EMPAT

Other Series 3280

"Tak keluar ke hujung minggu ni?" tanya Shahila, rakan sebilik yang baru saja masuk seminggu yang lalu.

"Ooh..hujung minggu saya balik rumah. Kenapa?"

"Takde apa. Kalau keluar ingat nak ikut. Nak beli barang sikit." Iman tersenyum. Dia mengerti. Baru-baru masuk ke asrama banyak keperluan yang perlu dicari. Seperti dia juga dulu.

"Saya mintak maaf. Minggu ni saya dah janji dengan Mak nak balik. Tapi kalau nak keluar kejap lepas habis waktu kerja boleh je saya bawakkan."

Shahila tersengih gembira. "Ha, boleh jugak! Thanks Iman!"

* * * * * * * * * * *

Iman Daniela menolak troli dalam pasaraya yang dikunjunginya bersama Shahila. Dia juga ada membeli beberapa barang keperluan. Alang-alang keluar, baik beli saja yang patut. Fikir Iman.

Tiba-tiba dari kejauhan dia terampak susuk tubuh seseorang yang pernah dikenalinya.

'Hairi!' detik hati Iman. Ya, memang tidak salah lagi. Iman cepat-cepat menyembunyikan diri apabila terlihat susuk tubuh itu berpaling ke arahnya.

"Ishh. Macam mana pulak dia boleh sampai ke sini. Dia bukannya orang sini!"

Terasa kecilnya dunia. Hairi berasal daripada Melaka dan kali terakhir Iman 'stalk' dia, dia masih di Melaka memuat naik gambar bersama bakal isterinya di laman sosial.

Bukan kepalang kecewanya bila dia mendapat tahu tentang itu. Atas sebab itu dia berkeputusan untuk 'move on' dan cuba redha seperti yang diharapkan di dalam doanya selalu.

Dia pernah berjanji pada diri sendiri sama ada dia berjodoh atau tidak dengan Hairi, dia harapkan agar Hairi dan dia sama-sama bahagia.

Dan alhamdulillah, dia berjaya.

Sambil melarikan diri, Iman terkocoh-kocoh menolak troli. "Niela!"

Terdengar namanya dipanggil. Dia tahu itu suara Hairi. Maka dia langsung tidak berpaling dan terus meninggalkan trolinya.
Cepat-cepat dia masuk ke kereta dan menunggu Shahila di sana.

Iman menarik nafas lega.

Niela. Itu nama yang dipanggil oleh rakan-rakan sekerja di kilang elektronik dulu. Ketika itu, dia bekerja kontrak selama setahun.
Pada masa itulah dia mengenali Hairi dan sahabat-sahabat yang lain seperti Tiera, Kak Dayana dan Balqis.

Tiga rakan yang mengetahui perasaannya pada Hairi. Tapi sekarang, Iman jarang-jarang menghubungi mereka kerana teralu sibuk dengan urusan kerja.

Kalau boleh dia tak mahu bertemu dengan Hairi. Takut perasaannya kembali berbunga.

Hairi seorang yang baik hati. Walaupun dia agak nakal, tapi suaranya sungguh memikat. Itu antara sebab Iman jatuh cinta padanya dahulu. Walaupun mereka jarang berbicara. Tetapi sekali-sekala apabila berpeluang untuk bersemuka, ketika itulah hati Iman berbunga-bunga.

Bunga-bunga cinta?

Dan hari ini, setelah hampir satahun lebih dia cuba untuk tidak mengambil tahu tentang Hairi. Muncul pula si dia di depan mata.

Arhh, biarkan saja. Aku pun malas nak ambil tahu. Moga-moga dia tak jumpa aku lagi dah.

Tidak lama kemudian, pintu keretanya dibuka.
Tersentak dia sebentar.

Rupa-rupanya Syahila yang datang baru sahaja selesai membeli belah.

"Kenapa nampak tinggal troli tadi?"

Pertanyaan Shahila dibalas dengan sengihan sumbang.

"Takde apa-apa". Tiba-tiba rasa tak nak beli apa-apa."

"Laa..kenapa pulak?"

Iman hanya hanya tersenyum. "Takde apalah. Jom balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience