BAB 5

Romance Completed 49595

Aku memandang ke arah Samser dari atas ke bawah. Dia baru sahaja mencuba pakaian pengantin yang aku pilih. Nampak segak bergaya. Inilah yang orang panggil kahwin koboi. Aku sendiri tidak sangka aku akan kahwin secepat ini! Ini semua salah Darwish!

“Okey?” soal Samser beberapa kali sembari membetulkan pakaian yang dipakainya. Datin Emelda yang sedari tadi menemani kami memandang dengan senang, gembira. Entah mungkin dia kecewa kerana tidak dapat menjadikan aku menantunya. Eh? Riaknya aku! Macamlah aku diva sangat! Aduh!

“Okey sayang. Apa-apa sahaja yang awak pakai, semuanya okey. /Even/ kalau awak pakai baju tarzan pun saya kata okey.” Kataku, masih dengan sandiwara. Datin Emelda berada denganku lagi, hendak tak hendak aku terpaksa berlakon.

“Amboi, romantiknya pasangan merpati dua sejoli ni. Mama rasa tema warna ungu pun boleh tahan cantik. Lagipun Fitri memang suka ungukan?” soal Datin Emelda lagi. Aku mengangguk. Pandanganku segera berkalih kepada Samser.

Proses temuduga ringkas mengenai apa yang disukai dan dibencinya semalam membuatkan aku tahu apa yang menjadi kegemaran Samser dan apa yang menjadi kebencian Samser. Ungu bukanlah warna pilihannya.

“Tak mahulah mama. Macam mana kalau merah jambu?’’ cadangku, setelah aku lihat Samser tidak banyak bicara. Hanya diam membisu, kelu lidahnya mungkin.

“Hisy Fitri ni! Ada ke patut /pink/! Bakal suami Fitri tu lelaki, bukan perempuan nak suruh dia pakai /pink/. Ingat dia lelaki lembut ke?” Selamba sahaja Datin Emelda memberi komen. Dan aku dapat merasakan Samser sedang menahan malu.

“Mana ada! Tak semestinya perempuan aje yang guna merah jambu. Lelaki pun boleh, nampak cute mama. Kan Darwish pernah pakai merah jambu jugak.” Bidasku lagi. Cuba mempertahankan Samser, aku lihat wajahnya sudah bertukar muram.

“Suka hatilah kamu nak warna apa Fitri. Pening mama nak fikirkan!” ujar Datin Emelda sembari memicit kepalanya. Tekanan mulai menyerang kepalanya. Tambahan pula mereka belum menjamah sedikit makanan pun. Mereka pergi mencari alatan perkahwinan dengan tergesa-gesa.

“Baik boss! I’m sure combination purple pink akan jadi legenda dalam mana-,mana sejarah perkahwinan.” Ujarku dengan bangga. Aku sendiri pening mengapa aku boleh jadi gembira dengan perkahwinan ini. Sedangkan Samser telah membuat beberapa perjanjian setelah dia mengahwini aku, dan sebelum dia mengahwini aku.

Samser Farisi memang cerewet orangnya. Semuanya serba tak kena pada pandangan matanya. Datin Emelda terjeda mendengar cadanganku. Aku pasti, dia sedang terfikirkan sesuatu di dalam mindanya.

“Fitri nak buat konsep kayangan tak?” Datin Emelda memberi usul. Aku ketawa kecil! Sah! Datin Emelda sudah kemaruk dengan perkahwinan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor.

Aku menggelengkan kepalaku berulang kali. Buat apa nak buat majlis yang besar-besar? Aku bukan kahwin dengan Samser atas dasar suka sama suka. Just nak menggelakkan diri aku dari jadi isteri Darwish.

Seperti yang dijanjikan, kami akan kahwin selama dua bulan dan tempoh bulan kedua aku akan duduk di rumah keluarga Samser. Dan kami tidak akan tidur di atas katil yang sama. Seperti yang telah dipersetujui.

Bagi bulan pertama pula, aku dan Samser akan tinggal di rumah Dato’ Hisham dan Datin Emelda, mereka mahu aku tinggal bersama mereka setelah aku berkahwin. Aku tahu mereka masih meragui aku dan Samser.

Tamat sahaja tempoh dua bulan tersebut, Samser l akan menceraikan aku dengan alasan kami tidak serasi. Dan disaat itu, aku akan berpura-pura yang aku sudah tidak bersedia menerima cinta mana-mana lelaki. Bagaimana? Bijak tak rancangan yang aku rencanakan? Persis di dalam filem? Sudah tentu! Aku peminat tegar drama-drama sebegini, tak sangka aku pulak yang boleh terjebak.

Hurm, dua bulan. Semuanya kedengaran mudah. Tapi aku sendiri tak pasti sama ada aku dapat menyesuaikan diriku atau tidak selama tempoh dua bulan itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja.

‘’Jadi macam mana? Setuju dengan cadangan mama?” soal Datin Emelda lagi. Setelah lama aku berjeda. Aku tersentak dari lamunanku. Samser tampaknya sudah kembali memakai pakaian berwarna lain pula.

“Tak naklah mama. /No need that grand/. Cukup buat /simple/ aje. Lagipun..” aku hampir sahaja memecahkan rahsia perhubungan aku dan Samser. Huish! Nasib baiklah aku masih pandai jaga mulut aku ni!

“Lagipun apa Fitri?” soal Datin Emelda, ingin tahu. Aku tersengih.

“Lagipun Samser tak nak majlis besar-besaran. Dia kata cukup kecil-kecil aje.” kataku lagi, menudingkan kesalahan pada Samser. Samser menjegilkan matanya kepadaku. Ah, peduli apa aku nak besarkan mata dengan aku. Ingat aku takut? Gelakku di dalam hati.

“Bukan macam tu Datin, saya rasa Fitri dah banyak membazir selama ni.Jadi apa salahnya masa perkahwinan kami, kami berjimat sikit. Hari esok kita tak tahu. Mungkin hari ni kita berduit, esok lusa Allah tarik balik, kita juga terkontang-kanting.” Ujar Samser dengan spontan. Aku mengetap bibir. Giliran dia menyindir aku! Datin Emelda tersenyum.

“Tak perlu panggil Datin lagi, panggil mama aje Samser. Betul kata Samser tu, kekayaan di dunia bukanlah kekal sampai akhirat. Yang penting kebahagiaan kalian berdua. Mama doakan sangat-sangat kamu berdua cepat dapat cahayamata.” Luah Datin Emelda lagi. Gulp!

“Erk, mama tak rasa terlalu cepat ke nak cakap soal cahaya mata? Kami kahwin pun belum lagi ni. Aduh!” keluhku. Samser mengangguk, aku dapat merasakan ada resah di wajahnya.

“Cepat atau lambat bukan persoalannya Fitri. Cahaya mata tu kan rezeki dari Allah, mama ni mana ada anak perempuan. Justeru mama bersyukur sangat Fitri sudi jadi anak mama. Baru aje mama bercadang nak jadikan Fitri menantu mama, tapi tak ada jodoh. Nak buat macam mana.” Kata Datin Emelda. Aku menjadi terharu dengan kata-kata Datin Emelda.

Kalaulah perangai Darwish itu tidak teruk, sudah pasti aku akan menerima lamaran dari Datin Emelda dan Dato’ Hisham kerana mereka berdua telah banyak memberikan jasa kepadaku. Budi baik mereka tidak dapat aku balas rasanya.

“Yalah mama. Fitri doakan Darwish segera temui jodohnya. Fitri tahu dia boleh dapat calon yang lebih baik dari Fitri.” Kataku pula. Datin Emelda menggeleng.

“Susah nak jumpa orang macam Fitri. /Humble and down to earth/. Satu dalam seribu Fitri.” Puji Datin Emelda.

“Fitri bukan bidadari yang turun dari syurga mama. Fitri ada kekurangannya. Tak semua manusia sempurna. Dari setiap sudut, pasti ada kekurangan. Lagipun mama, cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya begitu sukar untuk diperolehi.” Pintasku. Datin Emelda mengeluh.

Eh, melebih pulak aku ni. macamlah aku dengan Samser cinta sejati. Cinta lakonan, cinta palsu. Atau layak digelar dengan cinta atas kertas ke?

“Mama tahu Fitri, dahlah tu. Macam mana?” soal Datin Emelda, mematikan topik perbualan. Aku terdiam sejenak. Oh ya, lupa pula tentang baju perkahwinan kami.

“/Final decision mama, pink and purple. Is it okey with you dear?”/ soalku kepada Samser . Samser hanya mengangguk, tidak banyak membantah. Datin Emelda tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience