CHAPTER 33

Action Series 136577

Dari sepuluh minit yang lalu kakinya tidak henti mundar mandir. Kepalanya mula kusut memikirkan sikap suaminnya yang seakan marah dan merajuk. Selepas kejadian terlanjur kata di pejabat suaminya di aras satu itu, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan.

Ish.. Pening la. Baru seminggu kahwin dah gaduh. Orang lain baru kahwin tengah sedap honeymoon. Bukan macam dia boleh pula gaduh. Apalah nasib kau, Thea Hazel. Bebel Thea sendirian.

Punggungnya dilabuhkan kasar di atas kerusi sofa di hujung katil. Kedua belah tangan di tongkatkan ke atas kerusi kiri dan kanan. Kakinya mula bergerak mengikut rentak dirinya sendiri. Otaknya mula ligat memikirkan sesuatu.

"Fikir Thea fikir. Apa yang kau kena buat ni. Macam mana nak pujuk mamat Heartless tu. Bukan setakat heartless, beku, baran. Semua bad side bagi dekat dia je. Haih.."

Kuat betul kau mengutuk suami sendiri ya, Thea.

Kepala yang tidak gatal di garunya kasar. Kepalanya mula terasa kusut. Dia mendengus sebelum mengesot naik ke atas katil yang bersaiz King itu. Jam yang hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam di pandangnya sekilas. Matanya jatuh pada daun pintu bilik yang tertutup kemas itu.

"Tak nak tidur ke mamat ni?" Soalnya perlahan.

Kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan malah dia menikmati makan malam pun sendirian.

Tubuh di rebahkan ke atas tilam yang empuk. Comforter di hujung kaki segera di tariknya kasar. Cuba melepaskan geram di hati.

"Tidur lagi bagus." Selepas membaca doa, mata segera di pejamkan. Berharap apabila bangun esok, marah Emeer semakin reda dan senanglah dia melancarkan sesi memujuk.

Sepuluh minit berlalu, mata Thea masih lagi terbuka luas. Memandang tajam ke siling putih bilik itu. Pesanan ibunya tergiang-giang di telinga sehingga dia langsung tidak dapat melelapkan matanya.

"Jangan biarkan suami berada dalam keadaan marah. Kalau kita sedar akan kesalahan kita, cepat-cepat pujuk dan minta maaf. Jangan biarkan suami tidur dalam keadaan marah kerana apabila kita biarkan solat kita tidak akan di terima oleh Allah SWT. Faham anak ibu?"

Ish.. Tak boleh jadi ni.

Dia terus turun dari katil, menuju ke wardrobe. Sehelai shawl hitam di ambil lalu di letakkan di atas kepalanya. Dia tidak bebas membuka auratnya walaupun berada di dalam runah kerana anak buah Emeer berada di segenap sudut rumah itu.

Kakinya terus melangkah keluar dari bilik itu. Aras satu di mana terletaknya pejabat mini Emeer di tujunya. Sampai sahaja di depan pintu, dia mengetuk pintu itu beberapa kali namun tetap juga tiada sahutan dari dalam. 

"Bismillahh.."

Dengan lafaz bismillah, dia memulas tombol pintu itu lalu separuh badannya di tolak masuk ke dalam bilik itu. Matanya melilau memandang sekeliling namun kelibat yang di cari tidak kelihatan di situ.

"Mana pula suami beku aku ni pergi malam-malam buta ni?" Pintu bilik itu di tutupnya.

Dalam melangkah turun ke tingkat bawah, kepalanya aktif berfikir di mana keberadaan suaminya. Baru dua hari di rumah itu, dia masih lagi belum berkesempatan untuk mengeliling ke segenap ruang rumah itu. 

Tekak yang terasa haus itu buat kakinya terus ke dapur. Air di tuang ke dalam gelas, punggung di labuhkan di table top. Selesai membasahkan tekak, dia hanya duduk termenung di situ.

"Apa aku nak buat ni? Nak naik tidur tapi tak boleh. Mana boleh tidur selagi suami masih dalam keadaan marah. Adoii. Eshal, tolong kak Thea." Apabila mulutnya spontan menyebut nama adik iparnya, automatik matanya terbuka luas.

Thea terus bangun dari duduk, ingin naik ke bilik untuk mengambil telefon bimbitnya. Namun jalan, langkahnya terhenti di sebelah bilik dobi. Dahinya berkerut apabila telinganya menangkap sesuatu bunyi yang kuat dari arah luar bersebelahan bilik dobi itu.

Tanpa sedar kakinya terus melangkah keluar mengikut arah bunyi yang masih kedengaran itu. Cahaya lampu yang terpasang di belakang rumah itu memudahkan pergerakannya. Langkah di teruskan sehingga ke hujung sudut dimana dia hanya menjumpai jalan mati. 

Dihadapannya hanyalah pagar seperti tembok tinggi yang dipenuhi pokok dan daun yang berjalar yang hampir menutupi sepenuhinya pagar itu. Dahinya semakin berkerut apabila bunyi makin kuat kedengaran dari situ.

Dengan berani Thea mula menghampiri pagar itu. Dia tidak tahu apa yang dia fikir sekarang itu namun dia yakin apa yang berada dalam fikirannya saat ini. Suaminya Emeer Hayyes buka seperti lelaki lain dan itu yang membuatkan dia makin kuat ingin mencari jawapan kepada soalan yang sentiasa berlegar di fikirannya.

Tangannya laju naik menekan dinding yang di penuhi daun itu Sambil memandang sekeliling.

Klak.

Tubuhnya mula berdiri tegak apabila terasa dinding itu seakan tertolak dari dalam. Matanya ligat mencari sesuatu di situ sebelum bibirnya mula mengukir senyum.

Gotcha!

Dengan lafaz bismillah dan sepotong ayat, kakinya terus melangkah turun meniti anak tangga satu persatu ke bawah. Tujuan asalnya untuk mencari suaminya terus lenyap. Hatinya meronta kuat ingin mengetahui apa yang ada di bilik bawah tanah ini.

Sementara mata dark hazel tajam menyaksikan aksi si isteri seakan seperti penyiasat itu sejak dari tadi. Paparan skrin CCTV di depan matanya jelas menunjukkan kelakuan Thea yang langsung tidak takut dengan keadaan sekeliling.

Bibirnya naik mengukir senyuman nakal.

Sengaja dia menyuruh Eiden membuka lock pintu yang tersembunyi di sebalik tembok tinggi yang di tutupi dengan daun yang menjalar itu.

Eiden dan Kevin yang berada di situ memandang antara satu sama lain. Mereka tidak tahu apa yang berada di fikiran lelaki yang bernama Emeer Hayyes itu tapi dia tahu ada sesuai tidak baik yang akan terjadi.

"Kenapa along benarkan kak Thea masuk? Along nak rahsia kita terbongkar ke?" Soal Eiden dengan wajah yang geram. Rokok di tangannya di sedut kuat sebelum dilepaskan ke udara.

Emeer menjeling tajam ke arah adiknya itu sebelum merampas rokok yang berada di tangan Eiden lalu di halakan ke bibirnya.

"What the hell..." Carut Eiden tidak puas hati.

"Termasuk dengan yang ni, dah empat batang kau hisap. Kau putus cinta ke apa?" 

Walaupun mereka merokok tapi itu bukan tabiat mereka setiap hari. Rokok hanya untuk melepaskan ketegangan seketika dan dia kenal perangai adik lelakinya yang satu itu.

"Kau diam la, Long. Kau patut uruskan tu, bini kau itu. Tengok, dia dah masuk bilik tu. Kau nak dia mati terkejut ke nanti bila tengok apa yang ada dalam bilik tu?" 

Anak mata masing-masing menghala ke arah skrin CCTV di hadapan mereka.

Senyuman di bibir Emeer semakin melebar.

"Let's start the game, Tesoro." Ujar Emeer perlahan.

Kali ini dia tidak akan lepaskan isterinya, Thea Hazel. Dia kan pastikan Thea sikit pun tidak berani untuk membantah setiap patah yang keluar dari bibirnya. Kelakuan isterinya petang tadi betul-betul buat dia rasa tercabar.

Tidak pernah lagi sesiapa pun yang berani meninggikan suara kepadanya. Dan Thea Hazel adalah wanita yang pertama yang berani melawannya.

"Along, kau jangan macam-macam. Kalau daddy dan mummy tahu apa yang kau nak buat ni, Long. Mati kau, dia orang kerjakan." Eiden mula seram melihat renungan mata dan senyuman yang terukir di bibir Alongnya.

Kakinya mula mengejar langkah si abang. Cuba mengubah fikiran Emeer namun dia pasti tentu mustahil bagi seorang Emeer Hayyes untuk mendengar kata. 

Dia hanya risau memikirkan reaksi kakak iparnya nanti. Sudahlah baru seminggu berkahwin, Alongnya sudah mahu menunjukkan taringnya.

"Non sono affari tuoi. So cosa sto facendo (That's non your business. I know what I'm doing). Kalau kau tak buka mulut, daddy dan mummy tak akan tahu. So just shut the hell up, Eiden." Putung rokok yang telah pendek itu terus di campaknya ke lantai yang bersimen hitam itu.

Eiden mendengus kasar.

"Suka hati kau la." Dia terus masuk ke dalam bilik di sebelah kirinya.

Tidak kuasa untuk berlawan dengan abang sulungnya itu kerana dia tahu dia tidak akan menang.

Kevin hanya memandang adik berada itu bergaduh tanpa sedikit pun untuk mencelah. Bibirnya mengukir senyuman sinis. Dia kenal siapa Emeer Hayyes dan dia tahu apa yang bermain dalam fikiran sahabatnya itu.

"I think, tonight will be a long night. I can't wait for it, bro." Kevin bersuara sambil menepuk bahu Emeer beberapa kali.

Serentak ruang bawah tanah itu mula kedengaran dengan gelak ketawa mereka berdua.

"I'm coming, Mio Tesoro."

Such as a bad boy. 

Like father like son.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience