BAB 2

Adventure Completed 1114

“Maaf, tetapi ini adalah keputusan muktamad daripada guru besar supaya kamu berdua mengambil pengajaran daripada kejadian ini,” katanya dengan nada yang tegas. Aku memandang ke arah ibu bapaku yang sedang memandangku dengan pandangan yang tajam. ‘Ini tidak adil,’ keluh hatiku. Aku dan Tom digantung sekolah selama dua hari. Di dalam kereta pula ibuku tidak terus memarahiku namun bertanya apa yang telah menyebabkan pertelingkahan itu. Aku menjelaskan kepada mereka dengan berhati-hati dan aku sangat bersyukur kerana mereka memahamiku.

“Ibu tahu anak ibu ni baik. Tapi lepas ni, ibu tak mahu dengar perkara ini berulang, faham?” kata ibuku tegas. Aku mengangguk. Aku kira ibu bapaku akan memarahiku dengan teruk.

Aku melihat jam di atas meja, sudah pukul 7 pagi. Pasti ramai yang sedang bergegas untuk ke sekolah. ‘Haih,’ keluhku. Aku segera membersihkan diri walaupun aku tidak tahu apa yang harus aku buat selepas ini, mungkin hanya menonton televisyen. Ketukan di pintu mengganggu tumpuanku yang sedang asyik menonton televisyen. ‘Siapa pula yang datang pada waktu macam ni,’ segera aku menuju ke arah pintu.

“Ya, encik cari siapa?” tanyaku kepada lelaki yang bernama Heliax seperti yang tertera di tag namanya.

“Ada orang dewasa di rumah? Awak, Max Alexander dan awak telah diberi tawaran untuk masuk ke sekolah SPA, iaitu ‘Space Academy’. Jadi, saya ingin berurusan dengan orang yang bertanggungjawab ke atas awak,” katanya sambil tersenyum. Kata-katanya terngiang-ngiang di kepalaku. Sekejap, bagaimana dia tahu namaku. Aku memandangnya dengan lagak yang terkejut.

“Awak antara orang yang mendapat markah tertinggi dalam pertandingan kuiz angkasa lepas. Bagaimana kami tahu nama dan tempat tinggal awak pula, tidak susah untuk kami mengesannya kerana ramai yang hanya menjawab kuiz secara online itu tanpa memberi apa-apa butiran tentang diri mereka. Jadi, jangan terkejut,”katanya bersahaja. ‘Oh begitu,’ kata hatiku.

“Err…tiada sesiapa di rumah sekarang ini,” balasku.

“Saya akan datang lagi petang ini. Saya tahu tentang perkara yang telah terjadi kepada awak. Tidak susah untuk kami mengetahuinya. Jadi, ini mungkin peluang untuk awak menggembirakan hati mereka,” katanya seraya berjalan meninggalkan rumahku. Aku termangu seketika. Aku terus menutup pintu dan bergegas membuka laptopku. Ternyata orang itu berkata benar. Terdapat sebuah akademi angkasa dan akademi itu terletak di… aku terus ternganga. ‘Di angkasa?’ jerit hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience