Bab 20

Romance Series 21400

Terbayang Adam saat dia memangku Emma yang penuh berlumuran darah.Kereta yang telah melanggar Emma memecut meninggalkan mereka.Dasar tak guna, bentak Adam dalam hatinya.Nafas Emma naik turun.Pandangannya kabur.

"Mak Esah!! ambilkan kunci kereta saya dalam rumah!! cepat!! "

"Baik Tuan Adam!! "

Tergesa-gesa Mak Esah memasuki rumah dan mengambil kunci kereta Adam yang tergantung di tepi pintu masuk rumah itu.

"Nah Adam!! "

Adam mengambil kunci tersebut sambil mengangkat Emma lalu diletakkan di dalam kereta.Mak Esah mendekati Adam.

"Adam!!Mak Esah nak ikut"

Pinta Mak Esah.

Adam mengangguk.

Razif juga turut serta menuju ke Hospital tetapi dengan menaiki keretanya sendiri.Suasana betul-betul cemas.Emma mengerang kesakitan.Adam terus memecut laju kereta Honda Civic nya.

""Ya Allah harap-harap Emma tak akan apa-apa.Bantulah hambamu ini Ya Allah.Semoga aku cepat sampai.""

Adam tidak putus-putus berdoa di dalam hatinya.

"Adam..."

Lamunan Adam terhenti sebaik sahaja ditegur oleh Puan Asiah.Ibu mentua Adam.Adam mengangkat kepalanya dan tersenyum.

"Adam okay tak ni? Risau Ibu tengok.."

"Adam risaukan Emma Ibu, dah lebih lapan jam Emma dalam wad tu.Doktor tak bagitahu apa-apa pon tentang keadaan Emma.Adam risau Emma cedera teruk..."

"Adam janganlah risaukan sangat.. kita sama-sama doakan yang Emma takkan apa-apa okay??
Ibu risau tengok Adam.. Mak Esah kata Adam belum makan lagi.. pergilah makan dulu.. Ibu.. Mummy.. Papa kamu.. Mak Esah.. Kak Nina akan tunggu Emma.. kamu pergilah berehat dulu ye.. "

Puan Asiah cuba menasihati Adam.Selepas pujuk rayu Puan Aisyah,Mak Esah dan Papanya lansung tidak dihiraukan.Mereka risau Adam akan mengalami migrain jika berterusan begini.Dengan perut yang kosong,fikiran yang bercelaru serta sudah lewat malam.

"Takpe lah Ibu.. Adam tak senang duduk kalau Adam berehat..Adam risaukan Emma.. biarlah Adam tunggu Emma.. Adam kan suami dia.. "

Adam tersenyum menunjukkan yang dia tak apa-apa.. menunjukkan yang dia masih boleh bertahan.. Adam mahu menunjukkan kepada keluarganya yang dia masih lagi mampu untuk menunggu Emma.

"Kalau Ibu nak berehat.. Ibu balik la dulu.. mesti Ibu penat kan.. Perjalanan dari Kedah ke Putrajaya.. jauh juga tu..Ibu pergi lah berehat dulu kat rumah Mummy..."

"Takpe.. Ibu nak tunggu dulu.. "

Puan Asiah tersenyum melihat Adam.Hatinya betul-betul tersentuh melihat kesetiaan Adam.Begitu sayang Adam kepada anaknya.Tidak salah dia pilih Adam untuk menjadi suami Emma. Memang boleh diharap.

Tidak lama kemudian seorang Doktor lelaki keluar mendekati tempat ruang menunggu.Adam terus meluru ke arah Doktor tersebut.

"Saya Doktor Ilham.Kalau boleh saya nak tanya siapa ahli keluarga pesakit?? "

"Saya Doktor, Saya Adam..Suami dia.. "

Puan Asiah, Puan Aisyah, Mak Esah juga berada disamping Adam.

"Oh.. Awak suami dia.. yang lain semua ahli keluarga dia juga ke? "

"Ya Doktor... "

Jawab mereka serentak.

"Okay macam ni,Isteri Encik Adam selamat, tetapi dia mengalami masalah pendarahan yang teruk.. Alhamdulillah masalah tersebut telah pun selesai.. "

Adam tekun mendengar apa yang cuba disampaikan oleh Doktor Ilham.Hatinya memanjat kesyukuran kerana proses berjalan lancar dan Emma tidak apa-apa.

"Walaupun begitu, tangan dan kaki pesakit sedikit retak pada bahagian kiri kesan dirempuh dalam kemalangan tersebut.Jadi,Isteri Encik tidak dibenarkan pulang dan akan ditahan wad selama seminggu.. "

"Seminggu?? kenapa lama sangat Doktor?? "

Tanya Adam risau.

"Kami perlu menjalani beberapa ujian lagi terhadap pesakit.. takut-takut ada yang kami terlepas pandang..Dan.. "

Adam setia menunggu Doktor Ilham berbicara.Kali ini Nadanya seperti sesuatu yang serius.Adam menelan liur...""Ya Allah.. harap-harap tak ada apa yang berlaku dekat Emma.."

"Ye Doktor Ilham.. "

Puan Aisyah meminta penjelasan.Doktor Ilham menarik nafas panjang.

"Pesakit mengalami gegaran di bahagian otak, ini memungkinkan pesakit akan.. ermm.. akan.. akan mengalami masalah hilang ingatan.. "

"Hilang ingatan Doktor?? "

"Sabar Encik Adam, Ini hanyalah teori kami para Doktor.. yang berkuasa adalah Allah.. kami hanya boleh meneka keadaan yang bakal berlaku terhadap pesakit,tidak semestinya ia akan berlaku sedemikian.. kadang-kadang apa yang Doktor ramalkan tidaklah selalu berlaku..Ini kerana bukan Doktor yang menentukan sihat dan sakit seseorang..banyak-banyakkan bersabar dan berdoa ye Encik Adam.."

"Maksud Doktor.. Emma akan lupa tentang dirinya sendiri.. "

Tanya Puan Asiah.

"Ohh.. Saya rasa dia tidak melupakan segalanya... Mungkin beberapa perkara seperti waktu zaman kecilnya ataupun beberapa perkara yang baru berlaku..seperti yang saya katakan tadi.. Apa-apa sahaja berkemungkinan berlaku.. mungkin dia tidak hilang ingatan.. kerana ini semua kuasa Allah S.W.T .."

"Doktor.. boleh tak saya nak masuk tengok isteri saya? "

"Buat masa ni tak boleh lagi,beberapa minit lagi mungkin boleh.. Encik tunggu sekejap ye.. "

"Terima kasih Doktor kerana menyelamatkan anak saya.. "

Doktor Ilham tersenyum..

"Saya hanya melakukan apa yang termampu.. selebihnya pertolongan Allah S.W.T.."

Doktor Ilham berlalu pergi.Semua yang berada di situ memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga.Allah masih meminjamkan Emma kepada mereka semua.Puan Asiah menangis kesyukuran kerana anaknya masih terselamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience