Kisah ini berlaku ketika aku di tingkatan 2 yakni pada tahun 1999.Aku tinggal bersama keluargaku di perumahan polis 15 tingkat di ibukota Kuala Lumpur berdekatan di kawasan Ampang,Ulu Kelang,AU3.Dari rumahku tingkat 5 kelihatan panorama bukit-bukau yang menjadi tempat orang beriadah.Suasana terasa indah dan nyaman bila pagi.Seperti tiada apa-apa yang berlaku tapi jangan disangka tiada misteri.Pengalaman ngeri yang aku alami ini akan ku ceritakan.Dari rumahku juga boleh dilihat jauh kawasan bukit Antarabangsa,tempat tragedi runtuhan kondominium Highland Tower yang tragik.
Kisahnya begini,aku bersama dua adik lelaki aku tidur dalam satu bilik mempunyai beranda dan pintu ceiling door.Rumah aku ada 2 beranda,satu di bilik menghadap ke bukit dan satu lagi di ruang tamu yang menghadap ke sisi bangunan lain.Beranda di bilik berkongsi beranda dengan rumah satu lagi tapi dipisahkan oleh dinding.Rumah sebelah aku ini suka bela kucing.Aku pula membela hamster.Biasa kalau nak tidur,aku tutup pintu ceiling door,takut-takut kucing masuk ngap hamster aku.
Pada suatu malam,macam biasa.Aku tutup ceiling door dan langsir kerana angin meniup kuat di kawasan bukit.Pokok bergoyang-goyang malam itu seolah-olah melambai.Terasa macam hari hendak hujan.Suasana seperti kilat kelihatan dari jauh.
Kebiasaan aku tidur berdekatan dengan hujung katil mengadap ceiling door.Kami berkongsi katil 3 orang.Katil kami besar saiz queen.
Bunyi angin kuat menderu di celah-celah ceiling door kadang-kadang seperti menyeramkan.Seolah-olah macam orang bersiul,kadang-kadang seperti orang menjerit atau tiupan bunyi bermacam-macam seperti sruhhhhhh...sruhhhhhh."Ahhh..bunyi angin je tu"kata hati aku.Aku sudah lali dengan bunyi-bunyi pelik tiupan angin itu.
Aku menutup lampu dan hendak tidur.Adik-adik aku sudah "belayar" awal kerana suasana sejuk.Hamster aku pun senyap malam itu,tidur agaknya.Kebiasaan hamster aktif malam-malam.Aku pun baring.Setelah ingin lelap,aku terdengar bunyi "Streetttttttttttttt...stretttttttttttttttttt" di kaca ceiling door aku baring."Eh,mungkin kucing sebelah kot".Bunyi itu makin lama naik ke atas,"Streeeetttttt....stretttttttttt"."Eh,kucing ini....cakar sampai ke atas pulak"kata hati aku lagi.Kemudian aku berfikir,masakan kucing boleh naik cakar dari bawah sampai ke atas secara logik.Ceiling door aku tiada grill untuk kucing panjat dan terlalu tinggi bagi kucing.Lama kelamaan aku rasa seram,kerana fikir apakah itu.Aku tidak rasa ini kucing......
BUNYI itu berulang lagi.Aku menarik selimut dan berselubung sambil ketakutan.Cakaran itu dari atas ke bawah....Allahuakbar!!!Apakah ini???Setelah lama aku ketakutan,bunyi itu hilang.Aku tidak berani menyingkap langsir untuk tengok apakah itu.
Lama kelamaan aku terlelap.Dalam mimpi aku berada dalam bilik,tapi kali ini aku di beranda.Aku melihat satu pokok besar di kawasan bukit itu.Sesuatu makhluk putih bertenggek di puncak atas sekali pokok itu sedang melihat aku.Allahuakbar!!!aku seolah-olah kaku.Benda itu terbang perlahan ke arah aku.Aku menjerit dalam hati.Ku cuba baca surah-surah yang aku hafal tapi aku pengsan.Tiba-tiba aku tersedar keesokan paginya.Masih berada di katil.
Aku bersyukur kerana tiada kejadian yang buruk menimpaku.Kemudian aku menyiasat di kaca ceiling door,apa yang menyeramkan,ada kesan sedikit cakaran...Aku melihat pokok yang aku mimpi.Tetap masih ada.Sejak itu aku tidak berani lagi toleh ke arah pokok itu.Apakah peristiwa semalam itu realiti atau misteri atau mimpi?
"Alam ghaib itu ada"....
Kita tidak bersendirian"....
Share this novel