22

Romance Series 10716

Ceklek,

Fea menoleh ke belakang dan melihat Taylor sudah tercegat di hadapan pintu biliknya.

Taylor faham benar maksud pandangan Fea terhadapnya. Wanita itu mahukan penjelasan darinya.

Tapi, Taylor hanya diam seribu bahasa. Itu lebih membuat Fea kesal.

Fea dan Rey duduk dibirai katil. Rey menatap lembut ke wajah anak gadisnya dengan penuh kasih sayang.

Taylor sudah menceritakan segalanya kepadanya setelah dia tiba disini semalam. Dia juga tahu yang teman sekolah anaknya, Fiona diculik dan sehingga sekarang masih belum diketahui keberadaannya.

Perlahan tangan kekarnya terangkat lantas mengelus lembut rambut anak gadisnya yang terjuntai menutupi dahi licin Fea.

Rey menatap dulang kosong yang terletak di atas katil Fea.

"Sedap sangat ke sandwich tu sampai puteri papa berjaya habiskan sampai satu piring"

Fea menoleh kearah yang dimaksudkan Rey.

Wajahnya kelihatan teruja.
"Sedap sangat sandwich ni. Papa yang buatkan ke? Lain rasanya, Fea belum pernah rasa sandwich seenak ni" luahnya dengan penuh perasaan.

Rey sekali lagi terkekeh dengan kata-kata anaknya.

"Enak? Nanti papa minta Taylor buatkan lagi untuk Fea ya"

Taylor yang masih tercegat di hadapan pintu bilik tersenyum.

"Taylor yang buat?" Fea memandang tepat ke arah Taylor lalu mendongak sekilas ke arah lelaki itu,

"Kenapa sebelum ini awak tak pernah buatkan sandwich seenak ini untuk saya?" gerutu Fea geram.

"Sebab saya baru berkesempatan untuk membuatkannya kali ini" dahi Fea berkerut mendengar jawapan Taylor.

"Maksud awak?" soal Fea tidak mengerti.

"Sayang... sebenarnya, inti sandwich yang Fea makan tadi tu, kawan papa yang berikan. Dia baru pulang dari Malaysia, ada perhimpunan besar pengarah dan kakitangan disana. Papa tak sangka dia datang ke pejabat papa dan bawa buah tangan dari Malaysia." cerita Rey.

"Malaysia? Wah..." wajahnya yang ceria, berubah masam sekelip mata.

"Kenapa?" soal Rey hairan dengan perubahan mendadak anak gadisnya.

"Bagaimana kalau dah habis?" soal Fea tiba-tiba.

Rey memandang pembantunya. Lelaki itu tersenyum dan mengangguk.

"Mari" Rey menarik tangan Fea keluar dari bilik tidur, berjalan menuju ke meja pantry.

"Lihat ni"

Mata Fea terbeliak seperti melihat longgokkan emas.

Fea berjalan menghampiri meja pantry lalu membuka kotak yang berada dihadapannya.

Dia mengeluarkan setin makanan segera yang dikatakan datangnya dari Malaysia.
Di dalam kotak itu masih bersisa 23 tin makanan segera itu.

"Jikalau masih tidak cukup, masih ada baki 2 kotak lagi di dalam bilik simpanan" sela Taylor dari belakang.

Fea menoleh dan tersengih lebar.

"Banyaknya. Siapa nak makan banyak-banyak macam ni?"

"Fea la!" jawab Rey dan Taylor serentak sebelum ketiga-tiga mereka ketawa bersama.

Tawa Fea terhenti. Dia kemudian memandang kosong ke arah tin sardin yang masih berada dalam tangannya. Diletakkannya semula ke dalam kotak lalu duduk dikerusi pantry dengan wajah sugul.

Fea memandang sayu ke wajah tampan Taylor.
"Sudah ada berita tentang Fiona?"

Pertanyaan Fea membuat raut wajah Taylor berubah. Perlahan dia menggeleng sambil menjawab,
"Belum" jawab Taylor dengan nada kecewa.

Fea turun dari kerusi, melangkah pantas ke dalam biliknya sebelum keluar dengan jaket sejuk dan tas tangannya.

"Eh Fea, nak kemana ni?" tanya Rey hairan.
Tanpa menghentikan langkah dia menjawab,

"Cari Fea" jawabnya pantas tanpa berselindung.

"Fea nak cari dia dimana? Pihak polis, Taylor, Ed dan kawan-kawan Fiona yang lain dah merata cari Fiona, dah hampir 3 hari, masih belum ada berita. Mereka semua masih tak tahu dimana Fiona berada." Fea seolah terbelalak mendengar kata-kata Rey sebentar tadi.

Dia memandang tepat kewajah Rey.
"Apa maksud papa dah 3 hari? Bukan ke baru semalam Fiona diculik?" Fea kemudian menatap Taylor dengan sorot mata yang tajam. Dia mahukan penjelasan dari lelaki itu.

Taylor memandang sekilas ke arah Rey sebelum menjelaskan kedudukan sebenarnya kepada Fea.

Fea berjalan menghampiri Taylor. Dia berdiri agak rapat dengan lelaki itu, menanti penjelasan dari Taylor.

Taylor jadi serba salah. Akhirnya dia terpaksa menceritakan hal yang sebenarnya.

"Betul apa yang Tuan katakan tu. Fiona sudah 3 hari hilang. Begini..
Sebenarnya, keesokkan harinya selepas kehilangan Fiona malam tu, saya masuk ke bilik Fea. Sudah jam 10pagi, tapi Fea belum bangun. Saya cuma masuk untuk kejutkan Fea. Tapi.."
kata-kata Taylor terhenti saat melihat bola mata Fea bulat memandang tepat kearahnya.

"Tapi? Teruskan..kenapa berhenti" geram Fea dengan tatapan penuh geram.

"Badan Fea panas sangat. Fea meracau teruk sangat sampaikan saya terpaksa hubungi doktor Sofia untuk datang dan periksa keadaan Fea.

Saya sendiri gelabah, tak tahu nak buat apa sewaktu tunggu doktor Sofia datang. Panas badan awak terlalu tinggi. Saya call doktor Sofia semula untuk dapatkan kebenaran jika saya cuba bantu mula sebelum doktor sampai.

Saya terpaksa tuam dahi Fea dengan air sejuk untuk turunkan suhu badan Fea yang tinggi mengikut saranan doktor Sofia sendiri."

Dahi Fea berkerut. Bola matanya teralih seolah-olah memikirkan sesuatu.

Dia pernah bermimpi kepalanya ditimpa kepulan ais yang sangat dingin dan boleh membekukan tubuhnya. Adakah itu bermakna...

Fea memandang Taylor semula.
"Saya sedar waktu tu. Saya nak bangun, tapi tak tahu kenapa, saya rasa seolah-olah ada yang menahan saya dari bangun. Tubuh saya terasa berat sangat" adunya.

"Ya, betul. Saya dan Ed yang tahan Fea dari bangun. Awak meracau teruk sangat sehinggakan doktor terpaksa berikan ubat penenang."

Fea berundur beberapa langkah kebelakang sebelum terduduk di sofa. Airmatanya mengalir laju. Dia sempat memandang kearah Rey dan Taylor sebelum menunduk dan menangis.

"Fea memang kawan yang tak guna" tangisnya.

"Fea sepatutnya kena kuat, bantu polis cari Fi tapi...Fea lemah! Apa Fea buat bila kawan Fea sendiri hilang!? Terlantar sakit macam orang bodoh!" erangnya geram dengan suara yang agak lantang.

"Jangan cakap macam tu, sayang.. please" Rey duduk disebelah Fea lantas menarik tubuh anak gadisnya ke dalam pelukkan.

Fea meraung, menangis dalam pelukkan Rey.

"Please jangan tahan Fea. Fea nak cari Fiona, pa.." luahnya dengan nada suara sebak.

Rey jadi serba salah.
"Baiklah. Papa benarkan tapi, Taylor kena ikut sama" tekan Rey tegas tapi masih dengan tonasi suara yang lembut.

Fea mendongak. Meleraikan pelukkan Rey lantas mengangguk. Dengan pantas dia mengesat airmata diwajahnya dan bangun.

"Jangan risaukan Fea. Fea dah sihat" ujarnya yakin sambil menggenggam erat tangan Rey sebelum keluar dari rumah.

*

"Fea ada idea nak cari Fiona dimana?" Soal Taylor sambil matanya memandang tepat kehadapan, menumpukan pemanduannya.

Fea hanya diam. Dia mencapai handfone lalu menghubungi seseorang.

"Fea nak minta tolong, arahkan orang-orang abang untuk cari Fiona, please..." rayunya bersungguh-sungguh sambil menghentak perlahan kedua kakinya.

Fea kelihatan mahu menangis, tapi ditahan supaya airmatanya tidak jatuh. Dia menyeka pantas airmata yang jatuh sebelum mengipas-ngipasnya dengan tangan.

"Fea tak pernah ambil hati dengan apa yang dah berlaku. Fea langsung tak pernah salahkan Fi dalam hal ni. Fea yang salah sebab tak jelaskan hal yang sebenarnya pada Fi dulu. Niatnya hanya untuk melindungi saudara sedarah sedaging-nya, dia sendiri tak menyangka Ed lakukan itu pada Fea. Semua tu berlaku tanpa pengetahuan Fi. Jika dia tahu, mungkin dia akan lakukan hal yang sama seperti apa yang Fea sedang lakukan"

Fea terdiam seketika sebelum menyambung,

"Hilang Fi ibarat Fea kehilangan nyawa Fea sendiri. Fea dah tak tahu nak minta tolong kepada siapa lagi selain... abang" ayat terakhirnya terasa tidak terluah kerana menahan sebak dan airmatanya yang terhegeh-hegeh mahu jatuh tanpa kerelaannya.

Taylor yang berada disebelah hanya diam dan memasang telinga sambil sesekali menoleh memandang kearah Fea.

Fea menggenggam erat handfonenya. Perbualannya dengan Drake sudah berakhir sejak tadi.

"Tuan Drake cakap apa?" tanya Taylor setelah beberapa minit selepas perbualan antara Fea dan Drake tamat.

"Abang Drake sepertinya berat untuk bantu kita cari Fi disebabkan kes Fea diculik oleh Ed dulu. Kata abang, itu mungkin karma buat Fiona" Fea kemudian terdiam. Pandangannya dilemparkan ke luar jendela. Fikirannya kosong saat ini. Dia tidak dapat berfikir dengan jernih.

Fea mengambil jalan untuk tidur seketika.
Matanya perlahan tertutup sebelum dia mendengar satu suara memanggilnya,
"Fea"

Fea membuka matanya.

Bersambung...

Aduh.. sudah tiga hari Fiona hilang. Dimana lagi Fea dan Taylor harus mencari? Bagaimana dengan Ed, Atuk Eldon dan Nenek Kana? Adakah Atuk Eldon dan Nenek Kana tahu bahawa cucu mereka diculik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience