"APA? Sayang balik lambat? Habis macam mana dengan dinner kita malam ni?"
Mahu bergegar rumah dengan suara Syafiq yang seperti guruh berdentum di angkasa tu. Telefon yang dilekapkan di telinga digenggam kuat.Â
Sungguh, dia amat kecewa sekarang ni. Rasa macam dirinya ... dikhianati?
"Maaf, bang. Hari ni saya tak boleh join dinner dengan abang. Saya balik lambat hari ni."
Syafiq ketap giginya. Kalau diikutkan, nak aje dia bidas isterinya tu kerana sudah memungkiri janji tapi dia cuba sedaya upaya tahan. Nafas dihela dan keluhan dilepaskan.
"Padahal minggu lepas sayang dah janji dengan abang, nak keluar makan setiap minggu. Tapi kalau dah macam ni, tak apalah. Abang tak nak paksa. Sayang habiskanlah masa sayang dengan kawan-kawan sayang tu. Abang okey." Penuh pasrah Syafiq utarakan isi hatinya.
Luluh pula hati Damia mendengar suaminya berbicara sebegitu. Aduh ... nak buat macam mana, dia sendiri yang salah. Dah berjanji dengan suami nak makan malam sama-sama, tapi hari ni jugalah dia nak join kawan-kawan dia meluangkan masa kat bandar. Nak eratkan hubungan katakan.
Sanggup tu ketepikan suami semata-mata kerana kawan-kawan.
"Abang ... saya mintak maaf. Saya tahu abang kecewa dengan saya sebab buat janji palsu. Saya ingat saya boleh balik sebelum malam ni, tapi tu la. Kak Zetty dengan Suraya pulak ajak saya pergi shopping lepas ni. Saya mintak maaf sangat-sangat tau, bang," ucap Damia yang dihurungi rasa bersalah.
Itulah, kalau diikutkan tadi dia boleh aje tolak ajakan 'Akak-akak senior' dia tu. Tapi dia nak juga ikut makan dan bershopping bagai. Difikir dalam hati, waktu kena ajak keluar sekali macam inilah yang patut dia gunakan untuk rapatkan diri dengan kawan-kawan di VeoBay Group tu. Kalau tak join, nanti kena cop berlagak pulak, kan?
"Hmm ... yelah. Ni sayang bershopping tu ada duit tak?"
"Adalah sikit duit yang abang bagi tu. Lagipun saya tak nak shopping banyak-banyak. Nak cuci mata aje pun cukuplah."
"Okeylah kalau macam tu. Luangkanlah masa puas-puas dengan kawan-kawan sayang tu. Tapi jangan balik lambat sangat."
"Baik, bang. Sebelum pukul 9:00 saya balik. Assalamualaikum. I love you, abang."
"Waalaikumussalam. Hmm ... love you too."
Telefon diletakkan. Secara spontan keluhan berat dilepaskan buat kesekian kalinya. Syafiq raup wajahnya untuk menghalau rasa kesal yang menghambat diri.
Isterinya tak putus meminta maaf tadi, tapi tetap sahaja rasa sakit dalam hatinya tidak terubat. Nak buat macam mana, dah bukan rezeki hari ni nak makan sekali dengan isterinya.
Lagipun kalau difikir secara positif, jimat juga duitnya. Tak payahlah nak berhabis berpuluh ringgit semata-mata nak makan kat restoran. Sudahlah dia sejak dua menjak ni dia berada dalam keadaan kesempitan sekarang ni.
Mula-mula nak kena bayar duit lesen memandu kereta. Lepas itu untuk modal meniaga lagi. Belum lagi ditambah dengan kos untuk tampung keperluan hidup lagi. Nasib baiklah pasal pengangkutan, masalahnya tu dipermudahkan.
Mujurlah Paan sedia membantu. Selepas saja dia tahu yang motosikal Syafiq tu rosak, terus dia menawarkan motosikal miliknya untuk dipinjamkan sementara buat Syafiq. Dipinjamkan sementara mungkin sehingga Syafiq tu berjaya mendapatkan lesen memandunya dan kereta second-hand yang diinginkan tu.
Maklumlah, Paan tu kan dah ada kereta Proton Personanya. Tak salahlah kan mahu pinjamkan seketika motosikalnya tu untuk Syafiq. Syafiq pun dah banyak tolong dia selama ni.
Terima kasih banyak, Paan. Memang Syafiq amat terhutang budi dengan kau.
Syafiq bangun dari duduknya di atas sofa. Kunci motosikal dan dompet di atas meja kopi dicapai lalu disimpan di dalam poket.
Hari ni memang dia tak dapat makan malam sekali dengan isterinya, tetapi dia kena juga mengisi perut dirinya sendiri.
Terpaksalah dia belanja dirinya tu makan sorang-sorang di luar untuk hari ni. Tak apa, anggap saja yang mereka tak ada rezeki nak makan sekali. Untuk hari ni aje.
Haraplah lepas ni, Damia tu tak akan mungkir janji dengannya lagi.
*****
Dua hari lepas, dia dah mungkiri janji suaminya. Nasib baiklah suaminya tu tak tarik muka lama-lama. Takut jugalah kalau suaminya tu buat perangai dinginnya tu balik.Â
Yang buat perangai tu pun, Damia tu aje la.Â
Balik aje ke rumah, berpuluh-puluh kali jugalah kata maaf diungkapkan kepada suaminya tu. Tak nak suaminya tu merajuklah, kan?Â
Syafiq yang sudah sedia lembut hati, makin meleburlah perasaannya tu. Dia tak berniat pun nak tarik muka. Lagipun, bukan sengaja pun Damia tu nak mungkiri janji.
Okey, hal tentang dirinya dan suaminya ... alhamdulillah tiada apa-apa konflik yang berat untuk diselesaikan. Mujurlah Syafiq tu jenis memahami. Jadi tak adalah nak menghadap apa-apa pergaduhan lagi.
Hal tentang kerja bermain di minda Damia sekarang ni. Mana taknya, hari ini, hari Isnin. Jadi sah-sahlah dia mula bekerja setelah bercuti dua hari. Tapi yang buat Damia sangsi sekarang, pasal encik bos tu.
Selalunya, setiap pagi, mesti Zaid akan panggil Damia tu masuk ke pejabatnya untuk hal-hal kerja. Tapi hari ini, tak pula.Â
Lebih memelikkan, tiba-tiba Kak Zetty yang suruh Damia masuk ke pejabat Zaid tu. Katanya, atas arahan Zaid sendiri.Â
Dah kenapa? Memang tak boleh guna interkom ke nak panggil aku? Kalau interkom rosak pun, tak boleh ke dia panggil aku sendiri? Kenapa suruh Kak Zetty yang panggilkan? Bertalu-talu Damia mengaju hatinya dengan soalan.
Tak mempedulikan soalan tu bersabung dengan jawapan, dia terus bangun dari duduknya dan mengikuti langkah Kak Zetty dari belakang. Sekarang ini, tujuan mereka adalah satu.
Pergi dan masuk ke pejabat Zaid!Â
Entah apalah niat Encik Zaffran tu panggii-panggil aku macam ni. Aku ada buat salah ke? Apa hal rasa berdebar semacam ni? Damia jadi semakin gemuruh tapi dia hanya bukukan dalam hati. Masih lagi mahu berpura-pura bertenang.
Kalau aku ada buat salah, dan just kena tegur, tak apalah. Tapi kalau tiba-tiba aku kena pecat macam mana pulak?
Ish, Damia! Dah kenapa kau fikir macam tu? Haraplah apa yang aku fikirkan tadi tu tak betul. Damia cuba menghalau fikiran negatif yang tak henti-henti menerpanya.
Masuk aje ke dalam pejabat Zaid, Damia dipersilakan duduk menghadap encik bosnya tu. Kak Zetty pula masih setia berdiri di belakangnya. Tapi raut wajahnya ... seperti menahan senyum?
"Encik Zaffran ada apa ye panggil saya?" Damia masih tak dapat menebak tujuannya dipanggil ke sini.Â
Zaid panggil Damia ni, sebab nak marah dia ke? Tapi tengok muka Zaid, macam tenang semacam aje. Tak nampak tanda-tanda nak marah pun.
Tak terus menjawab soalan Damia itu, nampak tangannya menyeluk masuk mencari sesuatu di dalam laci. Kemudian dibawa keluar sepucuk sampul surat dan diserahkan kepada Damia. Tanpa sebarang kata.
Damia yang melihat tingkah Zaid tu, makin menjadi-jadilah rasa risaunya. Surat apa pula ni? Takkanlah surat peletakan jawatan pulak.
Wajah Kak Zetty di belakangnya dipandang sekali. Kak Zetty pun satu, tak membantu langsung. Malah dia hanya menjongketkan keningnya berkali-kali. Nampak macam dia tu dah bersekongkol dengan Encik Zaffran.
Dengan rasa yang penuh libang-libu, Damia terima surat itu. Bibir dirapatkan seraya dalam hati tak henti berdoa agar semuanya baik-baik sahaja. Dari tadi fikirannya tu asyik-asyik menghentam prasangka buruk.
Sepucuk surat itu ditarik keluar dari sampul. Dengan kekuatan yang ada, dia baca satu per satu aksara-aksara di dalam surat tu.
Serta-merta, matanya membulat. Mulutnya hampir tenganga sedikit tapi sempat dia kawal. Surat apa ni?
"En ... Encik Zaffran? Betul ke ni?" Damia masih lagi dalam keadaan separa percaya. Masih terkejut dengan surat yang diterimanya tu.
"Yes. Of course, Damia. Mulai hari ni, awak secara rasminya diterima sebagai pekerja sepenuh masa dan pekerja tetap kat syarikat saya ni. Jadi tak ada lagi istilah 'temporary PA' untuk awak," jawab Zaid.
"Congrats, Damia. You deserves it." Kak Zetty pula ucapkan selamat lalu dipeluk tubuh Damia yang masih kaku tu.Â
Damia secara langsungnya tayang senyum lebarnya. Terima kasih, Ya Allah! Tak sangka dirinya tu ditawarkan kerja secara tetap kat sini padahal belum cukup sebulan pun dia memulakan tugasnya tu.
Dah nama pun rezeki. Dikira dia bernasib baiklah tu kerana sudah ditawarkan tawaran yang sebegitu.
"Terima kasih banyak-banyak, Encik Zaffran. Saya tak tahu nak cakap apa." Damia ucapkan rasa syukurnya. "Tapi saya nak tanya satu benda ... Kak Tania macam mana? Bukan ke saya ni hanya gantikan dia untuk lima bulan je ke?"
Betul. Pasal Kak Tania, pembantu peribadi asal Zaid. Katanya dia tengah berpantang kat Australia tu, dan lepas berpantang, dia akan sambung kerja semula kat sini. Tapi apa gunanya Damia diberi tawaran kerja secara tetap ni? Takkanlah Zaid tu nak ada dua PA pulak?
Tahulah Zaid tu banyak duit tapi takkanlah dia sanggup nak ada dua pembantu peribadi.
"Kamal ketua HR syarikat ni bagitahu saya yang Tania baru saja e-mel dia kelmarin. Tania kata dia nak berhenti kerja sebab nak menetap kat Australia sana, tinggal dengan suami dia. Jadi, saya terima peletakan jawatan dia dan semestinya, jawatan itu secara automatik dipindahkan kat awak, Damia," terang Zaid pula.
Damia kelihatan tak percaya lagi. Buktinya, mulutnya tu tak reti nak terkatup langsung. Memang ekspresi yang sungguh ikhlas dari hati tu.
Kata terima kasih kemudiannya tak henti keluar dari mulutnya. Rasanya, seperti dia adalah manusia paling bahagia kat dunia ni. Dapat kerja tetap setelah kurang dari sebulan bekerja buat sementara waktu? Memang sah, rezeki Allah itu luas.
"Memandangkan Damia dah ditawarkan kerja tetap kat sini, Encik Zaid nak bawak kita dan staf-staf sini celebrate, makan kat luar." Kak Zetty bersuara.
"Betul ke encik?"Â
Zaid angguk dan tersenyum manis. "Yeah. Dinner is on me."
Maka, makin terujalah Damia dengan semua tu. Terus dia peluk badan gempal Kak Zetty tu seerat mungkin.Â
Nak makan malam sempena celebration dia dapat kerja tetap sekejap nanti? Siapa je tak seronok. Tapi itulah, sudah semestinya dia kena pulang lewat kalau nak join dinner tu. Nanti Syafiq tu kata apa pulak kalau Damia balik lambat.
Gila kau tak nak join! Dinner tu khusus dibuat untuk aku tu, takkanlah aku tak nak join. Pasal suami aku tu, mestilah dia faham. Lagipun bukan saja-saja aku balik lambat. Makan dinner dengan bos dan kawan-kawan je kut! Fikiran Damia tak henti-henti menghasut.Â
"Dan ... lepas ni, awak boleh dahlah balik guna driver syarikat ni. Tak payah susah-susah suruh suami awak datang ambik."
"Ha?" Suara Zaid itu membuatkan Damia tersentak sekejap. Dia ada dengar perkataan driver tadi. Tapi apa kaitan driver syarikat dengan dirinya tu?
Zaid tertawa kecil sambil-sambil melirik ke arah Kak Zetty. Aduh, terhibur sungguhlah tengok Si Damia ni.Â
"As sekarang awak dah jadi pekerja tetap kat sini, driver sini akan hantar awak balik ke rumah, sampai depan pintu. Kalau awak sudilah driver saya tu hantar awak pulang. Macam saya cakap tadi, Syafiq pun tak payah bersusah-payah ambik awak balik kerja, kan?"
Damia diam sejenak. Nampak macam dia berfikir panjang dengan cadangan bosnya tu.Â
Kalau pekerja tetap, mungkin untuk jawatan PA saja, akan ada driver yang tolong hantarkan pulang sampai depan pintu rumah. Hmm ... not bad.
Lagipun apa yang Encik Zaffran cakap, betul jugak. Tak payahlah suami aku tu ambik aku balik kerja. Jadi, jimat masa, jimat tenaga, Bagus bos aku ni. Dia jaga sungguh kebajikan pekerja dia. Hati Damia memuji pula bosnya tu.
"Erm ... tengoklah macam mana Encik Zaffran. Apa-apa, saya akan inform lain. By the way, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Encik Zaffran dan Kak Zetty. Saya tak tahu nak cakap apa. Saya gembira sangat dapat tawaran kerja tetap ni," ucap Damia dengan sepenuh hati.
"Prestasi awak bekerja kat sini hampir sebulan, amat memuaskan, Damia. Zetty pun ada bagitahu saya yang awak ambik kelas Bahasa Inggeris semata-mata disebabkan jawatan PA awak tu. Literally, I really impressed by your spirit."
Lagi sekali kata terima kasih diucapkan. Kepala ditundukkan berkali-kali. Setelah selesai semua itu, Damia pun beredar keluar dari pejabat dengan senyuman yang kekal terpapar di bibir.
Bersambung...
Sorry lama x update sbb jrang bukak Novel+ ni. Struggle dgn week 14 HAHHAHA. Damia dh macam menjauh je dgn Syafiq ni. Hmmm
Share this novel