duduk.

Dia tidak perlu mencari tempat kosong. Kereta api itu kosong sejak dia melompat masuk. Tiada orang Gentri yang ingin pergi ke Aurorium. Jika ada sekalipun, mereka tidak mahu langsung menaiki kereta api disebabkan alasan ‘telah dikotori oleh golongan Guoris yang berinteraksi dengan Ploriat’.

Setelah melepasi beberapa stesen, alangkah terkejutnya Lily apabila melihat betapa sesaknya stesen yang perlu dia melangkah turun. “Alamak…” bisiknya kepada diri sendiri. Dada dan perutnya dikeraskan. Sebaik sahaja pintu dibuka, terus dia merempuhkan badannya keluar. Ramai yang bergerak masuk ke dalam gerabak yang dinaikinya tadi, tetapi kesesakkannya masih sama.

Lily tiada pilihan tetapi menolak orang yang berada di hadapannya ke tepi. Dalam usahanya untuk menolak orang-orang yang berada di situ, telinga Lily tertangkap bunyi petikan gitar yang tidak pernah didengarinya. Langkahnya terhenti dan kini si gadis itu tersepit di antara kesesakan di stesen kereta api bawah tanah.

Pendengarannya difokuskan. Dia cuba mengesan dari mana datangnya bunyi petikan gitar itu. Kepalanya ditoleh ke kiri dan kanan. Matanya juga melilau, cuba untuk mencari tetapi ketinggiannya yang tidak cukup itu langsung tidak membantu.

“Tepilah!” jerkah seorang lelaki, menolak Lily. Jerkahan lelaki itu langsung tidak mengganggu Lily. Dia mengesan bunyi itu datang dari arah kanannya. Direnang lautan manusia untuk pergi ke sumber bunyi itu.

Siapakah dia? Siapa yang memainkan gitar pada waktu begini? Di tempat yang sesak ini? Lily menolak dan terus menolak. Bunyi itu terhenti namun azam Lily untuk terus mencari tidak tercalar.

Kesesakan di stesen itu mulai hilang dan akhirnya Lily sampai di sebuah tiang. Tiada siapa yang berada di situ. Tercungap, dia cuba bernafas dengan normal tetapi kekecewaannya menyebabkan Lily mengeluh. Dia mengelap peluh di dahi dengan telapak tangannya.

Kecewa sungguh.

Dia cuba menoleh ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sesiapa yang menggalas beg gitar kelihatannya. Tangannya digenggam ketat untuk dua saat sebelum dia dikejutkan dengan pergelangan tangannya dia tiba-tiba dipegang oleh seseorang.

“Eh…!” Lily terkejut dan cepat-cepat memusingkan kepalanya. Matanya terus bertentangan dengan mata Derek.

Wajah Derek berubah risau. “Kau kenapa macam budak kecik hilang mak ni?” soal Derek, melepaskan pegangannya. Tangan Lily dilepaskan.

“Tadi kau ada dengar orang main gitar tak?” soal Lily, tidak mengendahkan soalan Derek.

“Ada je, dari tadi. Kenapa kau tanya?” soal Derek, menolak rambutnya kebelakang dengan jari-jarinya. Lily menoleh, masih berharap. “Kenapa ni?” soalnya lagi sambil memasukkan tangannya kedalam poket.

Lily mengeluh, beralah. “Tak ada apalah. Muzik tadi best. Aku saje nak tengok siapa yang main gitar tu.” Jelas Lily ringkas. Derek hanya mengangguk.

“Okay, tapi,” muka Derek bertukar hairan. “Sejak bila kau minat bermain muzik ni?” Soal Derek dengan muka berkerut. Tangannya dikeluarkan dari poket dan mula memeluk tubuh. “Aku ingatkan kau minat dengan benda lain.” Tambah Derek sambil mengangkat bahunya.

“Eh? Minat benda lain?” Derek mengangguk perlahan. “Macam mana pula kau tau?” Kali ini, Lily yang berpeluk tubuh menanya soalan kepada Derek.

“Your dad. Katanya kau dah tak minat bermain muzik.” Lily mengerlingkan matanya.

Seperti sudah mengagak akan perkara ini. “Dia kata apa lagi?”

Derek mendengung. Seperti ada perkara yang pelik berlaku. “Katanya kau sekarang berminat dengan sains? Terutamanya membuat penyelidikan,” Raut muka Lily berubah dari senyum menjadi muka masam. Jangkaannya tepat. Bapanya menyebarkan ‘fitnah’ tentang minatnya agar dia berasa malu dan melakukan apa yang diminta olehnya.

“Dia tipu kan?” akhirnya Derek sedar yang dia sudah termakan dengan helah bapa Lily. “Alamak. Aku pun tak tau macammana aku boleh percaya.” dia menyandarkan kepalanya, memberi isyarat untuk mereka meneruskan perjalanan.

“Hah. Yang engkau percayakan sangat dia tu kenapa?” soal Lily, berjalan semula dengan Derek.

Derek terdiam, cuba mengingat kembali apa yang Bennet katakan kepadanya. “Dia kata dia bangga dengan pencapaian kau. Bunyinya sangat meyakinkan.”

“Dah, tak payah percaya apa yang dia bebel. Kalau betul pun, kau yang akan tau dulu. Bukan bapa aku. Oh ya, malam tadi aku kena bebel lagi selepas dia balik rumah. Aku tengah buat kerja rumah, lepas tu dia-”

“Eh, jap” sambil mengisyaratkan tangannya untuk Lily berhenti bercakap. “Aku tau yang dia memang suka membebel kat kau,” dia mengerutkan dahinya. “Tapi lepas tu apa?”

Lily mendengus “Aku tak layan.” Jawabnya sambil mengibas tangan ke belakang kepala, membelai rambutnya, mengisyaratkan yang dia sudah rimas dengan perangai bapanya.

“Fuhh, memberontak ya,” guaranya, yang kemudiannya dibalas dengan sikuan ke tangannya oleh Lily. “Aduh!”

“Rimaslah.” Dia mengibas rambut di mukanya pula. “Kan bagus kalau macam bapa kau, dia bagi je kau belajar muzik,” keluhnya.

Derek tersengih. “Itulah, bapa kau ni tegas sangat,” mukanya berubah risau semula. Risau dengan keadaan Lily sekarang. “Sekarang ni macam mana?”

“Macam mana apa?”

“Lupakan jelah,” Derek memalingkan mukanya, membuang bayangan bodoh dalam kepalanya. “Mungkin kau patut bagi dia masa? Atau buat apa je yang kau nak? Maksud aku, kau kan dah besar. Nanti menyesal di kemudian hari disebabkan salah pilih bidang.” Nasihat Derek.

Kata-katanya membuatkan Lily berfikir. “Nanti-nanti jelah aku fikir.” Keluhnya terbeban dengan hubungan dia dengan bapanya.

* * *

Beberapa minit sebelumnya…

Jarinya memetik tali gitar tanpa membuat sebarang kesilapan. Matanya dipejam sambil memetik tali-tali instrumen yang dimainkannya. Fokusnya bermain gitar terganggu apabila beg gitarnya disepak.

Matanya terbuka dan terkejut melihat kesesakan yang sedang berlaku di hadapan matanya. Jari jemarinya masih lagi menari-nari diantara enam tali walaupun kepalanya mulai diisi dengan keresahan. Dia tidak pernah bermain di hadapan begitu ramai audien.

Lagu yang dimainkan terus ditutup dan dia bergegas mengemas barang-barangnya. Selamat, tiada apa pun yang rosak atau hilang ketika dia khusyuk bermain sehingga tertutup matanya.

Michael bergegas menutup begnya dan bergerak pergi. Mudah baginya, sebaik sahaja dia cuba untuk bergerak ke arah tangga, orang yang bersesakkan tadi menjauhkan diri daripadanya. Setidaknya, dia tidak perlu menolak-nolak dan bersesakkan untuk keluar dari stesen kereta api itu.

Hanya dalam tempoh tiga minit, Michael berjaya keluar dari stesen yang sesak itu. Disebabkan keadaan stesen yang sesak, dia memutuskan untuk pulang ke rumah dan berehat. Duit yang berjaya dikutipnya cukup banyak.

Kepalanya berpaling mencari kedai serbaneka.

Next chapter Lily akan ceritakn tentang Michael pula ya. Nantikan! :p Jangan lupa follow profile Emi untu dapat notification! Terima kasih semua yang follow!. <3<3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience