Bab 16

Horror & Thriller Completed 790

Danial terjaga. Dia melihat sekeliling. Memandang kiri dan kanan.

“Rizal, kau nak bawa aku pergi mana ni?”
“I’ve too.” Jawab Rizal.
“Kau jangan buat gila. Aku ada kelas Dr. Hilman sekejap lagi. Mati aku nanti!”
“Aku dipaksa. Kalau tak aku yang mati!”, tengking Rizal.
“Apa maksud kau?”

Sepucuk pistol telah diacu di kepalanya.

“Ikut atau mati?”

Danial terdiam.

“Ikut atau mati?!”
“Ikut! Aku ikut! Kau nak apa dari aku? Aku takda apa-apa pun!”, jerit Danial.
“Aku nak kau teman aku.”
“Teman?”

Danial menoleh ke belakang. Kelihatan Rania, Raihana dan Faroq tersenyum.

“Korang ingat benda macam ni boleh buat main-main ke?!”, marah Danial.
“Memang main-main pun. Ni pistol mainan je.” balas Rania.
“Siapa suruh kau tak reti tengok rear view mirror. Benda dah ada, tinggal jenguk dekat cermin je.”

Mereka berempat ketawa terbahak-bahak kecuali Danial.

“Bagitaulah, kita nak pergi mana ni?”soal Danial lagi.
“Misi paranormal tapi tak normal.” balas Raihana.
“What? Kau serious ke ni?”
“Anda rasa saya ada masa untuk main-main?” soal Rizal.
“Okey, fine. What’s the plan?”

Rania menceritakan tentang peristiwa kemalangan ibu bapanya dan mimpinya selama ini. Pada awalnya Danial agak terkejut tetapi telah diterangkan dengan lebih mendalam dan teliti oleh Rizal.

Danial memahami situasi semasa. Mereka meneruskan perjalanan ke tempat dalam alamat yang terdapat di belakang gambar Mawar dan Munir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience