Dengkuran halus Ariana Atilia memenuhi ruangan perut kereta milik Adi Ashraf. Nampaknya dia masih lena diulit mimpi sepanjang perjalanan pulang ke rumah mertuanya.
Adi Ashraf pula akan mengerling sesekali ke sebelah bagi memeriksa keadaan isterinya yang sudah seperti tidur mati itu. Mana tidaknya, semua selekoh tajam yang dilalui sedikit pun tidak membuatkan isterinya itu terjaga. Penat sangat agaknya.
Padahal yang memandunya dia seorang sahaja. Haih.
"Urgh..." ucap Ariana Atilia yang mula tersedar dari lena. Kedengaran sedikit serak suara yang keluar dari kerongkongnya.
Matanya yang dipejam lama dibuka perlahan-perlahan. Berpusu-pusu cahaya masuk ke dalam retina matanya hingga menyukarkan penglihatannya buat seketika.
Perbuatan itu disedari oleh Adi Ashraf. Dia menoleh sedikit ke arah isterinya. Namun masih mengekalkan pandangan pada jalan raya sesekali. Risau jika tersalah langkah pasti kemalangan berlaku.
"Ha, bangun dah? Ingatkan dah mati tadi. Penat sangat ke?" tegur Adi Ashraf dengan nada yang sedikit menyindir.
Suara serak basah milik Adi Ashraf menerjah masuk ke dalam gegendang telinga Ariana Atilia membuatkan dia menoleh ke sebelah. Mujurlah penglihatannya sudah kembali seperti sedia kala. Terus segar dibuatnya apabila dikejutkan dengan teguran mesra daripada lelaki itu.
"Diamlah. Kita dekat mana ni? Dah nak sampai ke?" balas Ariana Atilia cuba membuang pandangan ke luar kereta. Mulutnya yang menguap sesekali ditutup dengan segera.
"Sikit lagi." ringkas Adi Ashraf membalas. Ariana Atilia mengangguk tanda faham. Tangan kanannya mengambil sebotol air mineral untuk melegakan tekaknya yang terasa kering.
"Ah, leganya." luah Ariana Atilia sebaik menghabiskan sebotol air tersebut. Tubuhnya yang terasa tegang kerana duduk dalam posisi yang sama digerakkan cuba membetulkan urat-urat badannya yang berselirat.
"Bak sini sebotol air tu jugak. Haus ni." pinta Adi Ashraf tiba-tiba. Ariana Atilia menurut kata suaminya tanpa membantah. Sebotol air mineral yang masih belum dibuka dihulur kepada Adi Ashraf.
"Bukakan lah. Kau nak kita accident ke?" perli Adi Ashraf lalu menjeling isterinya. Ariana Atilia sudah menjulingkan mata ke atas.
Banyak songeh betul!
Lalu, dibuka juga penutup botol mineral tersebut sebelum diberikan kepada suaminya. Kalau ikutkan hati, mahu saja disimbah pada wajah lelaki itu tetapi dia masih bersabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.
"Ha, nak minum macam mana pulak ni? Nak aku suapkan jugak ke? Baik kau berhenti je dulu. Rehat kejap. Aku tahu kau penat. Rumah mama tu tak ke mana pun kan." cadang Ariana Atilia. Dalam masa yang sama, Adi Ashraf bersetuju dengan cadangan bernas daripada isterunya itu.
Tak lama kemudian, Adi Ashraf memberhentikan kereta di hentian yang berdekatan. Kakinya yang lenguh menekan pedal minyak akhirnya dapat berehat.
"Nah, minum ni dulu. Nanti pengsan siapa nak drive? Aku pergi beli air dekat kedai depan tu kejap. Tunggu tau!" pesan Ariana Atilia sebelum pergi meninggalkan Adi Ashraf di dalam kereta.
Adi Ashraf menghantar pemergian isterinya dengan pandangan. Sebotol air mineral diteguk menghilangkan kehausan yang dialaminya. Tak lama kemudian, Ariana Atilia kembali bersama sebungkus plastik.
"Kau beli apa?" soal Adi Ashraf memerhatikan sebungkus plastik yang dipegang oleh isterinya. Jam tangan dikerling sekilas. Risau sekiranya sudah terlalu lewat petang.
"Aku beli roti dengan air sikit. Buat lapik perut. Nanti tak pasal-pasal kena gastrik. Kalau kau nak kena aku tak kisah. Tapi kalau aku, memang taklah. Ni aku ada beli 100plus untuk kau sekali." terang Ariana Atilia panjang lebar sambil menunjukkan semua barang yang dibelinya.
Adi Ashraf mengintai makanan yang dibeli oleh isterinya dari tepi. Laju saja tangan kanannya mengambil sebotol air isotonik yang berjenama 100plus yang disebut oleh isterinya sebentar tadi.
"Baguslah. Aku pun tak nak kena gastrik. Nanti lepas ni kau pulak drive. Biar aku pulak rehat. Eh senang kerja kau makan,tidur je." sedas perlian itu keluar dari mulut Adi Ashraf. Ada benarnya juga kata-kata lelaki itu.
Ariana Atilia diam tak membalas. Membuatkan Adi Ashraf naik hairan. Takkan terasa kot? Bibirnya meneguk sedikit air 100plus itu yang meninggalkan kesan yang sedikit menyengat di salur kerongkongnya. Terasa tenaganya dikembalikan semula.
Ceh. Iklan.
"Aku bukan tak nak drive. Tapi sebenarnya aku tak boleh drive, Ash." luah Ariana Atilia sambil menggaru kepalanya yang dililit dengan tudung shawl berwarna biru laut. Bibirnya mengukir senyuman kelat.
Hampir tersedak Adi Ashraf apabila mendengar kata-kata isterinya. Dia menoleh kepala untuk bertembung mata dengan isterinya cuba memastikan sekiranya Ariana hanya mahu bergurau sahaja. Namun hampa, kerana nampaknya isterinya benar-benar serius.
"Maksud kau, kau tak ada lesen ke ataupun sebenarnya kau tak reti drive je Riana?" soal Adi Ashraf tak percaya. Masih ada lagi rupanya golongan 20-an yang tak reti memandu. Ingatkan zaman dah maju seiring dengan manusia.
"Hmmm, dua-dua." balas Ariana Atilia malu-malu. Oh sekarang baru reti tahu malu ye, Ariana? Perli hatinya sekarang ni.
"Kau janganlah terkejut sangat boleh tak? Hiperbola betul!" tambah Ariana Atilia lagi sambil melarikan pandangan mata suaminya.
Adi Ashraf mengusap dagu cuba memikirkan punca isterinya begitu. Dia cuba memahami keadaan isterinya yang tak selesa dengan isu yang dibincangkan oleh mereka sekarang ini. Oleh itu, dia mencari jalan untuk memastikan dia tak terlalu memaksa Ariana untuk berterus-terang.
Lalu, sebungkus roti coklat diambil lalu dibuka untuk disuakan kepada isterinya. Berkerut dahi Ariana Atilia keliru dengan perbuatan suaminya.
"Apa tengok je? Makanlah. Nanti kena gastrik siapa nak jaga aku? Biar aku je drive." ucap Adi Ashraf bersahaja. Cuba menenangkan isterinya.
Lambat-lambat, Ariana Atilia membuka mulut. Hatinya sedikit tersentuh dengan perbuatan suaminya itu. Tak lama kemudian, roti tersebut bertukar tangan.
"Makanlah jugak. Nanti siapa nak drive kalau bukan kau." ucap Ariana Atilia cuba untuk bersahaja. Kini dia pula yang menyuakan roti tersebut kepada Adi Ashraf.
Serta-merta, Adi Ashraf membuka mulut dan mengambil suapan isterinya dengan banyak. Membuatkan Ariana Atilia tersenyum. Lalu, mereka kembali menyambung perjalanan pulang ke rumah Encik Marzuki dan Puan Ratna.
Sepanjang perjalanan masing-masing diam melayan perasaan. Hanya bunyi radio yang memenuhi ruangan kereta. Sehinggalah Adi Ashraf memutuskan untuk memulakan perbualan.
"Riana... pasal lesen memandu tu, abah tak bagi kau belajar bawa kereta ke macam mana?" tanya Adi Ashraf berhati-hati kerana risau sekiranya tersalah kata.
"Eh, mana ada. Abah bagi je. Cuma tulah. Aku yang tak nak." jelas Ariana Atilia cuba mengelakkan suaminya itu salah faham.
"Oh. Tapi kenapa?" soal Adi Ashraf lagi cuba mengorek rahsia daripada isterinya itu. Pandangannya masih kekal pada jalan raya.
"Sebab aku takut." balas Ariana Atilia perlahan seakan cuba mengelakkan daripada Adi Ashraf mendengarinya.
"Takut?"
"Eh, dah nak sampaikan? Tu rumah mama! Yes, akhirnya sampai juga!" sorak Ariana Atilia gembira cuba menukar topik. Dia mengelak daripada bertembung mata dengan Adi Ashraf.
Adi Ashraf sedar dengan percubaan isterinya yang mengelak dari ditanya lebih lanjut. Tangannya tangkas memusingkan stereng kereta untuk memasuki blok perumahan yang didiami oleh kedua-dua orang tuanya.
Sebaik dia memarkir kereta di dalam pekarangan rumah, laju sahaja Ariana keluar dari perut keretanya. Namun sempat ditahan oleh Adi Ashraf.
"Laju-laju nak ke mana, Riana? Mama dengan papa tak lari pun." tegur Adi Ashraf. Dia masih mencuba nasib untuk membongkar rahsia isterinya.
"Yelah. Lepas lah tangan aku, Ash. Bukannya aku nak lari pun." bidas Ariana Atilia yang mahu bercekak pinggang.
"In one condition." ucap Adi Ashraf dengan senyuman senget terpapar diwajahnya. Ariana Atilia mengecilkan mata. Cuba mengetahui niat sebenar suaminya. Nampaknya ada udang di sebalik batu.
"Fine, apa dia?"
"Kau kena belajar drive dengan aku."
:?:••:?:••:?:•???•:?:••:?:••:?:
"Ya Allah, menantu mama! Rindunya mama dekat Riana. Riana sihat?" sapa Puan Ratna mesra. Tubuh kecil milik Ariana Atilia dibawa ke dalam pelukan wanita yang sudah berusia itu. Wajahnya pula dicium oleh Puan Ratna penuh kasih. Terubat juga rindunya kepada menantunya itu.
"Alhamdulilah sihat, mama. Mama sihat? Papa?" soal Ariana Atilia pula dengan senyuman manis. Puan Ratna dan Encik Marzuki mengangguk tanda mengiyakan kesihatan mereka berdua yang sihat walafiat. Bersyukur mempunyai menantu sebaik Ariana Atilia.
"Ehem... Adi ni anak mama dengan papa jugak." tegur Adi Ashraf mula bersuara. Namun tak semena-mena mendapat pukulan pada lengan kirinya daripada Puan Ratna.
"Ya mama tahu. Adi je tak ingat mama dengan papa." sindir Puan Ratna sebelum menarik anak lelakinya di dalam pelukan erat. Adi Ashraf membalas pelukan hangat tersebut dengan senyuman lebar.
Perbuatan itu dilakukan oleh Encik Marzuki juga. Belakang badan Adi Ashraf ditepuk perlahan oleh Encik Marzuki. Melepaskan kerinduan setelah sekian lama tidak berjumpa.
"Abang! Riana!" jerit Akid Ahnaf yang muncul entah dari mana. Kedua-dua tangan lelaki itu telah didepakan bagai cuba menarik Ariana ke dalam pelukan.
. Sempat lagi Akid Ahnaf mengenyitkan mata kepada Adi Ashraf cuba mengusik abang kandungnya itu.
"Eh kau kenapa nak peluk isteri aku?"
Mujurlah Adi Ashraf menghalang perbuatan adik lelakinya itu. Bukan boleh percaya sangat adik dia ni. Akid Ahnaf tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih bersih.
"Aku gurau je takkan tak boleh. Kalau tak boleh peluk Riana. Aku peluk kau lah abang." balas Akid Ahnaf bersahaja. Belum sempat Adi Ashraf memarahi adik lelakinya itu, dia telah selamat berada di dalam dakapan Akid Ahnaf.
"Akid, lepas!" marah Adi Ashraf yang mula naik angin. Namun dihiraukan oleh Akid Ahnaf sepenuhnya. Bila lagi boleh bergurau senda begini? Kan kan kan?
Ariana Atilia tersenyum melihat kemesraan dua beradik itu. Gembira hatinya apabila melihat suaminya kelihatan ceria. Terasa seperti bahunya ditepuk seseorang membuatkan dia menoleh.
"Mai?" soal Ariana Atilia tidak percaya. Sudah lama tidak berjumpa dengan kawan perempuannya itu.
"Ingat lagi kau dekat aku ya?" balas Maisarah yang dipanggil Mai itu. Bibirnya yang terhias dengan senyuman dilengkapi dengan sepasang lesung pipit di kedua-dua belah pipinya membuatkan Ariana tersenyum.
"Apa kau buat dekat sini?" soal Ariana ingin tahu. Jarinya pantas mencubit pipi gebu milik Maisarah. Membuatkan gadis itu menjegilkan mata. Garang tapi comel!
Patutlah Akid Ahnaf suka, eh?
"Puan Ratna ajak aku datang. Ada makan-makan katanya. Jadi, aku datanglah. Orang tua kata tak elok tolak rezeki, Riana." ucap Maisarah sambil menahan tawa.
Ariana Atilia memandang Puan Ratna mahukan penjelasan. Wanita itu tersenyum penuh makna. Seakan faham apa yang dimahukan oleh menantunya itu.
"Ya mama yang ajak. Mama dengan papa cadang nak buat kenduri doa selamat. Semua mama dah uruskan. Tinggal nak kemas rumah ni sikit je. Tu mama suruh Adi dengan Riana balik. Jangan risau, mama dah ajak umi dengan abah datang termasuk dengan Izz sekali." terang Puan Ratna panjang lebar kepada anak menantunya.
"Tapi untuk apa mama? Kenapa Akid tak tahu?" celah Akid Ahnaf yang masih memeluk erat tubuh Adi Ashraf. Adi Ashraf sudah pasrah. Kehilangan tenaga untuk meleraikan pelukan adik lelakinya itu.
Soalan Akid Ahnaf membuatkan Puan Ratna tersenyum seribu makna. Pandangannya beralih daripada Akid Ahnaf kepada Maisarah. Ariana Atilia bagai mengetahui apa yang disembunyikan oleh ibu mertuanya tersengih kerang.
"Untuk perkahwinan Ariana dengan Adi lah. Mana tahu untuk jodoh Akid pulak lepas ni." balas Puan Ratna sambil melemparkan senyuman kepada Maisarah. Membuatkan gadis itu merah padam menahan malu.
Akid Ahnaf yang menyedari maksud ibunya meleraikan pelukan terhadap Adi Ashraf. Mukanya yang turut merah padam membuatkan Ariana Atilia meletuskan tawa.
"Mama!"
Yeah, I'm back!??????
Hope you all enjoy reading!
Don't forget to vomment ??
Mood rajin dah sampai untuk menulis???
Idea pun tengah melimpah ruah, syukur alhamdulilah ??
Happy Cov-eid?????
Share this novel