2009
Pukul 9:00pm
Pada suatu hari,ada seorang budak lelaki yang baru sahaja berumur 9 tahun.Budak lelaki itu menemani ayahnya keluar berjalan-jalan.Tiba-tiba dia ada terdengar bunyi tembakan di sebuah lorong yang gelap.
Ayah: "Tunggu di sini sehingga ayah datang".
Budak lelaki itu hanya mengangguk,tidak lama kemudian budak lelaki itu ternampak ada seseorang keluar dengan membawa duit di tangannya.Budak lelaki itu berasa tidak sedap hati lalu budak lelaki itu bercadang hendak masuk ke dalam lorong itu untuk mencari ayahnya,Budak lelaki itu terkejut apabila ternampak ayahnya sedang terbaring lemah berlumuran darah.
Budak lelaki itu berlari anak mendapatkan ayahnya,setelah sampai di tempat ayahnya terbaring lemah.Ayahnya berkata sesuatu kepada budak lelaki itu...
ayah: "Carilah abangmu ya anakku? kata kepada abangmu,MULAKAN PERMAINAN..." lalu ayahnya menutup matanya.Budak lelaki itu menangis teresak-esak di sebelah ayahnya lalu berjanji akan membunuh orang yang membunuh ayahnya dan akan membunuh sesiapa yang berdosa...
2017
Pukul 5:00pm
Amri yang sedang duduk di sebuah kerusi sambil tengok ke arah banduan yang lain hanya mendiamkan diri sahaja,Azri iaitu kawan Amri hanya memandang ke arah Amri sambil tersenyum lalu datang ke arahnya.Amri hanya tersenyum selamba apabila Azri duduk di sebelahnya.
Secara tiba-tiba Amrul iaitu musuh Amri berlari laju datang ke arah Amri lalu menumbuk muka lelaki itu,Azri terkejut dengan sikap Amrul yang secara tiba-tiba menumbuk muka Amri sehingga berdarah bibirnya...Azri bangkit lalu menolak tubuh Amrul sehingga terjatuh.
Amrul segera bangkit ketika Azri berpaling untuk mendapatkan Amri.Amrul yang berada di belakang Azri,segera mencekik leher lelaki itu...
Amrul: "Kau tak layak untuk jadi seorang lelaki Zri,buat malu kaum lelaki je!"
Azri: "Kau pun apa kurangnya,Rul?.Tolak sikit je dah ada luka..."
Amri: "Dah la tu,Rul!"
Amrul: "Kau diam la bodo!"
Secara tiba-tiba tubuh Amrul di tolak dengan kasar dari tepi sehingga terjatuh...
Amrul: "Sakit gila!"
Amri: "Aku dah suruh kau berhenti kan,Sial!"
Secara tiba-tiba Amrul jadi takut apabila Amri memarahinya dengan kasar...
Azri: "Tenang Mri..."
Amri: "Jom,balik bilik Zri!"
Azri memandang ke arah Amrul yang masih terkaku...
Di dalam bilik penjara
Pukul 5:15am
Ehem! Ehem! Ehem!
Semua banduan terjaga daripada tidur, apabila terdengan bunyi daripada pembesar suara yang berada di setiap tempat...
Ketua: "Nama yang saya sebutkan ini sila datang ke bilik tetamu!"
Semua orang yang masih tidur terkejut apabila terdengar suara ketua yang sangat kuat!
Ketua: "Amri,Azri,Amrul,Aqil dan Aniq! Jumpa saya di bilik tetamu pada pukul 6:40am!"
Di bilik tetamu
Pukul 6:45am
Ketua: 'Amri-Tidak ada kesalahan yang tepat,Azri-Ketua Perompak,Amrul-Pembunuh handalan,Aqil-Penyeludup dadah dan Aniq-Perompak handalan.Baiklah,semua dah ada di sini'
Aniq: "Kenapa kami semua kena datang ke sini tuan?"
Ketua: "Kamu semua ada di sini kerana...kamu semua akan di hantar ke sebuah pulau untuk menjalani sebuah program..."
Aqil: "Program apa tu tuan?"
Ketua: "Program Pengampunan Banduan,kamu semua akan di hantar ke sana pada pukul 10:05am.Jika kamu lulus,semua data kesalahan kamu akan di padam kan."
Mereka semua saling berbisik...
Di luar penjara
Pukul 10:30am
Pegawai: "Terima kasih tuan!"
Ketua: "Sama-sama!"
Pegawai: "Kami gerak dulu ya tuan!"
Ketua: "Baiklah"
Lalu bas itu bergerak meninggalkan perkarangan penjara...
Aqil: "Kau nak bawa kitorang ke mana?"
Pegawai: "Ke sebuah pulau yang tidak ada di dalam peta..."
Amrul: "Tak ada dalam peta? Siapa yang anjurkan program ni?"
Pegawai: "Kami tak tau..."
Aniq: "Apa?!"
Pegawai: "Kami macam kamu juga,naik bas lepas tu naik sebuah kapal dan tiba di sebuah pulau...sesiapa yang pergi ke sana,tak ada sesiapa yang balik hidup-hidup."
Azri: "Apa?!"
Di sebuah pulau
9:57am
Pegawai: "Kamu semua di minta turun"
Azri: "Dah seharian kita atas bot tu,sakit belakang aku!"
Pegawai: "Sila beratur,kami mahu memakaikan sebuah jam tangan kepada kamu semua!"
2 Jam kemudian...
Semua pegawai itu naik semula ke bot tadi...semua orang yang berada di situ terpingan-pinga...
Azri: "Kita nak buat apa sekarang?"
Aqil: "Aku tak tau"
Azri: "Kau ni Mri,dari tadi diam je memanjang!"
Amri: "Aku rasa tak sedap hati la..."
Ehem! Ehem! Ehem!
???: "Selamat datang kepada peserta program ini yang telah sampai ke sini"
Amri: 'Macam kenal suara tu'
???: "Pertama sekali aku nak perkenalkan diri aku.Nama aku King,raja pulau ini"
Amrul: "Aku rasa nama King tu palsu je,dia saja tak nak bagi tau nama dia yang sebenar..."
???: "Di pulau ini hanya ada 2 syarat untuk kamu menang..."
Aniq: "2 syarat je?! Senang je la kalau macam ni!"
???: "Sayrat pertama ialah...bunuh la sebanyak mana yang kau nak kalau nak keluar dari pulau ni!"
Azri: "Bunuh?"
???: "Syarat kedua ialah...bunuh aku kalau tak nak duduk dekat pulau ni!"
Amrul: "Macam best je!"
???: "Setiap kali kamu semua membunuh kamu semua akan dapat kredit...kalau sesiapa dapat kumpul sampai 99,000 kredit dia akan dapat keluar dari pulau ni,bawa balik 99,000 kredit tu dan semua kesalahannya akan dipadamkan!"
Amri: 'Aku tak boleh ingat la siapa dia...'
???: "Permainan akan bermula sebaik sahaja kamu masuk ke dalam hutan ni"
Azri: "Kau nak masuk ke,Mri?"
Amrul: "Aku nak masuk la...ada sesiapa nak ikut aku?"
Akil: "Aku!"
Amrul: "Silakan"
Semua orang yang berada di situ masih terpinga-pinga...
Amri: "Aku pergi masuk dulu,kalau duduk kat sini pun bukannya berguna pun!"
Azri: "Aku ikut kau Mri!"
Aniq: "Aku pun!"
Amri berjalan masuk ke dalam hutan tanpa menghiraukan Azri dan Aniq yang mengekorinya...
Amri: "Kenapa korang ikut aku?"
Aniq: "Sebab kau boleh dipercayai berbanding Amrul"
Azri: "Betul tu,lagi pun kita datang dari penjara yang sama"
Ahh!
Amri,Azri dan Aniq terkejut dengan bunyi jeritan itu...lalu berlari ke arah datangnya jeritan itu...
Amrul: "Apa yang berlaku?"
Akil: "Korang ke yang bunuh dia?"
Azri: "Tak,masa kitorang datang sini memang keadaan dia macam ni"
Amrul: "Kalau boleh membunuh,aku nak bunuh kau sekarang Mri!"
Lalu Amrul mengambil pisau kecil yang berada berdekatan dengan lelaki malang itu...dan membaling pisau kecil itu ke arah Amri...
Amri menangkap pisau kecil itu dengan tangan kirinya...
Amrul: "Macam mana kau..."
Amri: "Kau jangan cari pasal la Rul!"
Amri membaling pisau itu dan meninggalkan tempat itu...Azri dan Aniq mengekorinya...
Amri: "Betul ke boleh membunuh ni?"
Azri: "99,000 kredit terlalu banyak la!"
Amri: 'Siapa King sebenarnya? Aku pasti King bukan nama sebenar dia!'
Tolong lah Follow saya! T-T
Share this novel