Chapter 2

Horror & Thriller Completed 5356

Part 2.
{ Emylea POV }

Aku melihat makanan di hadapanku. Really? Aku sendiri tak tahu apa benda tu. Ah, kau ni Emylea! Cerewet betul. Makan jelah. Tapi nampak macam sedap jugak. Bila dah lapar semua nampak sedap. Ye dak?

Kini hanya aku dan mama Daiyan sahaja di meja makan. Pembantu - pembantu menyiapkan persiapan untuk makan tadi. Aku tak nampak batang hidung Daiyan. Dia pergi mana entah.

"Jemput makan, Emylea. " pelawa mama Daiyan.

"Terima kasih, puan. Puan pun jemputlah makan. " jemputku pula. Aku panggil puan sebab tak tau nak panggil apa. Kalau panggil mak cik kang tetiba dia marah camne? Lagipun Daiyan tu anak dia kan? Mesti dia dah kahwin. Kan?

Aku merasa sedikit makanan tu. Hmm, boleh tahan. Aku makan sesopan yang boleh. Mana tahu ni bakal mak mentua aku ke? Kah kah. Gurau je. Aku makan.

"Sorry lambat." Aku terdengar satu suara. Aku mengangkat muka.

Daiyan ke tu? Waahhh, kacaknya. Wait, dia pakai mahkota? Dia ni putera ke? Aku pandang mama Daiyan. Ya, di kepalanya juga terdapat mahkota. Perghh, aku tengah makan dengan royal family ke ni?

"Tuanku, Permaisuri Rose. Ada apa - apa yang tuanku perlukan?" Soal salah satu pembantu mama Daiyan a.k.a Permaisuri Rose. Aku dah tersedak waktu tu. Terkejut mungkin. Serius weh, diorang memang royal family lah!

Daiyan.. Eh bukan. Putera Daiyan. Dia menuju ke arahku dan menepuk belakangku.

"Awak okay tak?" Soal Putera Daiyan. Erk, rasa kekok pulak bila panggil putera.

"Okay, okay. Thanks. " kataku. Cuba nak ambil nafas.

"Kenapa tersedak ni?" Soal Permaisuri Rose.

"Err, takde apa - apa. Terkezut sikit tadi. " kataku.

"Kenapa terkejut pulak?" Soalnya lagi. Aduh, nak jawab apa? Daiyan diam dari tadi. Pandang aku. Ada benda ke kat muka aku?

"Terkejut sebab saya tengah makan dengan permaisuri. " terangku.

"Kamu tak suka ke?" Soalnya lagi.

"Tak! Bukan macam tu. Saya suka. Cuma terkejut. Saya ingatkan tadi saya makan dengan orang kaya. Rupanya permaisuri. "Kataku sambil tersenyum.

"Oh, ya! Kamu tak bagi tau lagi mama kamu dari mana. " kata Mama Daiyan kepadaku. Erk, mama? Aku telan air liur. Kenapa mama pulak?

"Err, tuanku.."

"Panggil mama je. "

Daiyan yang sedang minum air ketika itu, sudah tersembur. Terkejut dibuatnya.

"Daiyan, kenapa ni?" Soal Mama.

"Ma, kenapa dia kena panggil mama, mama? Kan Daiyan ni anak mama. Kenapa dia... Kan dia bukan anak mama. " Daiyan ni teruklah. Dia jeles ke? Hee, poyo betul. Sah anak emak.

"Yelah. Daiyan anak lelaki mama. Mama takde anak perempuan. Biarlah Emylea jadi anak perempuan mama. " hahah. Aku tersenyum puas dengar jawapan dari mama angkatku. Hahah.

Dengan kesempatan ini aku jelir lidah pada Daiyan. Kemudian aku tersenyum sinis padanya.

"Mama, tengok tu." Eee, manjanya Daiyan ni. Lepuk kang baru tahu.

Bila mama pandang aku. Aku buat muka tak bersalah.

"Apa? Saya tak buat apa - apa pun. " dalihku. Aku ketawa bila nampak muka cemberut Daiyan. Comel betul! Mama pun ketawa jugak bila aku ketawa.

Bestnya. Aku tak pernah rasa macam ni. Seronoknya bila ada ibu.

Keadaan jadi sunyi tiba - tiba. Hmm, krik krik lah pulak.

"Amylea? Kamu masih tak jawab lagi soalan mama. " soal mama untuk kali ke berapa entah.

"Saya.. Saya pun tak tahu." Kataku.

"Kamu tak tahu?" Mama ulang balik pengakuan aku tadi.

"Kamu tak ingat apa - apa ke?"

"Hmm, ingatlah. Kot. Hmm, entahlah." Aku pun tak pasti nak jelaskan macam mana kat mama.

"Cuba bagi tahu mama apa yang kamu ingat tentang diri kamu."

"Nama saya Nur Emylea. Saya ada seorang ayah yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya dan jarang ada di rumah. Ibu saya hilang tak kembali pada saya berumur 7 tahun. Herm, apa lagi ek? Saya takde adik beradik lain. Saya anak tunggal. Tu jelah rasanya." Ceritaku.

Daiyan yang tadi merajuk dengan aku dan mama, tetiba khusyuk mendengar ceritaku. Kini mama dan Daiyan diam je. Dah kenapa?

"Amylea, maafkan mama."

"Dah kenapa pulak mintak maaf ni? Ni yang Emylea tak suka ni. Mama mana ada buat salah pun." Aku palat betul kalau macam ni. Baru nak bahagia kejap. Dah sedih - sedih.

"Ma, Emylea bukan dari sini. " tegur Daiyan yang dari tadi diam. Aku tercengang. Dia nak kata aku dari dunia lain ka?

"Maksud kamu dia dari dunia lain?" Kata mama. Hm, baru je sebut tadi. Daiyan mengangguk. Ya! Ni bukan dunia aku.

Patutlah. Kuda terbang, rumput berperisa coklat, angin berbau vanilla. Semua tu takde dalam dunia aku! Tapi, macam mana aku boleh tercampak kat sini? Aku.. Aku kena balik!

"Mama, Daiyan. Ada tak cara untuk keluar dari tempat ni?" Soalku.

"Mama tak tau. " kata mama. Hancur harapanku untuk pulang.

"Tapi ada seseorang yang tahu."celah Daiyan.

"Siapa?" Soalku. Maksudnya, aku boleh pulang! Yeay! Aku dah teruja. Rasa macam nak lompat pun ada.

"Ratu Marissa." Nama tu. Macam pernahku dengar. Tapi aku tak ingat kat mana. Ah, mungkin sepupuku.

"Boleh bawak saya pergi sana?" Aku pandang Daiyan. Mengharapkan jawapannya adalah 'Okey, Boleh je, Tak kesah.'

"Uish, tak nak aku! Jauh nun di sana. Kena rentasi 15 buah negeri." Namun hancur harapanku. Dia ni memang teruk. Penghancur impian betul dia ni!

"Mama, tengok abang tu. Tak nak tolong adik!" Aku dah buat muka comel sambil mengadu pada mama. Daiyan pandang aku muka tak percaya. Hahha. Mama pun gelak bila aku bodek.

"Sapa abang kau?" Marahnya. Muka dah merah. Marah betul ni.

"Sayakan lagi comel dari awak. Jadi saya adik dan awak abang. Sebab abang selalu tua sikit. Awak nampak tua." Aku saja mengapikan dia. Hehe. Jahat tak aku?

"Eee, mama! Tengoklah dia tu! Saja je!" Huu, dia mengadu kat mak dia lah!

Mama hanya tersenyum. Diam sahaja.

"Dah, dah. Jangan gaduh - gaduh. Kalau kamu tak nak bawak dia, biar Fayzal je yang bawak. " kata mama.

"Eh, takpe, takpe! Biar abang yang bawak adik pergi jumpa Ratu Marissa. Jom. Nak pergi bila? Sekarang pun boleh! Jomm! Abang lagi kuat tau kalau adik nak tau. Fayzal tu apalah sangat. Lembik je. " Aku terkejut bila dia tetiba berubah angin. Kenapa? Siapa Fayzal tu? Macam penting je. Tadi ber aku-kau. Sekarang ber abang-adik pulak? Aih, tak faham aku dengan mamat ni.

"Ma, kenapa dia tetiba je berubah? Siapa Fayzal, ma? " Aku berbisik pada mama sementara Daiyan sibuk membebel.

"Fayzal tu musuh dia a.k.a saudaranya. Dia rasa jeles dengan Fayzal sebab Fayzal selalu dipuji. Sebenarnya mereka dulu rapat. Sehinggalah Fayzal kalahkan dia dalam satu permainan yang Daiyan tak pernah kalah. And now, they're enemies. " Terangguk - angguk aku dibuatnya semasa mama berbisik kembali kepadaku. Patutlah. Mamat ni semua nak jeles. Dengan aku pun nak jeles.

"Jadi nak pergi bila?" Soalku. Tak sabar dah ni.

"Sekarang pun boleh." Kata Daiyan. Siap bangun dari tempat duduk sambil acah - acah menghunus pedang. Bersemangat betul. Over je lebih. Aku tersenyum melihat telatah pelik mamat ni. Nasib baik hensem. Heheh. Jangan jeles ya!

"Tak payah. Esok je. Hari ni kamu bersiap." Kata mama. Aku okay je. Tak kesah, asal aku dapat balik.

Aku hanya mengangguk setuju. Daiyan pun begitu.

{ End Emylea POV }

***

{ Daiyan POV }

Keesokan harinya, seperti yang mama cakap. Kami akan bertolak ke istana Ratu Marissa yang jauh gila bak hang. Kalau tak disebabkan minah senget tu mengadu kat mama dan mama ugut nak panggil Fayzal, jangan harap aku bagi muka.

Ah, tak kesahlah. Masa nilah aku nak kena tunjuk hero kat minah tu.

"Semua dah ada ke? Nak mama checklist kan ke?" Tegur mama mengacau lamunanku.

"Hm, boleh jugak." Kataku. Aku tak tahu lah betul ke tak barang yang aku bawak ni. Aku rasa aku main sumbat je tadi.

"Extra clothes?"

"Check!"

"Bekalan makan dan air?"

"Check!"

"Bekalan makanan dan minuman untuk Titan dan Candy?"

"Check!" Ya, aku naik Titan dan minah tu bawak Candy.

"Your sword?"

"That's important! Of course, check!" Ceh, speaking pulak. Dah lah pandai, hensem, pandai speaking, eh! Terpuji diri sendiri pulak! Heheh.

"Kamu dah sediakan barang untuk Amylea ke?" Soal mama. Apa kena mengena budak tu dengan aku pulak? Aku bukan kuli dia. Lagipun dia ada tangan. Kenapa aku kena buat untuk dia?

"Belum. Kena ke?"

"Kenalah. Dia mana tahu nak kena bawak apa."

"Hm, yelah." Aku mengalah akhirnya.

Aku pergi ke bilik Amylea sambil tarik muka macam teh tarik. Argh, malasnya.

Aku ketuk pintu biliknya apabila sampai di hadapan biliknya.

"Ya, masuklah!" Aku dengar suaranya dari dalam. Aku masuk.

Aku nampak dia masih duduk di atas katil.

"Kenapa?" Soalku.

"Hah, takde pape." Katanya mengalihkan mukanya dan mengesat air matanya. Ingat aku tak nampak ke?

"Cakaplah."

"Kenapa saya nak kena bagi tahu awak pulak?" Katanya dengan suara serak - serak basahnya. Sah, dia menangis.

"Sayakan abang awak yang hensem lagi macho tambah baik bersamaan hero." Saja aku nak gurau. Tak sangka menjadi. Dia ketawa. First time aku buat perempuan normal ketawa. Ni boleh masuk dalam checklist yang aku belum buat. Lepas ni boleh tick.

"Takdelah, abangku yang poyo tambah sakai." Aih, dia usik aku balik? Tak boleh jadi ni.

"Cepatlah bagi tau abam hensem ni, wahai adikku yang comel lagi baik tambah cute." Erk, salah tu. Aku TERpuji dia lah pulak. Alamak. Emylea dah buat muka kau-biar-betul kat aku. Aduh, malunya. Mana nak letak muka ni? Dalam sarung bantal ni muat tak?

"Abaikan yang tu." Kataku perlahan.

"Kenapa nak kena abaikan pulak? Ni boleh masuk The World Record tau. Sebab awak puji saya. Haa, nanti saya bagi tahu mama." Kata Emylea. Dia tersenyum membuat aku tersenyum. Wait, dia kata nak bagi tahu mama? No way!

"Okay, tapi jangan bagi tau mama please!" Pintaku separuh rayu. Malulah kalau mama tahu.

"Kalau saya nak bagi tahu jugak?" Hee, dia ugut aku? Tak boleh jadi ni!

"Saya bagi tahu mama awak nangis tadi." Wahahhaha. Emylea jeling aku bila aku ugut dia balik. Tulah. Sapa suruh ugut aku? Ni Daiyan lah weyh! Pantang dicabar!

Aku tersenyum.

________
*Skip*
________

"Mama akan suruh Alex awasi kamu berdua dari jauh. Kamu jangan risau. Daiyan kalau kamu buli Amylea, nanti mama buli kamu." Aku dah monyok. Belum apa - apa dah kena warning. Alex tu burung robot yang berfungsi macam CCTV bergerak. Ia akan mengekori aku dan Amylea ke mana - mana.

"Jaga diri kamu baik - baik. Titan kalau kamu tinggalkan Daiyan lagi, mama akan kurung kamu. Nak?" Ugut mama kepada Titan. Titan pandang aku dengan jelingan. Aku menggeleng.

"Bukan akulah." Kataku mempertahankan hakku. Cewah, hak lah sangat. Haktuih adalah!

"Mama hantar Alex untuk tengok kamu. Tak payah nak salahkan Daiyan sangat." Mama membelaku. Nasib baik. Fuh ! Nasibku dibela.

Kami mulakan perjalanan kami.

{ End Daiyan POV }

***

Perjalanan ini mengambil masa 2 minggu untuk ke istana Ratu Marissa. Atau mungkin 3 minggu. Jauh gila kot! Mereka bercadang untuk singgah di Kerajaan Pari - Pari sebentar. Mungkin bermalam disitu.

Pada mulanya, Titan dan Candy akan membawa Daiyan dan Emylea di belakang mereka. Tetapi apabila nak sampai, mereka berjalan kaki.

Akhirnya mereka tiba di tempat persinggahan yang pertama. Negara yang pertama dilawati oleh Emylea di Dunia Fantasia. Kerajaan Pari - Pari.

Namun, keadaan tak seperti yang disangka. Mereka semua terkejut melihat perubahan pada Kerajaan Pari - Pari. Langsung tidak sama seperti dulu. Tak seperti ketika Daiyan pernah lihat dahulu.

"Memang macam ni ke? Kenapa macam..." Tak sempat Emylea nak sambung ayatnya Daiyan menyampuk.

//ToBeContinue\

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience