“Lepaslah, nanti orang nampak,” suara Wani cemas, tangannya kian kemas digenggam.
“Jangan pergi mana-mana,” ujar Farish seperti merayu. Matanya lekat terus di wajah Wani. Bagai tidak mahu hilang dari pandangannya walau sesaaat.
Wani telan liur yang terasa kesat di tekaknya.
“I miss you.” Kaki Wani terasa tidak memijak tanah apabila kata itu keluar dari bibir Farish. Agak lama dia terdiam sebelum melangkah setapak mendekat, tangannya yang masih digenggam Farish terasa menggeletar.
“Seminggu awak hilang. Tak call, tak mesej.” Wani akhirnya melepaskan apa yang terbuku di dada.
“I was busy, i’m sorry.” Farhan bangun, dia merapatkan bibirnya ke telinga Wani. “Don’t leave, please stay. I think i’m in love with you.” Farish membisikkan kata-kata itu ke telinga Wani.
Wani bagai tidak mampu bersuara, terasa dirinya terbuai melayang. Hembusan nafas Farish yang menyapu lembut di sebelah wajahnya bagai memutuskan nafasnya. Wani menarik nafas sedalam-dalamnya dan akhirnya bersuara. “Don’t you dare to leave me again and i think i’m in love with you too,” jawab Wani dengan senyuman manis yang tidak pernah diberikan kepada Farish sepanjang perkenalan mereka.
Farish tersenyum memandang langit gelap, yang kelihatan ketika itu hanyalah bintang-bintang kecil menjadi penyeri. Dia tidak menduga di sebalik tembok batu yang memagari dua keluarga ini, akan wujud cinta untuk dirinya.
Ya, Allah Pencipta Segala Alam, engkau jadikanlah dia penyeri hidupku seperti mana engkau jadikan bintang sebagai penyeri langit kelam di waktu malam.
“Farish Idham bin Farid Arrifin.” Farish tersentak dari lamunannya. Matanya memandang tepat lelaki berkopiah yang sedang menggenggam tangannya itu. Pandangannya kemudian terarah kepada Wani yang duduk bersimpuh berhampirannya dengan berpakaian lengkap serba putih, sangat manis bertudung. Kedua ibubapanya juga lengkap berpakaian sedondon warna krim.
“Kita mulakan akad sekarang ya,” Tok kadi bersuara lagi. Farish mengangguk perlahan. Hatinya berdebar, dia menarik nafas sedalamnya dan kemudian mengukir senyuman penuh makna. Bismillahirrahmanirrahim
Sungguh aku telah hidup di awang-awangan selama ini, adakala hilang arah dan adakala di saat menemui jalan yang hampir tepat, ia terlepas dari genggaman membuat aku patah hati. Setelah sekian lama aku menjalani kembara berseorangan mencari soulmate akhirnya aku pulang ke rumah yang selama ini menanti aku, iaitu hatimu. Hatimu adalah rumah yang menyenangkan dan membahagiakan buatku, dan aku akhirnya berada di rumah. Pulang bersama keyakinan dan keberanian menjaga cinta kita berdua.
Share this novel