BAB 22

Family Completed 6753

Halilah tersenyum mendengarnya sambil membayangkan kehidupan
mereka bersama anak yang bakal lahir.

“Moga tak ada anasir jahat yang cuba mencemarkan kebahagiaan
kita macam sayang yang mengganggu-gugat ketenangan ikan dengan muntah
sayang tu.”

Terus berubah muka wajah Halilah.
“Eee... abang ni memang nak kenalah!” Halilah mengejar Azril yang sudah laju berlari dengan
ketawa kuat. Tapi laju manalah dia boleh berlari dengan keadaannya
begitu. “Aduh, abang!” Dia terduduk di pasir pantai. Tangannya memegang
perut.

Azril berpaling dan berlari mendapatkan Halilah. Cuak dia
melihat muka berkerut si isteri. “Sakit ke? Yang sayang lari kenapa?”

Halilah mengangkat muka dan tersengih jahat. “Eyla tipu
jelah. Cuma nak bagi ni kat abang.” Dia menggeletek pinggang Azril.
Geram sangat dia apabila suaminya tak habis lagi nak membahan.
“Aaaa... gelilah, yang... geli! Janganlah geletek abang.
Okey, abang dah tak bahan dah.” Terguling-guling Azril di atas pasir.
Riuh suasana pantai itu dengan jeritan kegelian Azril,
diikuti dengan bunyi ombak yang seperti memberi sorakan. Bintang-bintang
di dada langit yang berkelip seolah-olah tersenyum melihat kebahagiaan
Raja Mohd Azril dan Siti Nurhalilah.
Madu umpama peria kepada wanita
Kalau digigit, pahitnya terasa sampai ke dasar hati
Tak semua wanita rela bermadu
Tapi kerana si suami, mereka terpaksa terima walaupun hati tak reda
Memang betul tak semua hidup bermadu itu pahit
Tapi kalau si suami pandai menanam benih kebahagiaan
Maka manislah buah yang tumbuh dalam kehidupan bermadu
Mungkin wanita yang berhati kental saja yang reda bermadu
Sebab kebanyakan wanita kedekut nak berkongsi suami. Tak gitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience