Bab : 34

Action Completed 53513

Flashback.....

Semasa Davina di hospital melawat Eden cedera lepas selamatkan dia dari dilanggar..

"Sorry.."ucapnya dengan air mata bergenangan dekat kelopak mata. Sumpah dia betul-betul tak sengaja.. Mati la dia kena belasah dengan ibu angkatnya nanti. Sudah la Eden ni anak kesayangan perempuan tu.

"Jangan kau nak tunjuk muka kesian kau dekat aku eh...lain kali ada mata tu jangan letak dekat bawah kaki...otak tu jangan letak dekat lutut!Macam mana kau boleh lintas jalan tak tengok-tengok. Nak mati sangat ke!"bebel Eden yang kini sudah berbalut di kepala dan calar balar di bahagian tangan dan bahu.

Mengalir la air mata ke pipi dia lepas di bentak. "Aku mintak maafkan-sedu-aku tak nampak-huhuhu.."terus tak jadi nak bercakap sebab terlampau sedih dan takut bila tengok Eden luka-luka macam ni.Biasanya dia yang terluka jadi tak ada lah ibu angkat dia marah sangat. Ini hah...Eden ni...mesti renyuk punya la dia balik rumah nanti. "Macam mana ni...ibu mesti marahkan aku"raungnya di situ sebelum letakkan kepala di atas katil tempat Eden sedang duduk melunjur selepas terima rawatan dengan doctor tadi.

Eden pandang kepala Davina dengan muka menyampah. Suara raungan Davina telah menyebabkan ramai kepala dan mata terarah pada mereka di wad itu, Mahu tak mahu Eden terpaksa angkat tangan dia lalu usap kepala tu untuk menengangkan Davina.

"Jangan la menangis. Aku takkan beritahu ibu aku cedera sebab selamatkan kau...kalau dia marah kau, aku cakap la yang aku jatuh sebab main basikal dekat taman tu.." beritahu Eden dengan nada memujuk.

Kata-kata itu membuatkan Davina angkat kepalanya dan memandang Eden. Mata yang bergenangan dengan air mata itu berkedip hingga buatkan air mata itu ikut jatuh melurut turun di pipinya. "Kau akan cakap macam tu pada ibu?"soalnya dengan nada tak percaya.

"Ya...jadi berhenti la menangis. Kau buat malu aku je la..."jeling Eden ke sekeliling wad yang ada pesakit lain dekat situ. Mereka semua pandang ke katil dia sebab Davina...

Cepat-cepat Davina tersenyum lega. "Aku janji nanti aku jaga kau sebagai gantinya."janji Davina sambil capai tangan kiri Eden dan kunci jari kelingkingnya dengan jari kelingking Eden. Memeterai perjanjian di antara mereka berdua.

"Kau yang cakap ya...nanti kalau aku suruh kau..jangan kau nak merungut.."seloroh Eden sambil lihat jari kelingking kecil Davina yang melingkar sekeliling jari kelingkingnya.

"Okay...aku janji."sengih Davina dengan suara serak menangisnya.

End of flashback.....

Mungkin ini la maksud orang dulu-dulu. Bila ada tidak dipedulikan, bila sudah tiada baru hendak peduli. Bila ada di depan mata tak pernah nampak, bila jauh dari mata tercari-cari. Inilah perasaan yang Davina rasakan sekarang ni.

Bersama langkah kaki yang terketar-ketar dan sejuk dingin di hujung jari jemarinya, dia gerak mendekati katil ICU dimana Eden sedang terlantar. Melihat wayar yang berjela-jela dan alat pernafasan yang terpasang pada badan tidak berbaju itu hampir buatkan Davina hendak melutut di situ jugak.

Dia cuba tahan.

Sedaya upaya dia cuba tahan.

Tapi perasaan sedih yang dibendung sejak tadi akhirnya terkeluar juga taktala Davina terpandang akan mata yang terpejam rapat itu. Takutnya dia bila tengok mata itu terpejam. Menggigil seluruh anggota badannya.

Balutan di sekitar leher itu jelas menunjukkan yang Eden benar-benar cedera. Menurut doctor yang dia temui tadi, nyawa Eden hampir saja melayang sekiranya rawatan tidak diberikan pada lelaki ini kerana kesan tembakan itu benar-benar mengenai arteri Utama di leher itu. Pendarahan banyak telah berlaku. menyebabkan Eden hilang kesedaran ekoran hal itu.

Oh Tuhan....apa yang dia dah buat!?

Tangannya yang terketar-ketar itu hinggap lembut pada tangan tu.

"Ma-maafkan aku Eden.."ucap Davina yang tunduk membongkok di situ merehatkan kepalanya di dada itu dan tangannya memeluk lembut akan badan itu. "Maafkan aku sebab biarkan kau sakit macam ni demi lindungi Declan..."dia tahu Eden cuba lindungi Declan demi dia. Eden tak nak dia sedih sekiranya Declan terapa-apa. Sampai ke sudahnya Eden yang menjadi tolok galangnya.

Selama ni Eden sentiasa lindungi dia, jaga dia. Tapi dia?Apa balasan yang dia berikan pada Eden?

Tiada.

Selain sakit.

Ya hanya sakit.

Eden hanya dapat sakit kerana dirinya.

Tersedu-sedu dekat situ, Davina angkat kepalanya. memegang tepi muka tu dengan sentuhan lembut. Takut dia sakitkan Eden tanpa sedar. Wajah itu di pandang dengan sebak. Sampainya hati dia buat begini terhadap Eden.

Tersedu sedan di situ susah payah Davina bersuara."Eden...Ikut aku balik ya..."bisiknya dengan perlahan. Dia menangis sesenyap yang boleh."Selama ni kau selalu jaga aku...sekarang giliran aku jaga kau...jadi tolong jangan tinggalkan aku sendiri...sedar la..kau nak marah aku ke nak apa terserah..jadi jangan tinggalkan aku.."kalau Eden pergi jugak, dia sumpah dia pun akan ikut mati sekali. Sebab rasa serba salahnya yang tak pernah hilang ini takkan hilang sekiranya terjadi sesuatu pada Eden. Malah hanya akan bertambah. Jadi dari dia tanggung rasa serba salah ni kan lebih baik dia mati.

Eden yang tidak sedarkan diri itu sama sekali tidak terkutik. Mata itu hanya terpejam rapat kerana di tampal dengan pita pelekat putih. Deru nafas pun dibantu dengan mesin oksigen buatkan keadaan lelaki itu benar-benar menyayat hati.

Tanpa bersuara, Davina capai tangan kanan Eden yang di klip dengan alat pembaca detak jantung pada jari telunjuk itu lalu di genggam dengan erat. "Aku janji..aku akan jaga kau sampai kau sedar"lafaznya semasa bawa tangan tu ke dahinya. Tolong la selamatkan Eden.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience