*Amanat*

Mystery Series 760

Adzron, Adzren, Adzrelia, dan Adzrelina termangu tidak tahu untuk berkata apa-apa apabila ayah mereka bertanya dimana kakak mereka berada. Mereka hanya diam membisu dan melihat sesama sendiri.

" Papa tanya sekali lagi, mana pergi kakak kamu tu?, Jangan sampai papa pergi upah spy untuk cari dia." Tengku Amendra melihat satu persatu anak-anaknya yang dari tadi diam membisu.

" Pa, biar jelah kakak pergi tenangkan diri dia. Dia perlukan masa. Papa jangan terlalu paksa dia. Kesian akak."

Adzron cuba untuk menjelaskan kepada papanya agar suasana tidak menjadi canggung.

"Papa cuma nak tahu dia selamat ke tak. Kamu tau tak itu negara orang. Apa-apa jadi pada kakak kamu tu papa yang akan bertanggungjawab atas kehilangan dia. Polis akan cari papa dulu!!." agak tegang suara Tengku Amendra ketika membalas semula apa yang dikata oleh anaknya.

Adzrelia yang melihatnya cuba untuk mengurangkan ketegangan antara papa dan abangnya.

" Papa, abang ,kakak tu takde pape pun yang berlaku pada dia. Kita kat sini cuma perlu doakan kakak. Lagi satu ,Lia tak bermaksud untuk menyinggung hati papa tapi papa kena ingat sapa yang buat kakak sampai kakak pergi jauh macam tu. Papa tau tak dia ada cita-cita dia, ada minat yang perlu dia capai ,tapi papa?? as a parents you should give her support but papa always pushed her to do what you want."

Panjang lebar Lia menjelaskan kepada papanya agar papanya tahu isi hati kakaknya yang sebenar. Dia tahu kakaknya tidak akan berani untuk menyuarakan hasrat hatinya kepada papanya.

Sebenarnya bukan itu yang bermain di minda Tengku Amendra, ini semua disebabkan amanat yang diberikan padanya.... 'Aku amanatkan dia pada kau, sebab suatu hari nanti Reapton akan perlukan dia. Dan bila saat tu tiba aku nak kau beri dia pada aku'... kata-kata itu masih berlegar di benaknya.

'Nak kemana kamu pergi, maafkan papa sebab bertindak kasar pada kamu. Bukan papa tak mahu melepaskan kamu untuk capai cita-cita kamu tu tapi kamu adalah amanat orang pada papa. Papa sayang kamu'

Ada cerita yang dia simpan sehingga sekarang tapi dia tidak tahu saat dan bila lelaki itu akan muncul semula.

"Along, angah ,alang, papa , dah-dah lah tu dulu. Kita makan dulu ,depan rezeki ni tak baik bertekak. Nanti Ucu pegi call akak, mana tau dia angkat."kata Adzrelina

"Takpe ucu. Alang dah chat akak tadi dia kata dia perlukan masa. Buat masa sekarang kita bagi dia masa dulu,ok?"

"Ha ,yelah. Jomlah kita makan . Dah-dah lah tu dulu ya. Angah punya perut ni jangan cakap berlagu, berkompang ,bergurindam dah dia dalam ni" Adzren menunjukkan perutnya yang dari tadi minta diisi.

Serentak semua yang mendengar, ketawa melihat Adzren yang tidak sabar-sabar mahu menjamu selera. Entah ya atau tidak dia ni dengar ke orang dalam rumah tu tengah berbincang.

**************†******************†*****************†*********

Dua hari kemudian....
~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•
"Hmm, masih sama rumah agam ni." Dia masuk ke dalam rumah agam tersebut dengan langkah yang perlahan

"Aku rasa macam nak ajak Liya dan Lina lah datang sini. Dorangkan sekarang tengah cuti semester." Dia melihat kawasan sekitar yang tidak jauh berbeza dengan yang dulu.

" Eh baik aku hidupkan penghawa panas ni biar panas sikit dalam ni... brrr sejuk sangatlah kat luar" dia mencari remote control penghawa yang ada di rumahnya.

Kalau di Negara Malaysia ada penghawa dingin, disini mereka turut ada penghawa yang panas. Ia hanya digunakan ketika musim sejuk.


" Nak call ke tak , hmmm..... call jelah ." sambil dia menelefon adik-adiknya dia memerhatikan letak perabot yang ada didalam rumah agam tersebut.

"HELLO KAK" Adzrelina menjerit keriangan apabila dia terlihat nama kakaknya yang naik ke skrin smartphone nya.

"OI, pecah tau tak gegendang telinga akak. Ni kalau rosak ni sapa nak ganti. Sakit tau telinga akak."
" Alololo sorrylah ye ucu tak sengaja . Ucu sebenarnya gembira sangat bila nampak nama akak muncul kat skrin ni. Dah lama tak dengar suara akak."

" Iyalah ucu tu. Akak telefon ni sebenarnya nak tanya. Tapi sebelum tu Lia mana???"


"Ada je kat sini, tengah sama-sama mendengar. Eish akak ni sikit-sikit alang. Sikit-sikit alang. Akak tak rindu ucu ke? Majuklah cam ni"


"Iya ucu oi, Akak un rindukan ucu. Cuma ni...."


"Cuma ni apa?"


" Eish ucu ni bagilah akak habis cakap dulu. Ni akak nak tanya ni, korang berdua ni cuti semester kan?"


" Ha ah kenapa kak??"


" Akak nak ajak korang berdua temankan akak kat sini bleh??? bukan apa sunyilah duk sorang-sorang. Lagi un dari korang menghabiskan masa dengan bertapa kat rumah , baik korang join akak jalan-jalan kat negara orang ni best apa?. Alah korang bukan tak pernah pergi sini kan?"

" Iyalah tapi kat mana kak?"


" Kat Australia, alah bukan korang tak biasakan?? dekat rumah agam papa ni. Korang gi sinilah"
kedengaran seperti Adzrelia cuba bercakap.


" Kak ouh kak!!!"


" Ha iya, apa dia??"


"Akak dengar tak??"

" Iya akak dengar, kenapa Lia??"


" Bukan Lia tak nak join tau, tapi cuti semester ni Lia ada banyak assignment nak kena buat. Kawan-kawan Lia pun dah setuju nak buat sama masa cuti sem ni. Harap akak tak marahlah ye??"


" Akak tak marahlah Lia , cuma tulah akak baru ingat nak ajak Lia ngan ucu main ski . Kat sini tengah salji tau. Nampaknya Lia terlepas lah, kalau ucu cam mana pulak?? Boleh tak??"


" Ucu ok je kak ,sebab semua assignment ucu, ucu dah siapkan awal-awal lagi"kedengaran Adzrelina pulak yang menjawab


" Baguslah camtu ucu. Ucu nanti gi sini akak bookkan tiket untuk ucu. Bawak barang yang perlu je tau. Sebab baju-baju ucu ada kat rumah agam ni."


" Iyalah kak, nanti ucu pack mana yang patut je"

" Iyalah tu..... bukan akak tak tau . Ucu tu kalau balik ni mau satu almari tu ucu bawak ,mana krim siang malam pencuci muka , toner ,baju dalam ,seluar dalam segala peralatan kecantikan ucu, kalau boleh satu luggage penuh. Hahaha"


" Eish akak ni tak baiklah tuduh ucu bukan-bukan"


" Bukan-bukan apanya betullah kan" tergelak-gelak Firsya mengenakan adiknya sorang tu


" Iyalah ucu ngaku ,satu luggage tu penuh ucu buat tapi takkanlah sampai almari pun ucu nak bawak. Akak ni pun agak-agaklah" Adzrelina buat-buat suara sayu konon dia sedih akak dia kata begitu padahal....


" Ha ,sudahlah tu ucu ,gi siap-siap. Esok ucu kena amik flight . Ucu kena cepat-cepat sampai sini sebab cuti akak tak banyak mana. Dah sampai sini, kita main ski sama-sama"

" Okey kak ,nanti ucu sampai akak kena amik tau . Takut tersesat"


" Iyalah ucu ,macamlah ucu tak biasa jalan sini"


" Hey, mestilah akak kena amik. Nanti boleh kita singgah mana-mana tempat sebelum kita sampai gi rumah .

" okey, tapi akak nak korang janji dulu"


" Janji apa kak??"


" Janji korang tak bagitau papa yang sekarang akak ada kat sini, kat Australia ni.


" Of course kitorang tak bagitau ,bak kata pepatah Melayu biar pecah di mulut jangan pecah di perut"

" Aik, macam lain je sebutan peribahasa ucu ni"


" Eih , ha ah salah. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut , hahahahah salah lah kak"tergeleng-geleng Firsya dibuatnya..


" Ha ,yelah gilah tido . Akak mengantuk ni bye....."


" Yelah bye..." panggilan pun ditamatkan....

***************†****************†*****************†**********


Firsya duduk di bangku yang disediakan bagi menunggu seseorang yang telah berjanji dengannya semalam. Dia melihat-lihat jam kalau-kalau dia terlambat.

Tiba-tiba bunyi deringan smartphone berbunyi membuatkan nya tersedar dari lamunan.


" Helo kak , akak kat mana?? Ucu kat sini dekat pintu masuk antarabangsa ni"

" Ada kat tempat duduk airport ni. Tunggu je kat situ akak datang" sambil malas-malas dia berdiri untuk menyambut kedatangan Adzrelina di pintu kedatangan antarabangsa.


Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke tempat adiknya, tanpa disengajakan dia terlanggar bahu seseorang di hadapannya.

" Maaf saya tak sengaja" sambil tertunduk-tunduk dia meminta maaf


" Takpe saya pun tak nampak juga awak kat depan saya tadi. Maaf ye . Awak takpape kan?" , 'eih mamat ni tahu bahasa Melayu'.

Firsya mendongak ke atas ,dia terpesona seketika melihat raut wajah yang indah di hadapannya. Lelaki itu juga terkulat-kulat melihat wajah bersih Firsya. Namun Firsya segera tersedar.

" Maaf sekali lagi, tapi saya perlu cepat . Tumpang lalu "

Dia malas untuk berlama-lama lagi takut adiknya menunggu lama.

Sementara di tempat lain.......


" Eish akak ni gimana?? Nak dekat setengah jam aku terpaku kat sini . Mana akak ni??"

Tak lama kemudian......

" Eihhhh, sorry-sorry ucu. Akak tak sengaja lambat datang"

" Ucu ok je tapi tadi kat fon akak kata akak un dekat-dekat sini juga en tapi apa pasal sampai setengah jam akak baru sampai sini??"


" Tak ni tadi akak tak sengaja terlanggar satu mamat ni pastu akak minta maaflah dia un maafkan tapi yang buat akak lambat sampai sini tu sebab rasa nak terkucil tadi . Tu yang buat akak lambat sampai"


"ouhhhhhhhhh" mulut Adzrelina membulat membentuk huruf O .


" Hensem tak??"


" Ha sapa??"


" Eleh buat-buat tanya pulak. Mamat tu lah. Hensem ke idokk??"


Firsya berfikir sejenak ' Hensemlah juga kan? kalau tak ,taknya aku terpaku tadi macam robot aku statik depan dia '

" Ni tak lain akak ni, teringat pasal mamat tadi tulah kan" tersenyum-senyum Adzrelina melihat kakaknya yang sedang berkerut seperti memikirkan sesuatu.

" Hensemlah juga, sedap mata memandang"

" Sempat tak akak minta no dia?" mereka mula berjalan perlahan-lahan menuju ke kawasan kereta yang diparkir kakaknya.

" Gila ke nak minta no dia. Akak ni pempuan mana boleh minta no lelaki sembarang. Jatuh martabat akak sebagai seorang perempuan"

" Martabat tak martabat kalau dah orangnya rupa elok apa lagi minta jelah kak. Zaman now, ni pempuan lagi banyak dari lelaki kalau melepas sayanglah."

" Banyaklah kau ucu, habis dengan rupa dia tu boleh bagi akak makan? Dengan rupa dia tu boleh menjamin akak kebahagiaan? hmm..?? akak nak tanya ucu ni.. boleh ke tak??"

Adzrelina hanya diam membisu sebab bila akak dia dah mula bercakap memang taklah dia nak menang


" Takkan...? semua tu berbentuk sifat yang hanya sementara ucu. Kalau nak cari ,cari yang memang nak hidup dengan kita sampai hari dimana kita diambil Tuhan"


" Aik, orang biasa sampai ke hari tua atau sampai mati. Tapi asal akak cakap sampai hari Tuhan amik kita. Lain betul statement akak ni.."


" Iyalah sebab kita tak tahu kalau nyawa kita tu sampai ke tidak sehingga ke hari tua? tak sapa tau kan. Jadi masa yang ada perlu dihargai sebab kita tak tau bila dan dimana nyawa kita diambil.."

" Perh akak dah boleh terbit buku sendiri kalau camni"

" Ucu jangan nak perli-perli akak ,ni sekarang kita nak gimana?? Ucu ada nak gimana-mana tak?? "


" Rasanya taklah kut ,sebab naik flight tadi berjam-jam amik masa. Lima ke enam jam kalau ucu tak silap nak sampai sini. Penatlah kak..... dh lama rasanya tak travel."


" Iyalah kalau ucu dah cakap macam tu. Kita balik teruslah. Ucu rest lah dulu nanti bila dah sampai akak bangunkan"


" Thanks akak" menggeliat kecil dia membetulkan saraf-saraf yang kejang sewaktu dia diatas kapal terbang tadi.


Tanpa menunggu lama Firsya memecut kereta Lamborghini Gallardo nya keluar dari Lapangan Terbang Canberra Australia.

*************†***************†****************†**************

terima kasih kpd yg sudi membaca. sorrylh kalau membosankan sikit novel ni tapi tunggu update strusnya tau( ˘ ³˘)♥.. sbb bnyk perkara yg peristiwa yang akn brlaku slpas ni

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience