EP 11 : 10 Fakta Comel Tentang Kucing

Mystery & Detective Completed 1789

Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah memotong hujung jubahnya hanya kerana tidak mahu membangunkan kucing yang sedang tidur di atas jubah baginda SAW.

Kucing adalah mamalia yang paling banyak memperuntukkan masanya dengan tidur. Ia menghabiskan masa untuk tidur selama 16 jam setiap hari. Ini bermakna, seekor kucing yang berusia 7 tahun hanya berjaga selama 2 tahun sahaja.

di bawah adalah beberapa fakta menarik mengenai kucing.

Kucing menyimpan tenaga dengan tidur sehingga 13-14 jam sehari.Dalam bahasa Inggeris, kucing jantan dipanggil ‘Tom’, kucing betina pula digelar ‘Molly’ dan anak kucing seperti yang anda semua tahu dinamakan ‘Kitten’.Kucing mempunyai deria penglihatan yang sangat tajam di waktu malam iaitu enam kali lebih bagus daripada penglihatan manusia.Jangka hayat seekor kucing mencecah sehingga 12-15 tahun.Kucing tiada deria rasa manis.Menurut kajian, pemilik kucing jarang diserang penyakit jantung atau strok.Kucing jantan akan menggunakan tangan kiri ataupun dipanggil kidal manakala betina lebih menggunakan tangan kanan ketika melakukan sesuatu.Kucing mampu mengeluarkan 100 jenis bunyi yang berbeza dan setiap satunya mempunyai maksud dan tujuan.Kucing kurang gemar bersosial seperti anjing, namun kucing lebih bijak menyelesaikan masalah sendiri contohnya cara untuk melepaskan diri dari dalam sangkar. Nakal!Kucing boleh melompat sehingga enam kali ketinggiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience