28.

Romance Completed 46617

Hampir 4 bulan perkahwinan Aura dan Uthman jalani. Banyak perkara yang harus mereka lakukan. Hingga satu hari Aura menerima panggilan dari Abdul.

"Aura sihat Uncle." Kata Aura selepas menjawab salam dari Abdul.

"Alhamdulillah. Bila sicantik Uncle ni nak balik? Tak rindu ke dengan orang kat sini." Kata Abdul.

Aura ketawa kecil.

"Ofcourse Aura rindu. Tapi Aura masih belum dapat cuti. Nanti bila Aura dah boleh cuti panjang, Aura akan pergi sana." Kata Aura.

Uthman datang dari arah belakang lalu memeluk pinggang iaterinya dan mengucup pipi merah Aura.

Aura terganggu dengan perbuatan suaminya dan dia terlepas cakap semasa panggilan masih tersambung dengan Abdul.

"Byy. Jangan lah." Kata Aura melepaskan diri.

"Apa Aura cakap?" Tanya Abdul.

"Hah. Takde Uncle. Aura tengah jalan dengan kawan." Kata Aura menipu.

Perkahwinannya masih dalam rahsia kecuali pada temannya disini dan teman Uthman ditempat kerjanya.

Aura memberi isyarat pada Uthman agar tidak mengganggunya dulu.

"Aura. Sebaiknya Aura balik sekejap, Rasmikan rumah anak yatim ni dan jenguk Daddy dan Mommy Aura." Kata Abdul.

"Kenapa dengan Dd dan Mimih Uncle?" Tanya Aura.

"Minggu lepas Daddy Aura masuk ward sebab keracunan makanan. Bila Uncle datang untuk melawat, Uncle terkejut melihat keadaan Daddy dan Mommy Aura." Kata Abdul.

"Kenapa?" Tanya Aura degupan jantungnya berdetak kuat takut jika terjadi apa-apa pada Rasyid dan Rina.

Abdul menceritakan apa yang dibagitahu Rasyid dan Rina padanya semasa dihospital.

Menitis setitik airmata Aura jatuh kepipinya. Uthman jelas melihat isterinya sedang menangis namun dia tak nak mengganggu.

"Kenapa Auni buat kat Dd dan Mimih sampai macam tu?" Tanya Aura mulai sebak.

"Uncle pun tak tahu. Sedangkan Auni anak kesayangan mereka." Kata Abdul.

"Uncle tolong Aura boleh?" Tanya Aura.

"Apa dia? Kalau Uncle mampu Uncle tolong." Kata Abdul.

"Uncle tolong carikan sebuah Villa untuk Dd dan Mimih." Kata Aura.

"Villa?" Tanya Abdul.

"Ye. Aura nak Uncle beli sebuah Villa untuk Dd dan Mimih. Guna Duit yang Arwah tinggalkan pada Aura tu." Kata Aura.

"Baiklah Uncle akan carikan." Kata Abdul.

"Aura akan usaha dapat balik hujung minggu ni." Kata Aura.

"Baiklah." Kata Abdul.

Panggilan diputuskan. Aura mula sugul bila mendapat tahu keadaan Rasyid dan Rina.

Keluhan panjang dikeluarkan. Aura berlalu berdiri diluar Balkoni melihat lautan di depan.

Uthman menghampiri. Memeluk bahu isterinya erat.

"Apa Uncle Abdul cakap?" Tanya Uthman.

"Papa masuk Ward. Auni jadikan Dd dan Mimih orang gaji dalam Kondo Mateen." Tangisan yang ditahan akhirnya terlepas jua.

"Kenapa Auni buat macam ni By." Kata Aura mula menangis dipelukan suaminya.

"Shhh. Sayang tak boleh macam ni. By tahu sayang kuat. Sayang ada By. Kita bantu Dd dan Mommy." Kata Uthman.

"Kira Aura nak ambik cuti, Balik sana sekejap. Sebelum Hujung tahun ni."Kata Aura.

Uthman dan Aura terlalu sibuk pada hujung tahun ni. Uthman akan bertugas selama beberapa bulan dipersisir pantai d lahad datu. Manakala Aura akan naik semula platform untuk perhatian terakhir sebelum ianya digunakan untuk menyalurkan minyak dan gas.

"By bila-bila boleh balik. Sayang je sekarang ni." Kata Uthman.

"By tak takut ke apa akan Umie dan Baba cakap, kita kahwin membelakangi mereka." Kata Aura.

"Yang pasti perkahwinan kita sah disisi agama." Kata Uthman.

Esoknya, Aura memohon agar diberkkan cuti selama sebulan kerana ada masalah emergency dikampungnya.

Cutinya mulai diluluskan 1 hari awal dari yang diminta.

"Batah jua kau cuti Aura?" Tanya Hani.

"Haah. Lama jua. Haiii Rindu tah kami kan kau ni." Kata Ros.

"Berisi pakah kau ani eh?" Tanya Mayang pula.

"Eh eh melalut sampai kesana pulak. Setiap bulan, Aku datang bulan. Takde maknanya nak mengandung. Belum rezeki." Kata Aura.

"Jadi batah jua kau cuti." Kata Hani.

"Aku nak jenguk Mama dan Papa aku. Jenguk mertua. Hujung tahun ni mana dapat balik. Laut menanti hah." Kata Aura.

"Oooo. Ingat apa tadi. Kau ani." Kata Mayang pula.

"Aura!!!" Panggil Apai.

"Kenapa?" Tanya Aura.

"Abang Uniform kat depan." Kata Apai.

"Ok. Thanks Pai." Kata Aura.

Apai menunjukkan ibu jarinya. Dia berlalu semula ke tempatnya tadi.

"Aku gerak dulu. Hani, Tengokkan Villa aku ek." Kata Aura yang berjalan bersama Hani ke pintu gate.

"Boleh bah. Bawakan Ole ole ah." Kata Hani.

"Boleh. Kau jangan risau. Untuk kau aku bawak satu beg yanv aku selalu bawa Offshore tu." Kata Aura bergurau.

"Gilaaa kau. Banyak tu. Apalah yang kau isi dalam beg tu?" Tanya Hani.

"Roti KL." Kata Aura. Ketawa mereka bergabung hingga terdengar oleh Polis Bantuan yang menjaga Gate depan.

"Amboii Ketawa jua banar." Sapa Abang Man.

"Bye Bang Man." Aura melambaikan tangan pada Polis bantuan itu dan mula naik kedalam kereta Uthman.

"Amboiii nakal dia eh. Lambai tangan dekat abam polis bantuan." Kata Uthman mencuit hidung Isterinya.

"Takde maknanya, Dah ada isteri dia anak pun 8 orang." Kata Aura.

Uthman memandu keretanya terus ke Pangkalan.

"Aikkk tak balik Villa lagi ke?" Tanya Aura.

"Tak Payah. By dah Packing pakaian kita tadi sebelum By ambik Sayang." Kata Uthman.

"Alololo baiknya Suami saya ni. Ni yang tambah sayang ni." Gurau Aura mencubit lembut pipi suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience