29

Romance Completed 132664

Noor menekan-nekan loceng rumah. Kereta Hazim yang terparkir di luar menyakinkan dia bahawa anak lelakinya itu memang ada di rumah. Salam sudah diberi, juga tidak berjawab.

Noor cuba membuka pintu rumah, terkejut juga memandangkan ianya tidak berkunci.

"Bang." Noor memandang sebentar ke arah Rashed yang mencuka.

Suaminya yang baru selesai membuat panggilan hanya menggeleng. Lalu memberi isyarat menyuruhnya masuk.

"Azim! Assalamualaikum!" suara Noor bergema di seluruh banglo besar itu.

Tiada jawapan masih. Lampu di dalam rumah masih bernyala sedangkan keadaan rumah itu bagaikan tiada penghuni.

"Cuba cari kat atas." arah Rashed.

"Yelah. Kejap saya naik." Noor menurut arahan.

Tangga dinaiki, menuju ke arah bilik untuk mencari gerangan Hazim Ikmal. Noor memasuki bilik kedua yang pintunya kelihatan tidak bertutup rapat.

"Ya Rabbi.. Azim.." Noor mengucap melihat keadaan bilik yang bersepah.

Paling mengejutkan ada serpihan kaca di atas lantai, hasil dari cermin dinding yang pecah.

Batang tubuh Hazim pula sedang terjelopok di sebalik sofa panjang. Masih berpakaian lengkap dan sedang berdengkur halus.

"Azim!" Noor mengangkat bantal dan kusyen yang berselerak sambil memanggil Hazim.

"Zim. Bangun! Apa dah jadi ni!" Noor menepuk lengan Hazim yang masih nyenyak.

"A—ati..." Mata Hazim terbuka sedikit. Sinar lampu bilik yang terang membuatnya memejam mata kembali.

"Bangun, Hazim! Kenapa dengan bilik kamu ni!"

Suara yang amat dikenalinya itu kembali mengejutkan Hazim. Baru dia sedar siapa di hadapannya kini.

"Umi..."

.
.

Hazim mematung sambil memaku pandangannya ke lantai. Pandangan Rashed yang menikam ke arahnya tidak diendahkan.

Mona yang berada di sebelah juga memalingkan muka ke arah lain. Suasana yang dingin antara pasangan suami isteri itu jelas menerangkan situasi sebenar hubungan mereka.

"Apa dah jadi dengan kau orang berdua ni?" Rashed tidak tahan dengan suasana yang sunyi dan tegang itu.

"Ayah tanya la dia ni sendiri."

Mona berpeluk tubuh, memandang Hazim pun dia tak kuasa. Makin menggunung-gunung rasa marahnya.

"What? Aku sorang je yang salah dalam hal ni?!" Hazim naik suara.

"Memang pun! Semua ni sebab kau dengan pompuan tak guna tu!" Mona pula menjawab, hilang sudah rasa hormat terhadap insan yang masih bergelar suami.

"Jaga sikit mulut kau tu!"

"Betul kan apa aku cakap?!"

"Shut up!" Rashed bersuara membidas suami isteri yang bagai anjing dan kucing itu.

"Whats wrong with you guys?! Pompuan mana pulak ni?"

"Bagitahu je la benda betul Hazim. Tak payah nak tipu orang lagi dah! Tak kesian ke dekat your parents ni? Stop berlakon baik boleh tak?!" wajah Mona merah menahan marah.

"Azim.. apa ni? siapa pompuan yang Mona cakap tu?"

Hazim bungkam lagi. Berat mulut untuk bersuara walaupun tahu tembelangnya bakal pecah hari ini.

"Kalau ayah dengan umi nak tahu, Hazim ni pernah kahwin senyap-senyap sebelum ni. And i'm only the second wife. Rupanya selama ni Mona tertipu!" berkaca mata Mona memberitahu kisah sebenar.

"Allahuakbar..." Noor menekup mulut, hanya istighfar yang mampu diucapkan.

Suaminya di sebelah sudah menggeleng pasrah, masih cuba untuk menghadam apa yang didengar. Hendak marah, dia juga sudah mati akal.

"Betul ke ni Hazim? Kenapa rahsiakan? Betul ke?"

"H—Hazim.. Hazim memang nak bagitahu.."

"Tahu dah kan kenapa dia langsung tak ada hati dengan Mona? I can't force this anymore ayah. I can't force Hazim to keep me. This whole marriage is just not right." Melirih Mona meluahkan perasaan yang selama ini dipendam.

Sudah tidak peduli akan matanya yang basah dengan airmata sejak tadi.

"I don't mind kalau Hazim nak ceraikan Mona." teresak-esak Mona menyapu tangis di pipi.

Hazim terpaku dengan kata-kata Mona. Erat dia menggenggam jari sendiri sambil masih lagi menunduk. Malu. Malu dengan kedua ibu bapa dan isteri. Pasti hati-hati di hadapannya ini semua terluka kerana sikapnya.

"Astaghfirullah... Mona, Hazim.." bisik si ibu, menambah kekesalan di hati Hazim Ikmal.

.
.

Hazim mendekati Mona dari arah belakang. Terhinjut-hinjut bahu wanita itu menangis. Sekian lama berdiam diri, Hazim terpanggil untuk bersuara.

"Mona.." hujung lengan Mona cuba disentuh, namun laju tangannya ditepis.

"Don't touch me. Don't touch me like nothing happen, Hazim."

"Pergilah dekat bini you tu. I'm nothing to you. I ni, perampas je." suara Mona yang mengendur, cukup sinis.

Terasa caci maki terhadap Hana sebelum ini berbalik ke mukanya. Dia sebenarnya yang mengejar cinta suami orang.

"I should have known this. Tapi i degil. I nak jugak buat semua ni, walaupun i tahu i takkan dapat ubah apa-apa. You tetap tak ada rasa apa-apa untuk i." kata-kata Mona ibarat pisau yang menghiris hati Hazim.

"I penat, Hazim. I sakitkan Hana, but in the end, i tak puas pun. It doesnt change anything. Hati you tetap untuk dia."

"Aku...tak tahu dia kat mana.." Hazim terbayang akan seraut wajah Atilia Hana.

Kali terakhir mereka bertentangan mata, wajah itu penuh dengan kedukaan. 'Kau memang bodoh, Hazim! Selama Hana jadi isteri engkau, dia banyak menumpahkan air mata!'

"Kalau i jadi dia pun i lari, Hazim. Perempuan mana je yang sanggup stay. You've hurted her.. Patutnya awal-awal lagi you mengaku je yang you dah kahwin, tak adalah i ni macam orang gila terkejar-kejarkan laki orang."

"Aku minta maaf Mona.. Aku tak tahu...nak buat apa.."

"I dah bagitahu my parents. You tak payah risau. I yang nakkan semua ni."

Mona mengumpul seribu kekuatan, penuh tekad. Terngiang-ngiang di corong telinga pesan ibunya. Orang dah tak suka, buat apa masih terhegeh-hegeh lagi?

"Lepaskan je i, Hazim. Ceraikan i..tak ada guna lagi kalau kita terus macam ni." pantas Mona menyeka butiran jernih yang mengalir lagi ke pipi.

Perkahwinan yang terjalin hanya beberapa bulan itu langsung tidak memberinya kebahagiaan. Malah dia derita kerana bertepuk sebelah tangan.

"Mona..." terkedu Hazim mendengar permintaan dari Mona.

"You don't have to care about my feelings. Hati i dah hancur pun bila dapat tahu you ada perempuan lain."

"Aku bersalah.. Aku sedar aku kejam. Aku yang salah." Hazim akur akan kebodohan sendiri.

Kerana itu dia kehilangan kedua-dua isteri. Seorang berjauh hati, seorang lagi minta dilepas pergi.

"Maafkan aku, Mona." ada setitis air mata yang jatuh, mengambarkan kekesalan di hati Hazim.

Dialah seorang suami yang telah gagal.

"Pergilah minta maaf dekat wife you. Pasal kita, sampai sini je. Enough. Kita buat cara baik. See you in court later." bisik Mona buat kali terakhir sebelum membawa diri meninggalkan Hazim.

"Mona—" panggilan Hazim tidak dihiraukan lagi.

Mona menahan suara agar tidak terdengar kuat oleh orang lain. Betapa hancur hatinya saat ini. Dibiarkan hatinya sakit lagi kerana Hazim Ikmal.

Noor dan Rashed yang terpandang akan susuk tubuh Mona yang melangkah keluar laju berpandangan sesama sendiri.

"Mona, kenapa ni? Mona—" Noor cuba mendapatkan si menantu yang mengesat-ngesat pelupuk mata.

"Sorry, umi ayah. Mona mintak ampun. Mona pergi dulu."

"Monaa..."

Rashed tidak berupaya lagi menghalang Mona.Yakin bahawa masa yang diberikan kepada Hazim dan Mona bagi membincangkan hala tuju rumah tangga mereka menemui jalan buntu.

"Abang..." Noor mengurut dada, moga diberi kesabaran dalam situasi begini.

Rashed juga membisu. Semuanya berpunca dari kedegilan dia untuk menjodohkan Mona dengan Hazim. Terang-terangan lelaki itu menolak dari awal, tetapi tidak diendahkannya.

Akhirnya Rashed terduduk kecewa. Hancur masa depan si anak di tangannya.

.
.

*Flashback*

Mesyuarat pertama bagi minggu itu akan diadakan sebentar lagi. Hana membawa bersama buku catatan dan barang peribadi, mengekori teman sekerja baru yang dikenalinya, Azleen.

"CEO kita ni tak garang pun, jangan risau lah." jelas Azleen.

Hana angguk mengerti. Dalam kepalanya hanya berfikir akan ayat untuk memperkenalkan diri sewaktu meeting nanti. Dah la depan ramai staff pula tu.

Hana mengambil tempat di sebelah Azleen, membelakangi dinding kaca bilik itu. Sudah ada staff lain yang sedia menanti di dalam bilik, masing-masing sedang tekun meneliti telefon bimbit.

Hana meregangkan badan seketika. Keyakinan dikumpul sebelum mesyuarat dimulakan. Meeting pertama sebagai pekerja baru, harus memberi first impression yang baik!

Beberapa minit selepas jam yang dijanjikan, masuk sekumpulan pekerja terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan ke dalam bilik. Hana mendongak mencari suara yang memberi salam ketika pintu bilik dikuak.

Tiga orang mengambil tempat duduk di barisan belakang manakala seorang lagi duduk di kerusi paling hadapan. Tak silap lagi, itulah dia encik CEO.

"Hazim Ikmal."

"I heard we have a new member today coming from the accounting department, so would you introduce yourself to the rest of the room, miss?" Encik Kamarul selaku kepala mesyuarat mempersilakan Hana untuk memperkenalkan diri.

"Er.. Assalamualaikum. My name is Atilia Hana Abdul Halim. Staff baru dekat accounting department. I'm in charge of budget operation and report." Hana sambil senyum manis.

Pekerja lain yang angguk sesama sendiri turut membalas senyum Hana. Hazim Ikmal pula sibuk membelek wajah yang pertama kali dilihat itu.

Senyum manis yang menghiasi bibir gadis bernama Atilia Hana itu membuatnya berdebar-debar. Seakan dia terlihat bidadari, mata Hazim tidak berkelip saat pandangan mata mereka bertaut.

"Atilia Hana.."

Share this novel

Bettylilis Widayat
2019-12-03 06:05:09 

bagus ceritanya


NovelPlus Premium

The best ads free experience