4

Romance Completed 72766

Selesai makan dan berbual hingga ke tengah malam, sampai masa mereka balik semula.

" Dah aku bayar semua. " Kata Yussof.

" Ye ke? " Tanya Eddie.

" Haah. " Balas Yussof.

" Alhamdulillah. Rezeki langkah kanan kita. " Kata Eddie.

" Okey Bro moga murah rezeki kau. " Kata Ridhwan pula.

" Jumpa esok. kita ride suka suki. " Kata Amir.

" Kemana besok? " Tanya Eddie.

" Aku kira esok nak balik kampung Mak. Nak lawat kubur dia lepas tu bermalam semalam kat sana. Esoknya balik hari Ahad. " Kata Amir.

" Join lah. Boring je duduk kat sini. " Kata Eddie.

" Aku pun. " Kata Ridhwan.

" Kau macam mana? " Tanya Amir pada Yussof.

" On. " Kata Yussof.

Nak balik pun kerumah Mama dan Papanya, hanya akan membuatnya stress. Lagi baik dia ride bersama kawan-kawannya balik kampung Amir.

" Okey set. " Kata Amir.

" Jumpa tempat biasa jam 7 pagi. " Kata Amir.

" Roger Bro. " Kata Yussof.

Dia berjalan ke kaunter untuk membayar makanan mereka tadi. Dia melihat pelajar-pelajarnya tadi masih lagi melepak disana. Mungkin menemani Mastura dan Zulaikha fikirnya.

Selesai membayar, Mastura memberikan resit makanan kepadanya.

" Terima Kasih Prof. Datang lagi. " Kata Mastura.

" Mesti. Makanan dia sedap-sedap. " Kata Yussof.

" Thanks tau. Bagitahu Zulaikha saya suka masakan dia. " Kata Yussof lagi.

" Baik prof. " Kata Mastura.

Yussof meninggalkan mereka pergi dari sana.

" Hoiii Prof cakap apa? " Tanya Wafiy.

" Makanan Hawa masak sedap. " Kata Mastura.

" Herm dah lah. Dah selesai ke? Biar kitorang tolong kemas meja-meja ni. " Kata Wafiy.

" Dah. Tinggal tunggu korang je. " Kata Mastura.

Hawa keluar danelihat teman-teman nya membantu mereka berdua menutup kedai makannya.

Selesai menutup dan memastikan semuanya selamat dan berkunci, Hawa me. andang kawan-kawannya.

" Terima kasih ye. " Kata Hawa.

" Kami yang patut ucap terima kasih kat kau. Tiap hari kau bagi kami makan free. Naik tebal dah muka kitorang ni. " Kata Iman.

" Takde apa lah. Aku tahu korang sama macam aku asal kampung duduk bandar ni hidup makin bertambah rumit. Makanan jangan cakap lah. Mahal nak mampus. Dah namanya rezeki korang kan. " Kata Hawa.

" Terima kasih Hawa sebab kau tahu kesusahan kami. " Kata Nafi.

" Takde apa lah. Mana aku boleh bantu, aku akan cuba bantu. Tapi maaf tau esok dan lusa aku tak buka. " Kata Hawa.

" Kenapa? " Tanya Wafiy.

Mastura juga tertanya-tanya kenapa Hawa tak buka kedai makannya besok.

" Mak Su call, Nenek sakit kuat. Aku kena balik juga esok. Korang tahu kan, aku dibesarkan oleh Nenek dan Mak Su. " Kata Hawa.

" Nak aku teman? " Tanya Mastura.

" Tak Mas. Aku tak lama pun. " Kata Hawa.

" Baiklah. Kau kena hati-hati balik kampung tu. " Kata Mastura.

" Ye. Aku hati-hati. " Kata Hawa.

Mereka bersurai meninggalkan tempat makan itu dan Hawa menghantar Mastura balik ke rumahnya.

Sampai di rumah besar Mastura, Hawaenghulurkan sampul coklat dan bungkusan makanan yang dimasak nya tadi untuk Mastura dan keluarganya.

" Apa ni? " Tanya Mastura.

" Walaupun tak banyak. Ni rezeki kau hari ni. Ambik. " Kata Hawa.

" Kau ni Hawa. Tak payahlah. " Kata Mastura.

" Kau tak sudi ke terima? " Tanya Hawa.

" Bukan tak sudi. " Kata Mastura.

" Kalau macam tu terima ye. " Kata Hawa.

" Baiklah. Terima kasih Hawa. " Kata Mastura.

" Aku masakkan kau Tomyam kesukaan kau. tu ada lebih Sup gearbox tadi. Aku bagi kau. " Kata Hawa.

" Esok kau bagitahu aku ye kalau kau nak tolak dan sampai ke kampung. " Kata Mastura.

" Okey. Selamat malam Mas. Assalamualaikum. " Kata Hawa apabila Mastura keluar dari keretanya.

Hannan memandu keretanya balik kerumah yang disewanya. Penat yang dia rasakan berbaloi-baloi dengan melihat Pelanggan yang tak putus-putus datang singgah di kedai makannya.

Telefonnya kembali berdering. Tanpa melihat siapa si pemanggil dia menjawab.

" Assalamualaikum, Mak Su. Nenek okey tak? " Tanya Hawa.

" Waalaikumsalam. " Suara lelaki yang sangat dikenalinya.

" Kenapa? " Tanya Hawa.

" Saya nak jumpa awak. " Kata Zaquan.

" Sorry Zaf, saya penat. Saya nak rehat. " Kata Hawa.

" Sekejap je please. " Kata Zaquan.

"Sorry Zaf. Saya kata saya penat. Dan stop paksa saya. Saya dan awak bukan siapa-siapa lagi. " Kata Hawa.

" Awak nak putuskan hubungan kita ni? 2 tahun kita jalin hubungan ni Hawa. " Kata Zaquan mula emosi.

" Ye saya putuskan untuk sendiri. " Kata Hawa.

" Saya takkan putuskan hubungan kita. " Keras suara Zaquan.

" Ikut suka awaklah Zaf. Yang pasti Awak dan saya dah takde apa-apa. " Kata Hawa.

" Awak sanggup tinggalkan saya? " Tanya Zaquan.

" Dan awak sanggup duakan saya Zaf. " Kata Hawa.

" Bagi saya explain dulu. Awak jangan macam ni. " Kata Zaquan.

" Nak explain apa lagi? It's not enough for you to hurt my heart. You cheated Zaf not me. " Kata Hawa. Airmata ditahan kerana baginya lelaki seperti Zaf tak layak untuk ditangisi.

" It's all just Adriana's game. He wants us to break up. " Kata Zaquan membela diri.

" Dah lah Zaf. Kalau tangan bertepuk sebelah takkan berbunyi. Aku doakan korang berdua bahagia.. " Kata Hawa.

Hawa terus mematikan panggilan itu. Malas nak bercakap dengan Zaquan yang tak reti nak setia. Bukan sekali dia mendengar Zaquan menginap di rumah Adriana. Tapi hampir setiap minggu.

Dan Allah tunjukkan kebenarannya tadi semasa dia nak mengambil Assignment di rumah Adriana.

" Aku takkan percaya pada awak lagi Zaf. Mungkin kalau aku masih tak nampak dengan kepala aku sendiri, aku boleh sangkal semua berita tu. Tapi, aku melihatnya. " Kata Hawa lagi.

Sampai di rumah sewanya dia masuk dan membuka lampu dapur. Dia meletakkan balance bahan-bahan yang digunakannya tadi diatas meja makan.

Dia masuk ke biliknya dan mula membersihkan diri. Selesai mandi, dia kembali turun dan menyimpan bahan-bahan masakan tadi kedalam peti sejuk.

" Esok nak lawat Atok dan nenek. Aku nak bawak apa ye. " Kata Hawa.

Berfikir-fikir apa nak dibawa balik ke kampung, akhirnya dia terlentok diatas sofa ruang tamu.

" Hawa. " Panggil seseorang.

Dia melihat-lihat sekeliling, seperti berada di Taman bunga cantik, indah dan menenangkan jiwanya yang terasa sesak.

" Mama? " Panggilnya perlahan.

Hawa melihat sepasang kekasih berdiri tak jauh darinya.

" Mama, Abi? " Panggilnya lagi.

Dia merasakan seseorang berada di belakangnya dan mendekatinya.

Seorang lelaki yang tak nampak jelas wajahnya menuju ke arahnya. Namun dia berjalan terus mendekati pasangan di depannya.

" Saya janji dengan Uncle dan Aunty, Apapun yang jadi, saya akan jaga dia. Macam mana kalian jaga dia dulu. " Kata lelaki itu.

Hawa hanya mendengar. Tapi terfikir siapa lelaki itu.

" Mama!!! Abi!!! jangan tinggalkan Hawa. Mama!!! " Teriak Hawa sambil berlari mengejar mereka. Namun apa yang dilihatnya, sama seperti kejadian 7 tahun lepas.

Leher Abinya dikelar, Mamanya dirogol beramai-ramai oleh perompak yang merompak rumahnya dulu.

" Abi!!!! " Pekik Hawa membuatnya tersedar dalam linangan air mata.

" Ya Allah Abi. Mama. " Tangisnya menjadi.

Walaupun kejadian tu berlaku hampir 7 tahun lamanya disaat dia berada di tingkatan 4. Tapi masih segar dalam ingatannya saat depan matanya leher Abinya dikelar, dan Namanya dirogol tanpa belas kasihan.

Dia hanya mampu duduk menekup mulut di dalam almari baju dalam biliknya. Dan disebabkan itu jugalah dia kemurungan dan mula menyendiri.

Hinggalah dia tamat belajar SPM. Dia memutuskan untuk tak nak sambung belajar. Kerana taknak menyusahkan Atok, nenek dan Mak Su nya.

Namun, Mak Su tak nak dia bekerja. Akhirnya Mak Su mendaftarkannya kesalah sebuah Universiti pada usianya 21 tahun. Walau berbagai cara dia menolak. Tapi Maksunya tetap dengan pendiriannya.

Akhirnya dia mengalah. Dan dia mula melupakan kejadian-kejadian yang menimpa family nya.

Tapi tiba-tiba kejadian itu muncul dalam mimpinya. Dan siapa lelaki yang menemui Abi dan Mamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience