DIA 01

Romance Completed 131781

Mata-mata mula tertumpu pada satu susuk tubuh yang memasuki kelab malam. Hazzar Iskandar, anak bongsu kepada Tan Sri Razak dan Puan Sri Zalia. Dia duduk di kerusi hadapan bar. Beberapa orang perempuan datang mendekatinya. Hazzar mendecit. Matanya memandang satu-persatu perempuan seksi di hadapannya.

"Hey! Go away from my boyfriend!" Halau Ernie.

Semua perempuan menjeling tajam ke arah Ernie sebelum meninggalkan Hazzar. Dagu Ernie dicuit sedikit oleh Hazzar. Ernie turut duduk di kerusi bar. Hazzar memandang wajah kekasih hatinya lama. Ernie menoleh.

"U dah kenapa? Pandang I macam tu?" Soal Ernie.

"Nothing... I feel like you have something important to say. What is it, dear?" Soal Hazzar sambil bermain dengan rambut Ernie.

Ernie menepis tangannya. Hazzar menurunkan tangannya setelah ditepis oleh Ernie. Wajah Ernie berubah menjadi serius. Dia memusingkan badannya agar dapat memandang wajah Hazzar. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.

"We need to married!" Katanya dalam nada berbisik.

Riak wajah Hazzar nampak terkejut. Tiba-tiba sahaja mahu berkahwin. Sebelum ini apabila Hazzar mengajarnya untuk mendirikan masjid, dia tak nak.

"Tiba-tiba? Kenape?" Soal Hazzar hairan.

"I'm pregnant!" Ujar Ernie lagi.

Hazzar semakin terkejut lalu menarik tangan Ernie lalu membawanya keluar dari kelab malam. Ernie meronta-ronta untuk melepaskan tangannya kerana Hazzar menggengam dengan kuat sekali. Akhirnya Hazzar melepaskan genggaman tangannya.

"U pregnant? Anak siape?" Soal Hazzar.

"Ish U ni. Anak U lah. Anak siape lagi?" Balas Ernie.

"No, no. I think you're mistaken. I tak pernah sentuh U. Melainkan, U curang belakang I lepas tu U cakap I yang sentuh." Tuduh Hazzar.

Ernie menggeleng kepala. Wajah Hazzar sudah berubah. Apabila Ernie memegang tanganya dia menepis kasar.

"I tak sangka yang U sanggup curang dengan I, Ernie. From now, there are nothing between us!"

Hazzar lalu melangkah ke arah keretanya. Hazzar mengunci pintu dari dalam. Ernie yang berada di luar mengetuk beberapa kali tetapi tidak dipedulikan oleh Hazzar. Hazzar menjeling sekilas lalu keretanya meluncur laju di atas jalan.

"Hazzar!" Jeritan Ernie langsung tidak dilayan.

Ramai mata memandangnya. Ernie menjeling mereka semua sebelum meninggalkan kelab malam tersebut.

Hazzar menampar stereng kereta beberapa kali. Wajahnya diraup beberapa kali. Mood nya betul-betul tidak baik. Kalau ada sesiapa yang mengganggunya, gerenti makan penumbuk percuma. Kepala disandarkan. Apa yang Ernie katakan kembali berlegar-legar di dalam mindanya.

"Betul ke budak tu anak aku? Tapi aku tak pernah sentuh dia! Atau... Apa-apa je lah. Aku, takkan kahwin dengan Ernie." Ujar Hazzar lalu kembali meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang ingin di tuju.

---

"Bie... Betul ke U sanggup tinggalkan perempuan acah-acah alim tu demi I? Are you serious bie?" Soal Syaza dengan nada penuh manjanya.

Nazrul mengangguk perlahan. Tangannya turun ke atas peha Syaza yang terdedah. Syaza menepis tangan Nazrul lalu tertawa kecil.

"Bie U tak jawab lagi soalan I tadi. Betul ke U sanggup tinggalkan perempuan tu demi I?" Soal Syaza lagi.

"Iye sayang. Kan I dah angguk tadi." Balas Nazrul.

"I tak nak respon dari badan U. I nak dengar kata-kata tu keluar dari mulut manis U." Ujar Syaza.

"Mana U tahu mulut I manis?" Soal Nazrul hairan.

Mulut dia bukannya gula. Macam mana Syaza boleh kata bibir dia manis.

"Macamlah I tak pernah, kiss U dulu. Takde lah. U kan pandai berkata-kata manis, janji manis. Macam, U buat dekat Hanis." Balasnya.

"Ape ni sebut-sebut pasal Hanis pulak ni sayang?" Rungut Nazrul, mengada-ngada.

"U janji nak stay dengan dia sampai ke Jannah lah kononnya. Tapi, U terbang ke hati I pulak. Kan?" Ujarnya.

"U... Tak suka ke? Aaaa... U dah tak cintakan I." Ujar Nazrul mengada-ngada.

"I suka... Suka sangat, tapi. I takut U akan buat perkara yang sama pada I, macam apa yang U buat dekat Hanis sekarang ni." Ujar Syaza dengan nada semakin perlahan.

Nazrul terpaku seketika. Dia menguntum senyum nipis. Baginya, mustahil untuk mengkhianati wanita secantik Syaza, sesempurna Syaza. Dia berjanji tidak akan sesekali tinggalkan wanita di hadapannya.

"I janji dengan diri I, yang I takkan sesekali tinggalkan U, Syazalina. U, bidadari syurga I." Ujar Nazrul lalu tersenyum lebar.

Tangan Syaza diusap lembut. Mampukah dia berpegang pada janjinya?

---

"Hazzar Iskandar!" Jerit bondanya, Puan Sri Zalia.

Mata Hazzar dipejam seketika. Keluhan berat dilepaskan apabila mendengar panggilan bondanya. Pasti ada benda yang tidak kena. Hazzar memusing tubuhnya dengan malas sekali.

"Ye bonda? Hazz sibuk ni." Ujar Hazzar malas.

"Sibuk lah sangat. Macamlah bonda tak tahu Hazz dari mana! Ni bonda ada benda nak bincang dengan Hazz. Duduk dengan bonda sekejap." Ajak bondanya.

Dah agak dah! Hazzar langsung tidak berganjak dari situ. Tangannya naik memeluk tubuh.

"Bonda kalau pasal calon isteri, no way!" Bantah Hazzar.

Kalau dulu dia mungkin akan teruja kenara dia ada Ernie. Sekarang? Dia daj tinggalkan Ernie. Lagi besarlah peluang bondanya untuk jodohkan dia dengan pilihan hatinya, bukan pilihan Hazzar.

"Hazz! Bonda suruh Hazz dudukkan? Bukannya tercegat dekat situ. Sini." Arahnya sambil menepuk-nepuk sofa di sebelahnya.

Tangan diturunkan. Langkah diatur ke ruang tamu. Punggungnya dihenyak di sebelah bondanya. Wajah suci bondanya langsung tidak di pandang.

"Bonda setuju kalau Hazz nak bawak Ernie jumpa bonda. Bila boleh bawak?" Soal bondanya.

Membulat mata Hazzar mendengar kata-kata bondanya. Pulak dah! Dengan segera Hazzar menoleh. Wajah kecewa terang terpapar pada wajahnya.

"Why now bonda? Kenape mesti lepas Hazz break dengan dia baru bonda setuju nak jumpa dengan dia!?" Soal Hazzar.

Bondanya tidak terkata. Hazzar pula sudah tidak senang duduk. Tadi elok duduk diam ni sekejap berdiri, sekejap duduk.

"Bonda... Hazz penat. Nak naik tidur. Assalamualaikum bonda!" Pamitnya.

Tanpa menoleh ke belakang, Hazzar terus membuka langkah seribu naik ke biliknya. Bondanya sekadar menggeleng kepala. Tiba-tiba ada pesanan masuk ke dalam telefon bondanya.

'Puan Sri, saya sudah buat seperti mana yang Puan Sri inginkan. Sekarang, saya mahu apa yang Puan Sri janjikan.' - Ernie.

Bondanya tersengih apabila melihat pesanan yang dihantar oleh Ernie. Mana mungkin dia mahu bazirkan wang demi kerja yang tidak seberapa dilakukan oleh Ernie. Telefonnya diletakkan kembali di atas meja. Dia bersandar pada sofa.

"Sekarang, aku hanya perlu dekatkan Hazzar dengan Syaza, anak Tan Sri Khalid." Ujar bondanya kemudia tertawa sendiri.

Gembira hatinya dapat memisahkan Ernie dan Hazzar. Walaupun dia tahu siapa Ernie, tetapi dia tetap mahu Syaza menjadi menantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience