BAB 9

Short Story Series 3885

"Jasmine Sophea!"

Aku tersentak dan terjaga bila mendengar suara orang memanggil namaku. Terus aku cek keadaan diriku dan pandang sekeliling.

Eh..ni macam syarikat daddy je. Bukan tadi aku dah mati bersama Noah. Kenapa aku kembali ke office daddy pula. Pelik..

"Eherm."

Seseorang berdehem.

Aku terus menoleh.

Noah sedang bercekak pinggang memandang aku dengan wajah yang serius.

Bila nampak dia, aku bangun dan peluk tubuhnya.

"Noah! Awak masih hidup! Syukurlah! Saya ingat awak dah mati."

Tubuhku ditolak.

"Apa yang you cakap ni! I suruh you siapkan report, you bantai tidur!"

Terhenjut bahu aku menerima tengkingan dia. Aku tahu semua orang sedang memandang kami.

Baru aku teringat. Gara-gara aku layan filem vampire sampai lewat pagi, aku tertidur di sini siap dengan mimpi lagi. Ni semua sejak aku tahu yang Noah tu vampire. Asyik nak layak filem vampire je.

"Masuk bilik i sekarang!" Arah Noah.

Dengan mulut muncung, aku hanya mengikut sahaja langkah Noah dari belakang. Sempat juga aku melihat rakan sekerja bernama Catherine yang duduk di meja sebelah.

Mulutnya seakan berkata sesuatu namun tidak jelas. Mungkin dia nak cakap, "tulah kau. aku dah kejut."

Hanya kenyitan mata aku hadiahkan padanya.

Masuk sahaja dalam bilik, aku terus mengadu pada Noah.

"Noah..saya mimpi saya mati, awak mati, keluarga saya mati. Sedih sangat. Ivan bunuh saya. Saya sempat bunuh ayah awak Noah."

Riak wajah Noah serius sahaja. Tak ada reaksi apa-apa.

"Awak ada ayah kan Noah. Ayah awak ketua vampire. Lepas tu awak ada cousin nama Ivan. Dia pun vampire juga. Mereka berdua tu jahat!"

"Hello! Please wake up Sophea! Tak habis-habis nak merepek."

"Merepek apanya! Betullah saya cakap!"

"You terlalu banyak tonton filem vampire, Sophea. I tak ada ayah dan juga cousin. Semua orang dah lama mati. I seorang hidup sebab i vampire. Dan you sendiri tak sedar yang you tu pun vampire!"

Aku pandang dia agak pelik. Bila masa pula aku jadi vampire. Aku manusia.

Noah tersenyum sinis. Dia ambil pisau dan hiris sedikit jarinya. Darah keluar. Melihat darah di jari Noah, hatiku rasa tak keruan. Tubuhku terasa lain dan tekak terasa dahaga yang amat sangat.

Aku nak darah tu.

Laju aku meluru ke arah Noah. Noah pula mengangkat tinggi tangannya. Tidak mahu memberikan aku menghisap darah itu.

"Give me that!"

"Sekarang you baru sedar ke Sophea?"

"Saya bukan vampire! Saya manusia!" Beria aku menidakkan semua tu sambil cuba untuk mencapai jarinya.

Air liur diteguk laju.

Kenapa aku begini? Aku manusia! Aku tak minum darah.

Aku jauhkan diri dari Noah, bergegas keluar dan masuk ke dalam tandas.

Saat aku berdiri di cermin. Imbasan tubuhku tiada. Puas aku bergerak ke sana sini. Tetap tiada. Aku sudah kecut perut melihat keadaan tu. Cepat-cepat aku keluar dari tandas dan duduk di tempatku semula.

"Kau ni kenapa Sophea?" Soal Catherine.

"Betul ke aku ni vampire?" Aku menyoal dia pula.

Dia angkat bahu tanda tidak tahu.

Aku pandang lehernya. Nampak macam sedap je tu. Sudahlah tadi Noah cuba memancing aku dengan darahnya dan aku tak dapat.

Tak..tak boleh.. Aku tak boleh gigit Catherine. Aku manusia normal. Kepala dipegang. Aku cuba recall semula apa yang berlaku. Tapi aku tak mampu ingat apa-apa.

Serius! Aku tak puas hati sangat! Aku terjah semula office Noah.

Dia elok sahaja duduk di atas sofa.

"Kenapa? You masih tak puas hati dan tak percaya?"

"But how?"

"Sejak malam yang you kena attack dulu. Sebenarnya you hampir mati. Daddy you minta tolong i. Kalau you nak tahu, keluarga you semuanya vampire. Hanya you seorang je. Tapi sekarang you pun dah jadi sebahagian dari kami."

Aku tercengang.

"I bukan boss you je tapi tunang you merangkap your future husband."

"What?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience