BL1

Humor Series 177333

GIBRAN melangkah turun dari tangga panthouse miliknya sambil menguap. Sebelah tangan memegang leher dan di picit perlahan. Sudah lama dia tidak mengalami demam panas. Padah redah hujan agaknya. Dia pandang sekeliling ruangan bawah yang agak sunyi. Gib melepaskan keluhan.

Tiba di anak tangga terakhir dia kembali melangkah menuju ke dapur. Berkerut dahinya memandang juadah enak terhidang di atas meja makan. Rasannya dia hanya minta Raymond membelikan Burger di MCD sahaja.

"Wei Ray lain yang aku pesan lain yang kau beli ni kenapa." Gib memegang perut sebelum melangkah kembali atur ke dapur.

"Ergh!" Tersentak Farah mendengar suara itu.

"Aduh.." Farah mengeluh sakit saat jarinya terkena hujung kuali panas.

"Farah?!"

"Kenapa kau ada kat sini?" Dingin suara Gib menyoal sambil memandang ke arah farah yang sudah berdiri di singki. Paip air di buka lalu biarkan air mengalir di tangannya. Farah masih lengkap berpakaian seragam biru gelapnya.

"Aku baru balik operasi, Raymond call kata hang demam panas."

"Habis tu kau datang masak?" Gib bersandar pada dinding memandang gadis itu yang masih berdiri tegak di singki.

"Untung aku masak dari kau makan burger je kenyang ke?." Balas Farah tanpa memandang wajah itu. Dia terus melangkah mendekati island table di tengah ruangan dapur itu.

"Kau letak apa tu?" Soal Gib sebaik melihat Farah meletakkan sesuatu dia tangannya. Farah berpaling memandang lelaki itu.

"Ubat la nanti berparut.."

"Ala kakak polis kena panas sikit dah risau ada parut." Perli Gib buat Farah menjeling tajam memandang lelaki itu.

"Mestilah risau,Esok lusa kalau ada yang datang meminang aku depa tengok tangan ada parut jatuh la mas kahwin aku.. hang apa tau."

"Sapa yang nak kahwin dengan kau Farah." Soal Gib dingin.

Tanpa memperdulikan soalan itu Farah segera melangkah semula ke rak pingan. Sedikit pun dia tidak menoleh memandang Gib,

"Hang pi la mandi dulu lepas tu turun makan."

........

Setelah selesai menghidangkan makanan, Farah berjalan keluar ke ruang tamu rumah itu. Handbeg yang di bawa di letakkan di sofa Iphone di keluarkan lalu beberapa pesan yang di terima di buka.

Agak lama di menunggu di ruang tamu akhirnya dia membuat keputusan untuk naik ke atas.

"Lamanya mandi.. ke mat salleh celup ni pengsan kat atas. Badan je sado kena hujan tumbang puih." Kutuk Farah seraya itu satu per satu anak tangga di naikinya. Matanya masih leka memandang Iphone di tangan.

"Seronok mengata aku?" Sergah suara serak basah itu membuatkan Farah sekali lagi tersentak.

"Auch." Kaki yang tadinya kemas mengatur langkah Akhirnya tersadung di tengah anak tangga. Nasib baik Farah sempat memaut pada pemegang tangga.

"Hang ni kalau tak buat aku terkejut tak boleh ka ?!" Marah Farah. Dia duduk perlahan-lahan di tangga itu. Gib melangkah turun mendekati Farah.

"Mata tu pandang depan. Bukan leka main telefon."Tegur Gib lalu dia melutu lt sedikit kaki. Farah di sebelah kanan di pegang.

"Terseliuh ni nanti tuam ais kalau melarat kita pergi Klinik."Ujar Gib.

Farah mendengus. Datang nak melawat orang sakit sekali dia pula dapat sakit. Perlahan-lahan dia bangun berdiri. Namun dengan selamba Gib mengangkatnya gaya bridal style.

"Wei hang buat apa ni?!" Jerit Farah tangannya naik memeluk leher lelaki itu.

"Duduk diam-diam nanti tergolek sampai bawah kau nak?" Marah Gib. Akhirnya Farah mengalah.

Tiba di dapur. Tubuh Farah di letakkan di atas kerusi. Hidangan di atas meja itu di pandang dan sungguh menyelerakan. Menu yang simple namun mampu membangkitkan selera makannya. Bibir Gib mengukir senyuman.

"Aku pelik macam mana kau masuk?" Soalnya setelah melabuhkan punggung di sebelah Farah.

"Raymond send pasword" Jawab Farah dia bangun berdiri Mangkuk kosong di hadapannya di tarik lalu meletakan bihun, Isi ayam, daun sup daun bawang dan sedikit cili merah.

"Hang makan pedas daq?" Soal Farah wajahnya di palingkan memandang Gib.
Melihat anggukkan lelaki itu. Cili merah di tambah sedikit lagi.

"Kau datang sini sebab nak masak untuk aku atau nak melawat aku?" Soal Gib Mangkuk yang di hulur Farah di ambil aroma Bihun sup panas itu berlumba-lumba masuk ke dalam rongga hidungnya.

"Raymond kata ang demam macam nak mampus. Sampai nak order makan pun suruh dia. Dia call aku soh tolong hantar makan kat ang. Dia sibuk." Dan selepas itu ruangan makan itu sunyi. Tiada bicara dari kedua-dua manusia itu.

Namun sesekali Gib mengintai Farah yang leka dengan telefon di tangannya. Bunyi-bunyi pesan yang berlumba-lumba masuk itu membuatkan bibir gadis itu mekar dengan senyuman dan tawa halus. Panas hatinya.

"Dah kenyang?" Soal Faraj setelah Gib menolak Mangkuk yang sudah kosong.

"Dah." Sepatah Gib menjawab.

"Okey lepas aku kemas ni aku balik. Lama dah dok kat sini tak pasal-pasal kahwin free. Hang naik la rehat kat atas."

Gib memandang Farah yang sedang mengemas meja makan itu. Sesekali dahi gadis itu berkerut apabila berjalan. Gib bangun berdiri lalu bahu Farah di sentuh.

"Kau duduk la aku kemas." Mangkok kosong bertukar tangan. Cekap Gib membersihkan meja makan itu. Farah hanya diam memerhatikan. Lelaki itu nampak sempurna di matanya.

Oh Hati kuatkanlah dirinya. Betul kata orang kalau berdua mesti ada yang ketiga.

"Kau drive datang sini?" Soal Gib membuatkan Farah tersedar dari lamunannya. Boleh pula dia terleka.

"Daq naik Grab semalam aku on call 24 jam Abang aku hantaq."

"Oh. Habis ni kau balik macam mana dengan Grab?"

Farah hanya mengangguk.

"Cancel Grab kau. Aku hantar." Ujar Gib.

"Takpa hang pun bukan sihat lagi."

"No objection. Tunggu aku dekat luar aku nak ambil wallet." Setelah siap mengelap tangannya, Gib terus meninggalkan Farah terpinga-pinga di dapur.

......

"Kau masih duduk dengan Family lagi?" Soal Gib apabila melihat rumah banglo dihadapan matanya. Farah mengangguk dengan senyuman hambar.

"Hang drop aku dekat luaq ja."

"Dengan kaki kau macam tu?" Balas Gib sebelum dia bergerak masuk ke dalam perkarangan rumah itu. Sebaik kereta berhenti dia toleh memandang disebelah. Tali pinggang di buka sebelum dia keluar dari perut kereta. Dengan selamba dia melangkah membuka pintu kereta Farah. Tali pinggang dipakai gadis itu turut ditanggal membulat mata Farah memandang wajah Gib dekat dengannya.

"Turunkan aku Gibran hang mau aku kena pancung dengan Orang dalam rumah ni ke?!"

"Kenapa pula?"Soal Gib buat tak faham. Walaupun dia tahu apa yang akan terjadi.
Sikap 'Along' Farah memang tak boleh bawa bincang.

"Turunkan aku please.. Aku boleh jalan sendiri." Rayu Farah lagi.

"Lambat."

"Farah Najwa!!"

Membulat mata Farah mendengar namanya dilaung kuat oleh seseorang dimuka pintu. Liurnya di telan kesat. Wajahnya di sembamkan pada dada Gib. Terasa takut mahu berpaling memandang Abang sulungnya. Megat omar. Dia yakin sekarang lelaki itu sedang merenung tajam memandang kearah dia dan Gib.

"Bro..." Gib tersenyum sinis melihat wajah memerah Megat Omar.

"Hang pasai apa dik, Sampai nak kena berangkat, Awat kaki tu kudung dah ka.."Soal Megat Omar dengan muka yang garang langsung tiada senyuman di bibir itu. Gib pula sengaja menayang wajah tidak bersalah.

"Kaki dia terseliuh aku tolonglah dukungkan."Balas Gib ringkas.

"Ha! Terseliuh je sampai kau nak kena berdukung bagai kenapa? Kau letak dia sekarang." Tegas suara Megat Omar.

"Gibran turun kan saya." Bisik Farah perlahan.

Tanpa menghiraukan pemintaan Farah. Gib makin mengemaskan dukungan itu.

"Aku tahu kau polis. Tapi jangan buat roadblock dekat rumah sendiri. Soal siasat depan pintu. Baik kau bagi aku masuk letak adik kesayangan kau ni dekat dalam dulu."Ujar Gib tenang.

"Fuck you!" Carut Megat Omar. Panas hati dia melihat wajah selamba seketul Gibran Hans.

"Abah tak ajaq hang biadap pada tetamu Along." Sapa satu suara garau di belakang Megat Omar. Lelaki itu datang menghampiri mereka.

"Daq la abah.. Tengok anak dara Abah tu tak nikah lagi tapi dok kapok tak tahu halal.."Marah Megat Omar. Suara yang dingin.

"Kaki oghang sakit la Abah. Dia tolong cheq ja. Along yang salah faham...Buka ja pintu dah kena serbu. Cukup jelah Abah soang ja, jadi polis pencen." Jawab Farah yang masih dalam dukungan Gib. Sempat juga dia memerli Megat Omar.

Lelaki berusia yang di berdiri di sebelah Megat Omar mengelengkan kepalanya.
Dua beradik ini kalau bersua muka pasti berperang.

"Jemputlah masuk. Letak je Farah atas sofa di ruang tamu.." Pelawa Megat Othman. Serta merta Gib ukir senyum. Akhirnya Tiada lagi sesi soal jawab.

"Terima kasih Uncle."

Farah yang berada dalam dukungan Gib menarik nafas lega.

.......

"Tambah lagi Gibran." Pelawa Megat Othman.

Usai Gib meletakkan tubuh Farah di atas sofa. Megat Othman terus mempelawa lelaki itu makan tengah hari bersama.

"Hat ni ka marka hang dik, Awat tak habaq kat Abah? Bila nak langsung? Abah ni anak dara soang ja. Kalau dah ada calon nikah ja terus senang hati abah" Membulat Farah mendengar soalan tiba-tiba dari mulut ayahnya.

"Kami kawan ja abah."

"Bakal teman halal..." Tenang Gibran membetulkan. Megat Omar disebelah Gibran mengelengkan kepalanya.

Terus terang betul mamat ni.

"Kalau begitu bila nak langsungkan?."

"Abah!!" Berkerut wajah Megat Omar memanggil Ayahnya. Kenapa pula Ayah dia beria-ria kali ini.

"Kalau di izinkan insyaAllah..." Jawab Gib penuh yakin.

Farah terus mendongak memandang lelaki itu.
Dia salah dengar ke perkataan terakhir lelaki itu? InsyaAllah? Telinga dia masih belum pekak lagikan.

"Baguslah. Farah jarang ada kawan lelaki yang rapat dengan dia. Lebih tepat lagi...Dia tak pernah ada teman lelaki. Bila dia dah bawa kamu ke mari sejuk hati saya sebagai seorang bapa" Farah menepuk dahi sendiri. Manakala Megat Omar hilang kata-kata.

Sesuai la Abah dan Bakal menantunya. Dua-dua selamba je.

"Saya ni takut, Bukan apa.. Manalah tau Abang-Abang dia ni dok kontrol ka.. Nak adik dia jadi andartu agaknya..depa takpa la jantan.."Tambah Megat Othman lagi. Gib kelihatan terdiam memikirkan sesuatu.

"Abah dah la.. tercekik anak teruna orang sat gi..Jangan libatkan dia..Abah nak oghang pi date dengan anak-anak kawan abah tu cheq janji cheq pi. dah ya abah malu kat oghang."Ujar Farah pula.

Gib senyum segaris.

"Sudikah Uncle Othman bermenantukan saya?" Setelah berkira-kira akhirnya Gib memberanikan diri meluahkan hasrat hati. Membulat mata Farah dan Megat Omar tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Apa lelaki itu sudah hilang gila.

"Saya bukan lelaki sempurna.. Dan saya baru bertatih menjadi seorang muslim tidak keberatankah Uncle bermenantukan saya" Gib pandang Farah sekilas sebelum memandang ke arah Megat Omar dan Megat Othman.

Megat Othman kelihatan tenang dengan soalan yang di ajukan Gib.

Farah pula yang tidak senang duduk dengan situasi, dia mahu menyampuk lagi tetapi dia tahu apa yang dia akan cakap tidak mungkin didengari orang-orang itu.

"Tak apa.. Pelan-pelan boleh belajar." Tenang Megat Othman memberi jawapan buat Gib tersenyum dan mengangguk kepalanya.

"Kalau macam tu saya akan hantar rombongan dalam masa terdekat uncle..."

Farah melepaskan keluhan. Rasa nak pecah kepala sendiri. Jam seakan terhenti untuk dia hadam apa yang baru keluar dari mulut lelaki itu.

Rombongan?

Otaknya tidak mampu berfungsi untuk seketika.

Sah memang seorang Gibran Hans seorang yang tidak mempunyai perasaan. Dasar manusia hati batu!!!

> Selamat berpuasa semua :) > Maaf kalau First bab ini agak hambar.. > Hallo new readers..

Share this novel

norsila
2022-04-07 23:21:23 

yes dah mulo next novel ye..nasib tklik tgk..aikk dah mulo yo..suko2 hehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience