"Makan ni.. "sua Spencer ke Davina sekeping roti di depan mulutnya.
Davina palingkan muka ke tepi. Mulutnya yang sedang sakit dibiarkan terkatup. Dia tak ingat berapa lama dia dekat sini, entah siang entah malam, dia tak tahu nak bezakan sebab terkurung dalam ruangam gelap tidak berjendela ni sejak tertangkap.
"Fine... Lagipun kau akan mati jugak akhirnya nanti... Tak payah makan langsung kalau macam tu."Spencer campak dengan kasar roti itu merentasi sepanjang bilik itu.
Kepala Davina berpaling ke arah roti yang di baling sebelum pandang ke Spencer semula.
"Awak janji takkan sakiti saya? "tanya Davina dengan suara serak sakit sebab dia terlalu banyak sangat menangis sewaktu di belasah dan di kurung sendirian di dalam bilik itu.
Spencer buat muka sambil menjungkit bahu.
"Well... At first.... Yes. Tapi lepas aku ingat balik apa yang boyfriend kau buat pada aku dan ayah aku.... Maybe no." Spencer melentokkan kepala sedikit ingin menilik wajah kasihan Davina sewaktu bercangkung di depannya.
"Declan bukan boyfriend saya. Berapa kali saya nak beritahu pada awak. " kata Davina dari balik ketapan gigi. Berkali-kali dia beritahu, masih juga Spencer menyatakan Declan adalah teman lelaki dia. Apa yang buatkan Spencer fikir dia berhubungan dengan Declan.
Berang dengan penafian Davina, Spencer cengkam rambut Davina lalu di tarik ke belakang dengan kasar sampai terdongak kepala Davina ke atas memandang siling besi ruangan itu.
"Argh!" ngerang Davina yang serta merta memejam mata gara-gara menahan sakit dek rentapan pada lehernya yang sedia sakit ketika itu.
Spencer dekatkan wajahnya ke Davina lalu berbisik di situ.
"Aku tahu kau cakap semua ni sebab nak lindungi mamat tak guna. But little did you know... Aku dah call dia. Dan dia akan datang, for save your pity ass from me.... Hahahahah" kata Spencer dengan sengih meleret jahatnya.
Hilang terus rasa dia mendengar kata-kata itu. Huh? Siapa yang akan datang selamatkan dia? Tak mungkin Declan. Lelaki tu sedang cedera. Davina membuka matanya lalu memandang tepat ke Spencer yang berada hampir dengan wajahnya ketika ini.
"Siapa? "tanya Davina dengan kening berkerut menahan sakit.
"Siapa lagi kalau bukan boyfriend kau... Si Declan... Dia akan datang tak lama lagi... Idea asal aku adalah hendak berikan kau makan sebelum aku bawak kau keluar dari sini... Tapi itu la kau tak nak... So kita proceed ke step yang seterusnya je la.. "ujar Spencer sebelum lepaskan dengan kasar rambut Davina hingga buatkan Davina tercampak ke dinding di belakangnya.
Tersentak Davina. Dia pandang takut akan Spencer selepas tersandar ke dinding itu. Step apa yang dimaksudkan Spencer? Declan serius akan datang ke sini?
"Hoi.... Bawak perempuan ni! " arah Spencer semasa bangun dari situ.
Seorang lelaki buffy muncul dari arah pintu tidak lama kemudian.
Derap langkah beratnya itu buatkan Davina terus kecut perut. Terbayang dia dirinya di kerjakan oleh mereka dibenaknya ketika itu.
Spencer perhatikan dengan tangan berada dalam poket seluar. Sikit pun tak tunjuk rasa simpati di wajahnya ketika itu.
"Tak! Jangan sentuh aku! " geleng Davina dengan takut sambil ngesot ke belakang nak jauhkan diri. Dia tak nak kena pukul lagi. Sakit. "SPENCER!!! "
Lelaki buffy itu tunduk mengutip Davina dengan mudah lalu di angkat naik ke atas bahunya.
"Argghhhhhh!Turunkan aku!!!!! " teriak Davina yang tak dapat nak buat apa-apa sebab kedua-dua kaki dan tangan masih terikat.
Lelaki buffy yang mendukung Davina itu kemudiannya berjalan keluar dari situ sambil di ekori Spencer dari belakang.
Mereka jalan dan jalan sehingga la keluar dari kawasan bangunan dam tiba di luar kawasan tersebut.
Tempat itu merupakan sebuah kawasan gudang lama yang terbiar. Dan ada banyak kontena kosong tersusun di laman luas kawasan tersebut.
Bila mereka tiba di satu dari pada kontena di situ, Spencer buka pintu kontena merah biru itu lantas mendedahkan isi di dalamnya.
Ianya terdapat sebuah tangki kaca kosong. Di dinding tangki itu ada salur paip yang disambungkan dengan pili air.
Tubuh Davina di campak jatuh ke atas lantai kontena tersebut setelah itu.
Lantas lelaki buffy tadi tunduk memotong pengikat strap dari tangan Davina terlebih dahulu sebelum kaki pula.
Teresak-esak kerana sakit dan takut, Davina yang tiada langsung tenaga nak melawan terbaring lemah di situ. Dia nak lari tapi kaki dan seluruh badan dia terlalu sakit untuk berbuat begitu.
"Masukkan dia dalam tangki tu.. "arah Spencer setelah itu.
Lelaki buffy itu tanpa berkata apa-apa pegang kolar baju Davina yang sudah kotor dengan kesan darah dan debu lantas di heret tubuh tu seperti karung guni sepanjang perjalanan tersebut.
Sebaik tiba di tangki setinggi manusia dan seluas enam jengkal, lelaki buffy tadi angkat Davina sebelum naik tangga kecil yang di letakkan di tepi tangki itu. Seusai itu, dia masukkan kaki Davina terlebih dahulu ke dalam bekas silinder itu dan berakhir dengan kepala.
Terduduk terus Davina di dalam bekas kaca itu kemudiannya. Matanya berkaca dengan air mata terarah pada kelibat Spencer di luar silinder itu. Dia tak tahu apa yang Spencer hendak lakukan pada dirinya. Apa dia harapkan bukan Eden yang datang ke sini. Dia tak nak Eden ke sini selamatkan dia! Matanya kemudian tertutup rapat dengan perlahan.
Apabila bahagian atas silinder itu siap di tutup, lelaki buffy itu gerak ke pili air di sebelah satu lagi tangki air tersebut. Dia pulas kepala pili air itu hingga la air mula mengalir dan masuk ke dalam tangki dimana Davina berada.
Spencer yang memerhatikan sejak tadi hanya berdengus kecil. Sayang seribu kali sayang... Hanya kerana Declan, Davina kena bayar untuk kematian ayahnya. Sekarang baru la seri.
"Mari kita gerak. Biarkan dia dekat sini. Kalau dia sempat selamatkan Davina, panjanglah umur dia. Kalau tidak... Tinggal kenangan saja la jawabnya. "seloroh Spencer. Dia berpaling keluar dari kontena itu.
Lelaki buffy tadi ikut langkah Spencer tanpa berkata apa-apa. Dia tutup pintu kontena tersebut dan meninggalkan kawasan timbunan kontena itu untuk ke lokasi pertemuan mereka pula.
Davina yang berada di dalam kontena dan terperangkap di dalam silinder kaca itu mulai kebasahan apabila air mula memenuhi ruangan itu sedikit demi sedikit. Dia hanya terduduk di dasar bekas itu dengan kepala bersandar lemah di situ.
p/s lost! need motivation cause idea didn't want to come out! ???
Share this novel