Chapter 18

Romance Completed 35261

Gambar-gambar dalam album dibelek satu per satu. Semua kisah-kisah silam diimbas kembali. Terdapat kisah untuk semua gambar yang simpan di dalam album itu. Ada kisah manis, ada kisah pahit. Semuanya adalah memori bagi Dato’Johari. Album itu merupakan harta untuk Dato’Johari. Matanya membulat saat tengok gambar sekumpulan wanita. Wanita-wanita yang ada dalam gambar itu semuanya telah memainkan peranan yang sangat besar dalam kehidupan Dato’Johari. Terdapat 4 orang wanita dalam gambar itu. 3 wanita sudah kembali ke pangkuan Allah. Seorang lagi masih hidup. Namun, Dato’Johari tidak mampu berjumpa dengan wanita itu.

“Apa khabar awak? Dah beberapa tahun saya tak jumpa dengan awak. Saya harap awak sihat walaupun awak tak berada di sisi saya.” air mata orang tua yang berumur 58 tahun itu bergugur. Kisah silam yang tak nak dikenang kembali bermain di kotak memorinya.

“Kalau awak tak buat macam itu, mesti sekarang kita masih bersama seperti dahulu.” rintih Dato’Johari. Setiap kali peristiwa hitam bermain di otak, setiap kali itu lah Dato’Johari menangis dan rindu wanita itu.

“Liza, abang rindukan dia.” Dato’Johari meluahkan perasaan rindu kepada arwah isterinya.

“Daddy.” panggil Sofia Amelia dan masuk ke dalam bilik ayahnya. Hatinya berasa sayu tengok ayahnya duduk sedih dan menangis di birai katil.

“Don’t cry daddy.” Sofia Amelia mengelap air mata dengan menggunakan jari. Matanya mengalih ke arah tangan milik Dato’Johari yang memegang albumnya.

“Daddy, boleh Sofi tanya sesuatu?” menyoal Sofia Amelia. Pandangannya membawa maksud harapkan jawapan untuk soalan yang bakal ditanya sekejap lagi.

Dato’Johari hanya mengangguk. Sudah agak apa yang akan ditanya oleh Sofia Amelia.

“Don’t you want to share who is the lady in that picture?” Sofia Amelia soal lembut. Harap sangat ayahnya akan memberitahu siapa wanita dalam gambar itu. Soalan itu akan diajukan setiap kali apabila tengok ayahnya sedih seperti itu.

“Sofi, you will know once the suitable time has arrived.” tutur Dato’Johari perlahan.

“But when daddy?”

“Insha Allah. Secepat mungkin Sofi.” hanya itu sahaja dapat Dato’Johari memberitahu kepada anak tunggalnya. Selebihnya Sofia Amelia akan tahu bila tiba waktu yang sesuai. Bukan Sofia Amelia sahaja, ramai lagi akan tahu kebenarannya apabila tiba masanya.


*************************************

“Tar, esok aku balik kampung tau.” Iskandar Faiz memberitahu kepulangan ke kampungnya kepada Tarshan. Tarshan yang tengah berlari di atas treadmill memandang pelik.

“Kenapa tiba-tiba?”

“Sabtu ni pihak lelaki datang meminang Tasha.” Iskandar Faiz menjawab dan mengangkat dumb bell.

“Congrats Is. Nak tambah ahli baru.”

“Thank you Tar.”

“Ni, nak tanya. Macam mana dengan pejabat baru kau? Dah dapat tempat baru untuk buka office?” menyoal Tarshan. Iskandar Faiz tengah membuat persiapan untuk membuka pejabat hartanah baru di bawah nama sendirinya. Selepas projek akhir selesai, fokusnya kerjaya.

“Still looking Tar. Kau jadi kan kerja dengan aku?”

Tarshan dan Iskandar Faiz akan bekerjasama nanti. Kedua-duanya ada tanggungjawab masing-masing.

“Of course lah Is. Kita kena usaha lebih sikit masa awal. Later on it will be easy for us.”

“Betul tu. Semuanya akan susah apabila tahap masih awal, lama-lama ia akan jadi kebiasaan.” tambah Iskandar Faiz. Dia tahu betapa susah untuk maju dalam sesuatu kerja. Tak kisah lah kerja apa.

“Are you done for today?” menyoal Iskandar Faiz. Ingin balik ke rumah untuk menyiapkan kerja yang belum siap. Dua hari dalam seminggu Tarshan dan Iskandar Faiz akan pergi ke Anytime Fitness untuk workout.

“Done Is. Kejap. Aku nak ambil beg.” berkata Tarshan dan pergi ke tempat letak beg di hujung gym itu.


*******************************

“Assalamualaikum Sofi.”

“Waalaikumsalam Amir. Ada apa call?” menjawab Sofia Amelia. Suaranya kedengaran serak.

“Comelnya suara dia. Ini buatkan aku jatuh cinta lagi.” Amir gumam dalam hati.

“Amir?” Sofia Amelia panggil nama Amir.

“Ye. Sofi tidur ke?”

“Hish! Dia ni! Dah tahu aku tidur, boleh pulak tanya lagi.” geram Sofia Amelia.

“Ye. Ada apa call?” tanya Sofia Amelia lagi. Kalau ikutkan hati nak terus matikan taliannya.

“Esok awak free tak? Kita keluar lunch sama-sama.”

“Kenapa tiba-tiba?” nada Sofia Amelia berubah serius.

“Saje. Nak kenal-kenal. Jangan takut. Saya tak akan buat apa-apa pun kat awak.” janji Amir.

“Bukan pasal tu. Esok, nak jumpa pukul berapa? Kat mana?”

“Pukul 12 tengah hari. Kita keluar makan. I will come and fetch you at your house.”

“Okay la macam tu. Jumpa esok. Bye.” terus taliannya dimatikan oleh Sofia Amelia. Matanya berat.

“Thank you Sofi. Esok aku akan propose dekat dia. Harap-harap dia setuju.” Besar harapan Amir.


****************************

Tok! Tok! Tok!

“Masuk.”

Sofia Amelia masuk ke dalam biliknya selepas mendengar arahan dari dalam.

“Good Morning Dato’Johari.” Sofia Amelia mengucapkan selamat pagi. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar.

“Good Morning cinta hati daddy. What a pleasant surprise. Someone came to my office.”

“I miss my handsome daddy. That’s why I came to visit him.” menjawab Sofia Amelia. Butang interkom ditekan.

“Please bring a hot coffee and orange juice.” arah Sofia Amelia.

“So, tak lama lagi Sofi ambil alih business daddy kan?”

“Let me finish my studies daddy. 2 more semesters to go.” menjawab Sofia Amelia membuat muka bosan.

“Kenapa muka macam tu?” tegur Dato’Johari.

“Sebab daddy lah.”

“Me? Apa daddy dah buat?” Dato’Johari makin pelik dengan jawapan anaknya.

“Disebabkan daddy Sofi belajar course ini. Kalau tak, sekarang Sofi belajar fashion designing tau. Diikutkan sekarang Sofi dah habis belajar pun.”

“Sofi, you should study about business. So that you can take over my business.” Dato’Johari menenangkan anak perempuan yang tidak puas hati.

“Dato’, cik, ini air. Jemput minum.” tealady menghidangkan airnya.

“You?” Sofia Amelia terkejut. Muka yang dia pernah jumpa sebulan lepas.

“Sofi, ingat siapa mak cik ni lagi?” soal Dato’Johari.

“Yes.” jawab Sofia Amelia sepatah.

“Macam mana dengan anak kau?”

“Sofi! Cakap sopan! She is older than you!” tegur Dato’Johari.

“Macam mana dengan anak mak cik?” soal Sofia Amelia lagi dengan nada sindir.

“Alhamdulillah dia sihat, cik.” jawab Linda tersekat-sekat.

“Saya minta maaf. Saya tahu saya salah haritu.” Sofia Amelia meminta maaf atas perlakuannya terhadap anak Linda.

“Tak apa cik. Dah itu takdir. Kalau Allah dah tentukan, mesti itu akan berlaku jugak.” jawab Linda tenang.

“Okay.” Sofia Amelia sambung minum air yang dipesan. Linda pula keluar dari bilik majikannya.

“Daddy, Sofi nak keluar kejap lagi tau.”

“Keluar? Dengan siapa? Ke mana?”

“Amir. Dia ajak Sofi untuk keluar makan. Dia kata nak ambil Sofi kat rumah. Tapi, Sofi suruh ambil kat sini.” cerita Sofia Amelia.

“Dengan Amir. Okay. Take care dear.”

“Sure I will daddy.”

*****************************************

~ Sahara Tent Restaurant ~

“Take your seat.” ajak Amir. Tangannya tarik kerusi untuk Sofia Amelia.

“Terima kasih.”

“Nak makan apa?” soal Amir sambil duduk di hadapan Sofia Amelia.

“Ada menu tak?”

“I will ask. Kejap.” Amir memanggil pelayan. Suruh membawa buku menunya.

“How was your day Sofi?”

“Going good.” jawab sambil membalas mesej dalam Whatsapp.

“Here is the menu Sofi. Order lah.” Amir menghulurkan buku menunya. Matanya perhatikan setiap inci muka Sofia Amelia yang tanpa solekan tebal itu.

“Tetap cantik walaupun tak make up.” Amir masih menatap muka Sofia Amelia. Sudah 4 tahun Amir jatuh cinta dengan Sofia Amelia.

“Mr Amir.” Amir berasa ada tangan yang memegang bahunya.

Amir dan Sofia Amelia memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu juga membalas pandangan Sofia Amelia. Lantas satu senyuman dihadiahkan kepada Sofia Amelia. Sofia Amelia terkejut memandang senyuman lelaki itu. Kakinya terus berdiri tanpa disuruh. Hatinya berdebar-debar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience