Bab 2

Short Story Series 16005

Pada malam itu, Deyna dan Hazira melepak didepan televisyen kerana itulah kerja mereka berdua apabila waktu malam menjelma.

"Rah kau ingat tak masa sekolah dulu yang aku selalu ajak kau keluar kelas semata-mata nak usyar crush aku." Deyna mula bersuara.

"Mestilah aku ingat sampai kau tergedik-gedik usyar dia. Kalau boleh setiap hari kau nak tengok dia sampai aku pun naik jemu. Kenapa tiba-tiba tanya?" tanya Hazirah dengan mata masih melekat di televisyen dan mulut mengunyah biskut kering cicah kopi. Sedapp

"Kau nak tau something tak Rah?" saja nak buat minah ni suspen.

"Kau pahal? Atau ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku ehh." sempat pula tangan Hazirah tampar peha kuat pula tu sambil jeling aku tajam.

Deyna menggosok pehanya yang kesakitan dengan muka monyok dia berkata "sakit laa bongok. Tadi masa aku hantar air kat meja 15 aku jumpa dia dengan kawan-kawan dia."

Terkedip-kedip mata Hazirah tengok aku. "Dah kenapa minah suku ni kena sampuk ka apa. Jangan cakap dia terpesona dengan kecantikkan aku."gumam Deyna dalam hati sempat dan sempat juga puji diri sendiri.

"Kau biar betul. Wuishh rilek ehh kau jumpa dia. Taklah buat perangai macam dulu-dulu. Asal crush lalu depan mata je dah tergedik-gedik." dengan mata bulat dia yang dibulatkan lagi. Sekali tengok okay tapi kali kedua tengok dah macam nak tercabut dah mata tu.

"Heii minah suku aku hantar air kot takkan la aku nak pergi berjoget depan crush aku tu pula. Agak-agak la lagipun mula-mula tu aku tak berapa nak ingat sangat muka tu la yang aku rilek ja." balas Deyna dengan tangan pergi sentuh mata Hazirah supaya jangan besar sangat takut tercabut pula mata tu.

"Hishh habuk laa. Kau pegang roti tadikan pergi sentuh mata aku pulak." terus Hazirah tonyoh mata dia sebab serbuk roti masuk dalam mata.

"Hehe lain kali mata tu jangan nak besar sangat." balas Deyna sambil tersengih

"Dah laa Na jom masuk tidur dah lewat dah. Esok kerja." terus mereka berdua tutup suis diruang tamu dan terus masuk bilik masing-masing.

Keesokan harinya, macam biasa Deyna dan Hazirah akan terus pergi cafe. Sempat mereka berhenti di 7E sebelum pergi cafe.

"Rah aku pi tempat air jap."selepas itu Deyna terus pergi apabila Hazirah mengangguk.

"Coffee atau 100plus ehh. Kalau aku ambil 100plus mesti minah suku tu bebel sebab nanti takut gastriklah itulah, inilah. Hmmm tak apalah ambik coffee lah."gumam Deyna didepan peti ais tu.

Selepas mengambil coffee terus Deyna pusing tetapi ada seseorang menghalangnya. Wajahnya tidak nampak kerana orang itu membelakanginya.

"Excuse me encik, boleh ketepi sikit saya nak lalu."kata Deyna kepada orang tersebut.

Pusing sahaja orang itu terus membuat Deyna terkedu,terbeku dan segala-galanya.

"Ohh maafkan saya ya cik. Saya tak perasan ada orang dekat belakang saya." ucap lelaki itu dengan senyumannya yang mampu membuatkan seorang Deyna cair kerana lelaki itu adalah Aidil Haziq crush kepada Deyna Uqasha.

Dengan gelabahnya Deyna berkata "aaaa terima kasih, saya minta diri dulu ya encik. Assalamualaikum."laju Deyna berlalu pergi tinggalkan lelaki itu yang sedang tersenyum.

"Waalaikumsalam. Cute." terus Aidil Haziq ambil barang yang mahu dibeli dan terus membuat pembayaran.

TBC...

Follow to unlock new chapter...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience