BAB 9

Romance Completed 2053

Aku tidak pedulikan si Akmal yang asyik membebel di telinga ku. Malas melayan kerenahnya. Aku terus menghalakan perhatianku ke arah stage dan menikmati persembahan gadis itu bersama budak band Phantom.

Suara gadis itu yang merdu dan perlahan membuatkan aku terbuai di alam fantasi. Membuatkan aku hampir lupa bahawa aku berada di alam realiti.

AKU mengambil peluang untuk bersembang dengan members band Phantom. Sudah agak lama rasanya sejak kami semua bersembang. Sudah hampir setengah tahun, rasanya.

Kelihatan beberapa orang lelaki sedang asyik bersembang dengan seorang gadis yang memakai dress hitam merah. Gadis Phantom tadi.

“Good evening, kids.” Sejujurnya, aku agak nervous dan tidak tahu bagaimana untuk menegur mereka. Ini kerana sudah agak lama aku tidak bertegur sapa dengan mereka.

Yang paling tinggi dan sasa, yang mana ku kenali sebagai Zack menoleh dan tersenyum. “Senior...Wan Firhan, right?” Dia juga seperti teragak-agak.

Aku tersenyum. “Ye. Dah lama dah tak sembang dengan kau orang semua. Macam mana? Sihat ke?” Mataku liar mencari seseorang yang ku rasa tiada di situ.

“Who are you looking for, Wan Firhan ?” Eyra iaitu gadis yang membuat persembahan di atas stage tadi, menegur aku diiringi dengan senyuman sinis.

Aku tersedar dan berdehem. “Gadis yang...jadi main singer tadi, mana?” Oh Tuhan, kenapalah aku ini lurus sangat?

Ku lihat reaksi Eyra dan Putera Rayyan atau lebih dikenali sebagai Prince iaitu leader Phantom yang memakai kot hitam merah dan topeng hitam juga berbulu merak, memandang satu sama lain dengan pandangan yang sukar ditafsir. Mereka kemudiannya tersenyum.

“Ada apa hal dengan dia?” Prince bertanyakan pada aku sambil tangan kanannya diletakkan di atas bahu Eyra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience