Aku melangkah longlai keluar dari bilik doktor Syura. Aku tersandar pada dinding sebelum terduduk perlahan-lahan. Aku merapatkan kedua-dua belah kakiku ke dada. Aku menyebamkan muka ke kakiku. Aku kembali teringatkan perbualan aku dengan doktor Syura. `Cik Ryana'. Panggilnya. Aku mengangkat muka memandangnya. `Cik kena kuat.. Saya tahu ni semua susah untuk cik terima.. Tapi percayalah.. Kalau cik berusaha bersungguh-sungguh untuk pulih.. Insyaallah cik akan pulih'. Ujar doktor Syura. Aku menggelengkan kepala. `Kanser doktor.. Kanser.. Benda yang paling saya takut di dunia ni.. Telah terjadi pada saya.. Lagi-lagi kanser otak.. Dan masa saya untuk hidup hanya tinggal 8 Bulan doktor. Macam mana? Macam mana saya nak kuat? 'soalku teresak-esak. `Cik.. Kalau cik berusaha.. Dan dengar cakap saya.. Saya jamin.. Cik akan selamat.. Cik perlu lakukan pembedahan segera'. Ujarnya lagi. `Doktor.. Sakit saya ni.. Dah sampai stage tiga.. Ini mungkin dulu.. Entah-entah sekarang dah stage empat.. Baik saya tak payah lakukan pembedahan. Biar saja saya tunggu masa.. Saya dapat tahu ni pun dah buat diri saya lemah doktor'. Balasku. `So, cik Syura tak nak buat pembedahan? Nak biar macam tu je? 'soalnya. Aku mengangguk perlahan. Doktor Syura tersandar di kerusinya. Aku hanya menundukkan muka. `Cik.. Saya tak paksa cik.. Ikut suka ciklah.. Tapi saya tetap akan bagi surat kebenaran untuk tandatangan.. Kalau cik tukar fikiran nanti.. Cik datanglah jumpa saya.. Saya akan membantu apa yang patut.. Oh ye! Saya juga akan bagi ubat.. Saya harap cik akan makan ubat itu.. Jangan tak makan cik.. Ubat pun penting jugak untuk diri cik.. Tapi saya betul-betul harap yang cik akan lakukan pembedahan'. Ujar doktor Syura setelah lama mendiamkan diri. Dia menyerahkan sehelai surat kepadaku. Aku mengambilnya dan terus masuk ke dalam sampul tadi. Aku memandang doktor Syura. `Thanks doktor.. Kalau takde pape.. Saya balik dulu'. Ujarku. Doktor itu mengangguk sambil tersenyum. Aku membalas senyuman itu sebelum aku bangun dan berlalu pergi. `Cik.. Cik'. Sapa seorang jururawat. Aku tersentak. Aku mengangkat wajahku. Aku pantas berdiri. Jauh sangat aku termenung! `Cik okay ke? Kenapa duduk kat sini? 'soal jururawat itu. `Saya.. Saya okay.. Saya mintak maaf.. Saya pergi dulu'. Ujarku. Aku terus berlalu pergi. Nasib sungguh menyebelahi aku hari ni! Ada saja teksi yang lalu. Aku pantas menahan. Aku terus memberitahu tempat yang aku tuju. Lelaki itu mengangguk sebelum memecut laju. Aku hanya diam. Aku memandang kosong sampul yang berada dalam genggamanku. Mana aku nak sorok benda ni? Aku tak nak Hana tahu! Aku tak nak susahkan dia lagi! Ujarku dalam hati. Tanpa berfikir lanjut.. Aku terus melipat sampul itu sehingga menjadi kecil dan aku memasukkanya dalam poket. Aku kembali memandang ke luar. Aku pantas bersuara. `Encik.. Encik berhenti je lah depan tu'. Ujarku. Lelaki itu mengangguk. `Berapa? 'soalku. `RM15 ringgit cik'. Balasnya. Aku melihat dompetku. Aku pantas menghulurkan duit RM20. `Encik simpan je baki.. Saya ikhlas.. Terima kasih'. Ujarku. Tanpa menunggu balasan aku terus keluar dari teksi itu. Aku memandang teksi itu sebelum aku masuk ke dalam universiti. Aku mesti beli makanan! Ini akan menyebabkan Hana tak soal siasat kat aku! Aku terus berpatah balik dan aku menuju ke gerai makanan yang berdekatan. Aku memesan makanan dan minuman yang Hana gemar. Tak sampai 20 minit sudah siap. Aku terus menuju ke asrama. Sesampai sahaja di bilik dan aku membuka pintu, sepantas itu bantal hinggap di mukaku. Aku sempat menyambutnya daripada terjatuh. Aku menjeling Hana. `Qilla! Kau gi mana hah? Aku telefon tak berjawab! Buat aku risau tau tak! Kau gi mana? 'soalnya. Matanya berair. Menangis ke minah ni? Aku terus masuk ke dalam bilik sebelum menguncinya. Aku kembali memandang Hana. `Aku beli makanan untuk kita.. Tadi orang ramai sangat.. Sorrylah buat kau risau'. Balasku. Aku meletakkan makanan di atas meja dan sebaik aku berpaling menghadap Hana, sepantas itu dia memelukku. Aku terpempan seketika. Hana menangis di bahuku. Aku menggosok belakangnya. `Shh.. Hana.. Dahlah.. Aku ada ni kan.. Aku dah balik dah pun'. Ujarku. Sampai begini Hana menangis? `Kau tak tau Qilla.. Aku.. Aku.. Aku risaukan kau.. Aku call pun.. Tak nak jawab.. Kenapa.. Kenapa kau buat..kenapa kau buat aku macam ni haa? Aku risau tau tak! 'ujar Hana tersedu sedan. Aku menahan air mataku daripada jatuh. Aku harus kuat! `Hana.. Aku tak gi mana pun.. Aku beli makanan je.. Tadi aku nak kejutkan kau.. Tak sampai hati.. Aku tau kau masih penat.. Aku nak kau rehat je.. Dahlah.. Aku dah ada kan'.balasku. Hana meleraikan pelukan. Dia memandangku. `Lepas ni.. Janji dengan aku.. Kalau kau nak gi mana.. Bagitau aku dulu.. Tak kiralah aku tengah tidur ke apa ke.. Kau kena bagitau aku Qilla! Takdelah aku risau sampai macam ni! Aku just.. Tak nak terjadi apa-apa dekat kau'. Balasnya. Sungguh! Dia terlalu risaukan Qilla. Air matanya yang mengalir dibiarkan. `Okay.. Okay.. Aku janji lepas ni.. Kalau aku nak ke mana.. Aku bagitau kau dulu.. Dahlah.. Tak payahlah nak nangis lagi'. Pujukku. Aku menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Hana mengenggam tanganku. `Aku just risau.. Ingat.. Kau sorang je sahabat baik aku.. And kau sorang je yang paling faham.. Dan aku tak sanggup... ` Kehilangan aku? 'pintasku. Hana hanya diam. Aku mengenggam kedua-dua belah tangannya. `Hana.. Aku dah janji kan.. Percayalah.. Aku takkan tinggalkan kau'. Ujarku lagi. Hana mengangguk. `Okaylah aku nak masuk mandi dulu.. Lepas tu baru kita makan sesama'. Ujar Hana. Aku hanya mengangguk. Aku melepaskan genggaman. Aku melihat Hana yang sudah masuk bilik air. Aku mula berasa sakit di kepalaku. Pantas aku mengambil ubat yang aku sorok dalam poket. Aku mengambil sebiji ubat kecil itu lalu memakannya. Selepas itu aku memasukkan ubat itu dan sampul surat ke dalam beg aku. Aku duduk di atas katil. Aku memejamkan mata seketika. Maafkan aku Hana! Aku tak boleh nak bagitau kau! Aku lemah! Aku lemah kalau tengok kau nangis! Biarlah! Biarlah aku yang tanggung semua ni! Aku tak nak susahkan sesapa! Tapi kau jangan risau Hana.. Aku akan tetap lindungi kau daripada yang berdendam dengan kau.. Aku takkan benarkan sesapa untuk menyakitkan hati kau! Aku janji Hana.. Aku janji! Gumamku dalam hati. Aku melihat Hana sudah keluar dari bilik air. Aku memandangnya. `Dah.. Jom makan'. Ajak Hana. Aku hanya menurut.
Share this novel