Ughhh...
Dekat mana ni? Aduh, tempat apa ni eh? Aku bertanya sendiri. Bukan aku dekat...
Terus aku memerhatikan suasana ruangan itu. Tak silap lagi, ini memang dekat hospital. Sahlah baju aku pun dah bertukar, bau ubat, sunyi dan yang paling penting ini bukan hospital kerajaan.
Aku cuba untuk duduk di atas katil sekadar merenggang-renggangkan otot. Ughh, leganya tapi mana Farish? Err... Dia tak teman aku ke? Aish, bertuah punya jantan. Urghhh...
SRIPPPPP!!!
Bunyi kain tirai diselak oleh seseorang menyentakkan aku dan dengan segeranya aku menoleh ke arah tirai tadi.
"Morning." Sapa seorang jururawat wanita berlipstik merah sedang tersenyum ke arah aku.
Fuyoo... cantiknya! Tiba-tiba aku rasa macam ughhh, jatuh cinta sebab cantik sangat. Berkulit cerah macam orang Thailand, lipstik berwarna merah itu amat sesuai dengan wajahnya. Persis macam orang Thailand! Masya-Allah cantiknya.
"M... morning?" Soalku kembali kepada jururawat itu. Dah pagi ke masalahnya?
"Haah, dah pagi." Balas Jururawat itu kepadaku sambil tersenyum manis.
"Semalam saya pengsankan?" Teka ku.
"Haah, pengsan sebab keletihan dan kekurangan gula." Balas jururawat itu kepadaku sambil melakukan kerjanya yang entah apa aku sendiri tak tahu.
Aku hanya menganggukkan kepala apabila tekaan ku itu tepat. Aku perhatikan sahaja jururawat ini dari atas hingga bawah. Cantik. Aku cuba perhatikan pula tanda namanya di dada.
Wow, sedapnya nama. Siti Fatimah. Klasik, tapi sangat ayu. Kena dengan orangnya. Mungkin betul dia ini ada kacukan kuturunan siam.
"Bila saya boleh keluar nurse?" Soalku secara tiba-tiba.
"Humm, tak tahulah rasanya petang ni dah boleh keluar sebab tak ada apa-apa yang teruk pun." Terangnya lagi dengan suara serak-serak basahnya itu.
"Oh, baik-baik." Balasku sambil menganggukkan kepala sebagai tanda faham.
"Nanti saya masuk balik ya." Ucapnya lagi seraya pantas keluar dari ruangan itu sambil tersenyum manis lagi. Alamak, cair.
"Fuhhh! Lawanya!" Ucapku seraya merebahkan tubuh ke atas tilam kembali.
BUMMM!!!
Bunyi pintu ditolak dengan kuat oleh seseorang dari luar. Terkejut aku dibuatnya dah macam bunyi orang baling mercun sahaja gayanya. Jantung aku berdegup kencang sampai boleh rasakan nak tercabut.
"Sayang!" Ucap seorang jejaka dengan nafas turun naik lalu meluru ke arah ku dan terus dia memelukku dengan erat sekali. Aku tergamam.
"Hadiy, I love you..." Ucap Farish sambil memelukku dengan erat sekali. Jelas dapat rasakan air matanya yang panas itu jatuh ke leherku.
Aku tergamam. Hati aku tersentuh. Jiwaku bergelora. Aku sendiri tak faham. Perasaan apakah ini? Sumpah, aku rasa amat selesa.
Perlahan-lahan aku memeluk kembali tubuh jejaka yang bernama Farish Mikael itu.
"I am sorry." Ucapnya lagi dengan nada tersekat-sekat. Tangisannya makin kuat.
"It's okay. Jangan menangis please, benda dah jadi. Sekarang pun saya dah sihat." Ujarku kembali sambil mata mula berkaca-kaca menahan rasa sebak.
"I am sorry Hadiy, I am so sorry. I love you." Ujarnya lagi dengan tangisan yang masih belum reda.
"Hadiy, I love you..."
Share this novel