Tettt... Tettt.. Tettt...
Waktu menunjukkan 6.30 pagi, Hazel bangun menuju ke kamar mandi untuk bersihkan diri dan menunaikan solat Subuh. Selesai solat Hazel menuju ke ruang dapur untuk membantu mamanya menyediakan sarapan untuk papanya sebelum masuki pejabat.
Perlahan-lahan Hazel berjalan lalu dia memeluk mamanya dari belakang membuatkan mamaya terkejut dengan tindakkan anak tunggalnya itu.
"Hei... Kamu ni Hazel terkejut mama" tegur mamanya. Lalu Hazel pun bertanya kepada mamanya "mama nak masak apa itu?". Mamanya memandang anak tunggalnya lalu mamanya menjawab "mama masak Nasi Goreng Cina kegemaran Hazel dengan papa la". Hazel pun tersenyum,mana taknya tinggal berjauhan dengan keluarga. Baru kini Hazel dapat merasai masakan mamanya.
Asyik rancak berbual-bual ng mama, Hazel pun mengambil pinggan dan cawan untuk diletakkan diatas meja. Tidak lama kemudian papa Hazel datang untuk menjamu masakan isterinya. Wajah gadis yang bernama Hazel itu dipandang oleh papanya. Orangnya yang comel dan cantik. Walaupun sudah berumur 24 tahun kelihatannya masih seperti gadis yang berumur belasan tahun. Mungkin sebab tubuhnya yang kecik molek begitu jadi tidak nampak berusia. Kulitnya yang kemerah-merahan. Anak Cinalah katakan. Tetapi yang paling suka dengan anak Cina seorang ini adalah matanya. Berwarna hazel sama seperti namanya.
"Hazel dah dapat kerja ke?" Papa Hazel memandang anak gadisnya. Kepala Hazel mengangguk dan tersenyum. Hazel mula memberitahu mama dan papanya yang dia akan melaporkan diri di salah sebuah syarikat pada minggu depan. Papa Hazel asyik sibuk menjamu selera, Mama Hazel pula sibuk bertanya kepada Hazel " Hazel melapor diri syarikat apa?" tanya mamanya. Hazel dengan bangganya berkata Syarikat Mega Holdings mama.
Sampaikan papanya terkejut dengan apa Hazel katakan. Mana taknya, Syarikat Mega Holdings tu kan syarikat kawan baik papanya. Papa Hazel masih ingat lagi sebelum dia memeluk Islam kawan baiknya la yang banyak memberi ajar mengenai Islam kepadanya. Dan sebab itu la dia terkejut apabila Hazel memberitahu yang dia akan bekerja di Mega Holdings. Papa Hazel terus tersenyum dan lalu meminta diri terlebih dahulu untuk ke pejabat. Mama Hazel turut mengikut langkah suaminya ke depan pintu sambil membawa beg kerja suaminya. Isteri mithali katakan. Hihihi
Share this novel