Dua Puluh Lapan

Other Completed 44787

Cinta diberikan Cuti rehat selama dua minggu. Harini Luthfi akan datang bersama Layla dan Fakhrul ke Villa Thariq untuk membincangkan pernikahan Cinta dan Luthfi.

Cinta menyediakan beberapa juadah menyambut kedatangan family Luthfi.

"Love buat apa tu?" Tanya Thariq.

"Buat kek kesukaan Abang dan Hilal." Kata Cinta.

Thariq mendekat melihat beberapa jenis kek yang telah Cinta sediakan.

"Hmmm Sedapnya." Kata Thariq.

"Nah." Cinta menyuakan Sepotong kemulut Abangnya.

"Sedap?" Tanya Cinta.

"Hmm. Sama macam rasa Arwah Ibu buat masa kecik dulu." Kata Thariq.

Cinta hanya senyum mendengar pujian abangnya.

"Love." Panggil Thariq lalu duduk disisi Cinta yang sedang memotong kek.

"Apa?" Tanya Cinta.

"Boleh tak Love tolak Job dekat Sempadan tu." Kata Thariq.

"Why??" Tanya Cinta.

"Abang taknak Love tinggalkan kami lagi." Itu alasan yang tak masuk akal keluar dari mulut Thariq.

Apabila Abang Iparnya Ghaffar memberitahunya semalam, Bila-bila masa Rusuhan akan berlaku disana. Dia takut akan terjadi apa-apa pada adiknya.

"Bukan Cinta je kan kesana?" Tanya Cinta.

"Maksud Cinta?" Tanya Thariq.

"Hilal juga akan ditugaskan disana." Kata Cinta.

"Tapi Hilal lain. Cinta tak sama dengan Hilal." Kata Thariq lagi.

"Tapi kita sama je. Menyarungkan Uniform mempertahankan negara." Kata Cinta.

"Bahaya Cinta. Risikan Gerak Tempur kali ni boleh menyebabkan Rusuhan besar-besaran. Abang taknak Love jatuh di medan perang." Kata Thariq.

Akhirnya terlepas jua beban yang difikirkannya sejak 2 hari lepas.

"Kalau itu dah ajal Cinta, Cinta tak boleh nak buat apa. Lari lah sejauh mana yang cinta mahu, Kalau ajal cinta masa tu juga walaupun bukan masa bertugas Abang." Kata Cinta.

"Habis tu. Takkan Love nak tinggalkan Luthfi. Bukan sekejap Love disana makan masa sebulan atau dua." Kata Thariq lagi.

"Cinta dah bagitahu dia. Dia Ok je." Kata Cinta. Walaupun jenuh dia memujuk lelaki itu.

"Akak ni pun. Banyak lagi tugasan dalam ketenteraan, Kenapa Akak pilih dan masuk Unit Risikan." Kata Hilal menapak ke sisinya dan memeluk Cinta dari belakang.

"Akak dah cuba untuk tak meneruskan. Tapi susah akak nak lupakan titik hitam dalam diri akak. Keduanya meninggalkan kesan yang Akak bawa hingga mati." Kata Cinta.

Thariq dan Hilal tahu bukan senang untuk melupakan sejarah hitam yang jadi pada Cinta.

"Sebabkan tu Akak bertahan dalam Latihan URGT tu. Sebab kalau akak sibukkan diri akak akan lupa benda tu." Kata Cinta.

"Tapi bahaya Love." Thariq masih tak mahu Cinta pergi kesana.

Puas dia dan Hilal memujuk agar Cinta tidak mengikuti Gerak Tempur kali ni. Nak tak nak, Thariq terpaksa mengalah. Cinta didepannya bukan Cinta yang dulu makan dek pujukan dan terima apa yang orang lain sarankan.

Luthfi datang bersama dengan Layla dan Fakhrul. Sarah dan Rissa juga ada bersama. Mereka duduk diruang tamu dan mula membincangkan soal perkahwinan Cinta dan Luthfi.

"Saya tak kisah. Lagipun Luth dah tahu kan siapa Cinta Jasmin. Apa kekurangan dia." Tanya Thariq.

Luthfi menganggukkan kepalanya tanda mengerti.

"Luth takkan pernah ungkit sebab kekurangan Cinta. Luth akan pastikan Luth dapat bahagiakan Cinta macam yang Thariq lakukan." Kata Luthfi.

Thariq dan Lutfi hanya berbeza umur setahun.

"Aku taknak Cinta terluka buat kali yang ketiga." Kata Thariq.

"Ye Luth faham." Kata Luthfi.

"Luth dah tahu juga kerjaya Cinta sekarang." Kata Thariq.

"Luth takkan halang Cinta dalam mengejar cita-citanya membantu negara." Kata Luthfi.

"Baiklah. Jika itu yang diputuskan, Aku akan lepaskan dia pada kau Luth. Jaga dan sayanglah dia macam mana Aku dan Hilal sayang dan jaga dia." Kata Thariq akhirnya.

"Cinta ada katakan, Dia taknak Majlis besar-besaran cukup hanya menunaikan mana yang wajib." Kata Dinda.

"Layla tak kisah." Kata Layla.

Tarikh ditentukan sudah. Jumaat ni Cinta dan Luthfi akan disatukan. Thariq terpaksa percepatkan perkahwinan mereka atas sebab dia nak Ghaffar membatalkan penghantaran Cinta dalam Unit Risikan itu.

Hanya ini cara yang dia mampu lakukan. Yang lain Thariq serahkan pada yang Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience