BAB 1

Romance Completed 4031

Dato’ Rashid mencapai senaskah akhbar hiburan yang telah disediakan di dalam kafe D2B sementara menanti pemandunya tiba. Terpampang tajuk utama akhbar, “Gadis Misteri Dalam Hidup Amirul”. Berita tersebut menjadi tumpuannya. Artikel yang menceritakan mengenai Amirul sedang menyulam cinta dengan seorang gadis yang tidak dapat dikesan identitinya itu dibaca dengan teliti.

Dia sangat mengenali Amirul kerana Amirul telah dilantik untuk menjadi Jurucakap kepada perabot keluaran syarikatnya selama tiga tahun. Amirul telah dipilih oleh Shafie kerana Amirul mempunyai personaliti sebagai selebriti yang sangat dikagumi oleh rakyat Malaysia.

Sikapnya yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang sangat disenangi oleh para peminatnya. Tutur katanya yang sopan membuatkan dia sangat mudah untuk didekati. Dikurniakan rupa paras yang kacak juga menjadikan dia seorang yang sangat sempurna untuk dilabelkan sebagai lelaki idaman.

Usai membaca, Dato’ Rashid hanya mampu menggelengkan kepalanya. Penulis tersebut bersungguh-sungguh mahu mengorek rahsia cinta Amirul. Pelbagai penilaian dan tafsiran yang ditulis bagi menggambarkan wanita istimewa yang telah menjadi pilihan Amirul.

“Kisah peribadi orang pun nak dijual. Nasib kamulah Amirul. Ini jalan yang kamu pilih.” Komen Dato’ Rashid.

“Maaf Dato’. Saya terlambat.” Ucap Kasim. Dato’ Rashid yang agak terkejut dengan ucapan maaf dari Kasim yang muncul secara tetiba di sebelahnya hanya menganggukkan kepala. Dia segera melipat dan meletakkan semula akhbar tersebut ke tempat asalnya. Kemudian dia bingkas bangun dan terus mengikut langkah pemandunya itu menuju ke arah kereta yang di parkir bertentangan dengan kafe tersebut.

“Rania hendak ke mana Pak Kasim?” tanya Dato’ Rashid apabila dia mengetahui kelewatan Kasim menjemputnya adalah untuk menghantar Rania kerana kereta Rania telah mengalami kerosakan.

“Ke rumah Encik Shafie, Dato’. Cik Rania nak teman Encik Shafie ke majlis ulangtahun syarikat kawannya.” Dato’ Rashid mengangguk. Hatinya mula kerisauan. Rania semakin kerap keluar rumah. Walau pun ditemani Shafie, hatinya masih berasa bimbang kerana Rania adalah anak tunggalnya. Tingkah laku Rania mencerminkan maruah keluarga.

Bukan ke itu Shafie? Mana Rania?

“Pak Kasim berhenti sekarang kat tepi!” Arah Dato’ Rashid. Pak Kasim yang terkejut dengan arahan tersebut segera memberi lampu signal kiri. Tergesa-gesa dia mengambil laluan kiri. Apabila kereta telah berhenti, Dato’ Rashid segera keluar dan memerhati ke arah kedai bengkel kereta yang berada di seberang jalan tidak jauh dari situ.

Memang itu Shafie. Tapi mana Rania? Dato’ Rashid mula bimbang. Segera dia mencapai telefon bimbitnya dan terus menghubungi Rania.

“Hello papa.” Terdengar suara Rania di hujung talian.

“Rania, kamu kat mana?”

“Kat rumah Shafie papa. Kenapa?”

“Dengan siapa?” Rania mula merasa tidak sedap hati dengan pertanyaan dari ayahnya.

“Dengan Shafie lah papa. Kenapa ni papa?”. Mendengarkan jawapan dari Rania itu telah membuatkan Dato’ Rashid berasa kecewa. Ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Rania. Rania tidak pernah menipunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience