(cinquantanove)

Other Series 152486

Aleena duduk di rumah persinggahannya dengan Dom tadi sebelum lelaki itu meminta diri mahu keluar sebentar menyelesaikan sesuatu.

'Awak balik lah..' entah mengapa selepas Dom meninggalkan dia sebentar malam itu dia rasa tak sedap hati tiba-tiba.

Dadanya dirasakan berat memikirkan pelbagai perkara buruk yang akan berlaku tanpa Dom walaupun lelaki itu sudah menyuruh beberapa orangnya berjaga.

Bersamanya di ruang tamu itu ada tiga orang lelaki. Dua orang di pagar rumah dan lagi tiga orang di kawasan luar rumah. Semuanya adalah orang-orang Sheng belaka.

Memandangkan Sheng adalah anak buah Dom di Malaysia, automatik orang bawahan Sheng menjadi orang bawahannya.

"Milady.. are you okay?" Amar, seorang lelaki berjambang nipis dan berbadan sasa yang berdiri di sampingnya dari tadi mula menegur Aleena apabila mendapati wajah gadis itu pucat.

"Ye? Ah ye.. saya okay je.. am.. can you get me a glass of water please." Aleena menjawab agak gugup, entah apa yang dia risaukan.

Baru 10minit Dom meninggalkannya, dirinya diburu resah sebegini. Tambahan lagi, Zen atau Sheng tiada bersamanya.

Amar menunduk sedikit sebelum mengarah kepada seorang lagi lelaki,

"Ambilkan air untuk cik puan." suara garau Amar kedengaran.

Aleena meramas-ramas tangannya, sejuk.

'Ya Allah.. perasaan apa ni? Kau kuatkanlah aku..' Air minuman yang diberi Amar kepada Aleena dari Firdaus diambil lantas dihabiskan.

"Saya nak masuk bilik." Aleena bertutur perlahan seraya mengangkat punggungnya. Amar hanya mengangguk mengiakan.

Lelaki itu menemaninya ke bilik di ruangan atas. Aleena berterima kasih sebelum pintu bilik ditutup, dikuncinya.

Entah mengapa dia berbuat begitu, dia tak pasti. Selama ini dia tak pernah mengunci pintu kerana berasa selamat, tapi tidak malam itu.

Ada sesuatu yang tak kena.

Aleena melangkah ke jendelanya yang menghadap kegelapan hutan. 'Hopefully everything's going to be fine.'

Tapi.. sama sekali jangkaannya meleset.

Penglihatannya menangkap cahaya samar-samar dari jendelanya. Aleena ke hujung balkoni, melihat dengan lebih jelas ke arah pintu pagar utama itu.

Dilihatnya bayangan lelaki berpakaian hitam, dalam 4 orang mungkin memasuki pintu pagar.

'Orang Mika ke?' Aleena tak tahu siapa dan bagaimana mahu bereaksi. Perlukah dia panik? Atau kekal tenang?

Telefon diambil, nombor Mika didail. Tapi tak berjawab, telefonnya dimatikan.

Aleena tersentak dan terkejut besar apabila mendengar bunyi tembakan dari luar rumah. Refleks, dia menunduk memegang kepala sambil menjerit ketakutan.

"Arghhhh!!!"

Nampaknya sesuatu yang buruk bakal berlaku. Tak dipinta, air matanya gugur beberapa titis.

'Please help me God.'

"Milady! Mari ikut saya!" Aleena tak sedar pintu biliknya diketuk dari luar oleh Amar disebabkan takut, sehinggalah Amar menendang kuat pintu kayu itu.

Aleena mengangkat kepala, otaknya tak dapat mencerna kata-kata Amar. Dia statik di tempatnya. Tak bergerak.

"Cepat!... kita kene keluar dari sini."

Amar mendekati, kedua lengan Aleena dipegang dan dia mengiringi gadis itu melalui laluan belakang.

Semasa melalui koridor luar, beberapa tembakan kedengaran dari ruangan bawah beserta jeritan lelaki.

Amar tak pedulikannya, dia terus memimpin Aleena ke bahagian belakang. Dia juga tak menyangka posisi Aleena akan diketahui. Tapi.. oleh siapa?

Baru saja mereka menuruni tangga batu itu ke bawah, suara jeritan seseorang dari arah belakang mengejutkan mereka.

"Stop right there!!" seiring dengan itu, bunyi tembakan dilepaskan. Amar yang peka pantas memeluk Aleena dari belakang, melindunginya.

Dua das tembakan mengenai belakang tubuhnya, terjerit Amar dek kesakitan. Dia juga pantas mengeluarkan pistol 20K nya lalu mula berbalas tembakan.

Memandangkan mereka di tempat terbuka, Amar menolak Aleena menjauhinya.

"Pergi!!" Aleena terpaku. Dia menoleh semula memandang Amar, tapi..

Satu tembakan menembusi leher lelaki itu apabila ditembak dengan banyak dari musuh dari bahagian atas bukit. Darah tersembur mengenai wajahnya.

"Kejar dia!!" suara salah seorang lelaki tadi yang menjerit menyentakkan Aleena. Dengan otak yang masih bingung, dia berlari sepantas mungkin menuruni tangga bukit itu.

Ke mana? Aleena hanya membiarkan kakinya membawa dia lari.

Mereka tak berani menembak Aleena kerana patuh pada arahan Javier, jangan sesekali mencederakan gadis itu.

Tiga orang lelaki mengejarnya pantas dari belakang, dengan blaus labuh.. Aleena berlari sekuat hati meredah hutan belukar dalam kegelapan malam.

Wajah yang tersembur darah Amar tadi dikesat dengan tangannya. Dia cuba membuka torchlight di phone tapi phone nya terlepas dari pegangan.

Ingin mengutip semula? Aleena panik. Dia meneruskan juga langkahnya memasuki hutan.

Walaupun dia tak melihat apa-apa, dia masih terus berlari. Dilanggarnya pokok, tersadung berkali-kali pada tanah yang tak rata dan akar, dia masih meneruskan langkahnya. Disebabkan Aleena berkaki ayam, habis tapak kakinya luka-luka.

Suara jeritan bersahut-sahut tak jauh dari belakangnya membuatkan dia makin takut. Wajahnya sudah calar-calar, entah apa yang dilanggar, Aleena tak pasti.

Agak lama juga dia berlari bagaikan orang gila, akhirnya jalanraya dijumpai. Sunyi tanpa sebarang kenderaan menggusarkan Aleena.

Sudah semestinya sunyi, Dom menempah rumah persinggahan itu agak jauh dari kawasan orang ramai, ditambah pula pada waktu malam.. siapa saja yang akan lalu di situ..

Dia berlari lagi sepanjang jalan, menjenguk jika ada mana-mana kenderaan yang melalui. Sesekali dia menjenguk ke belakang, waspada jika ada orang-orang yang mengejarnya tadi.

Tak jauh dari situ, Aleena mendengar suara lelaki sayup-sayup bagaikan mengarah kasar. Aleena kabut. Dia berlari pantas pula ke jalan di seberang tapi entah dari mana, sebuah kereta hampir melanggarnya.

Bunyi seretan tayar pada tar kedengaran. Aleena tak menjerit, dia terkaku di tengah jalan melihatkan cahaya jingga dari kenderaan itu.

Apabila kereta yang mengelaknya itu berhenti betul-betul beberapa sentimeter di hadapannya, Aleena terkulai jatuh menyembam jalan tar. Dia pengsan.

Seseorang keluar dari kereta hitam itu terpaku melihatnya,

"Aleena.."

~~~~~~~~~~~~~~~

Dom menunggang motosikalnya laju kembali ke rumah persinggahan itu. Dia sudah menghubungi Sheng untuk menyiasat tentang lelaki yang ditangkap bersama Zen tadi dan dia mahukan kedudukan Javier segera.

Jika orang bawahan seperti Joseph berada di Malaysia, tak mungkin kepalanya tiada.

Dom yakin, Javier turut berada di situ. Dia akan dapatkan juga maklumat dari Joseph mengenai Javier.

Sekarang dia mula risau akan keselamatan Aleena, mereka yang menjaga Aleena tak secekap Zen mahupun Sheng lebih menggusarkannya.

Macam-macam perkara bermain di fikirannya, motosikal berkuasa tinggi itu habis dipulas minyaknya menambahkan kelajuan.

Jalan sunyi dimasuki menuju ke atas bukit. Hanya ada beberapa buah kereta tempatan saja yang berselisih dengannya sepanjang perjalanan ke atas.

Dia berhenti di hadapan kawasan rumah. Matanya tertancap pada dua orang pengawal di pagar hadapan itu. Mati ditembak.

"Fuck.." gumamnya perlahan. Kaki pantas berlari laju ke dalam perkarangan rumah dua tingkat yang berasaskan kayu dan kaca itu dan terus masuk ke dalam rumah. Mencari Aleena.

Mayat-mayat orang-orangnya dan beberapa orang yang tak dikenali diabaikan. Dia berlari ke tingkat atas.

Kosong.

Dadanya mula memberat. Pernafasannya tak tentu. Jantungnya mula berdetak kuat.

"Aaarghh!!!!" Dom menjerit kuat seorang diri melepaskan geram di dalam bilik itu. Ditendang kuat perabot jati berdekatannya.

Dom mula mengeluarkan pistol dari sarung di pinggangnya, mula mengelilingi rumah.

Mayat Amar dijumpai di tangga batu menuruni bukit ke taman di bawah. Dom mengikut instinct nya. Dia berjalan ke bawah, sambil memerhati sekeliling.

Hutan dituju, dia memasuki kegelapan hutan dan mencari tanda-tanda Aleena melalui di situ. Hampa.

Dom teringat akan telefon pintarnya, dia mula menghidupkan kembali. Panggilan dari Aleena menyesakkan dirinya, dirasakan bagai diri sendiri yang bersalah kerana tak mengangkat panggilan itu.

Tambahan lagi dia yang meninggalkan Aleena keseorangan tanpa pengawasan yang ketat. Urghh

Nombor Aleena didail di dalam kegelapan malam itu.

Deringan ring tone dari telefon Aleena kedengaran sayup-sayup. Dom mencari arah bunyi. Tak lama dia mencari, cahaya dari skrin phone di atas lantai hutan kelihatan.

Dom menghampiri dan mengambilnya. Cover putih itu punya darah seseorang, Aleenakah?

Memikirkan isterinya yang cedera makin membuak api kemarahannya. Dom mengetap bibir geram, mata dipejamkan menenangkan diri.

"I'll kill you for sure. You're mess with a wrong person Javier." gumamnya seorang diri.

Kaki pantas kembali ke motosikalnya, dihubungi juga Sheng dan Zen memaklumkan secara ringkas keadaan yang berlaku sebelum dia menunggang motosikalnya kembali, menuju ke rumah banglonya.

Sheng pula sudah mengarahkan beberapa orangnya agar menghilangkan segala bukti jenayah di rumah persinggahan mewah itu. Mayat-mayat pula akan ditanam jauh di dalam hutan untuk menghilangkan bukti.

Dom akan pastikan dia peroleh semula Aleena, dia akan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience