"Apa sebenarnya dah berlaku ni?Memangnya kapal ni akan di serang ke?"tanya Davina dengan cemas sewaktu dirinya di bawa ke sebuah tempat di suatu ruang yang ada di dalam kapal tu dengan Eden dan Declan.
"Mana yang lain?Dia orang dah standby?"tanya Declan sewaktu tanggalkan kot dari badan lalu di letakkan atas bahu Davina.
"Huh?"nganga Davina yang memikirkan Declan bercakap dengan dia sedangkan lelaki tu berhubung melalui alat komunikasi yang dipakainya.
Eden buka pintu yang ada di situ lalu Tarik Davina masuk ke dalam. "Sini..."ajaknya.
Kepala Davina berpaling laju ke Eden pula. Matanya bulat memandang ke wajah serius Eden. "Eden..apa yang sebenarnya akan berlaku ni?Boleh tak beritahu aku?"dia hanya datang ke sini dengan niat mahu bercuti, bukan hadapi situasi bingung dan complicated macam ni. Kenapa la sekali tu dia tak boleh nak enjoy hidupnya dengan tenang buat seketika?
Tapi Eden pun tak cakap apa-apa,.
"Guys?Seriously?"soal Davina dengan nada tak percaya sebab sejak tadi dirinya tidak dihiraukan.
Masuk saja dalam ruangan tu, Davina di sapa dengan pemandangan beberapa orang bersut combat, gogel merah di muka bertopeng, senjata ditangan, sut kalis peluru memenuhi sudut pandangannya.
What on earth is going on!!!Menahan nafas Davina di buat pemandangan itu.
"Kapal ni sebenarnya menjadi target untuk di rompak. Dan hampir separuh daripada pengunjung dalam kapal ini adalah tentera dan pasukan operasi...ianya adalah perangkap." beritahu Eden sambil tanggalkan kot dari badan di depan Davina ketika itu.
"Hah?"nganga Davina yang semakin banyak kerutan timbul di keningnya. Apa yang Eden cakap?Perangkap?Dah tu yang dia ada dekat sini sekali dah kenapa?Memangnya kalau dah tahu kapal ni bakal di rompak kenapa still terima pengunjung. Kebodohan apakah ini semua? "Dah tu kenapa aku boleh ada dekat sini?"
Lalu muncul Declan dari belakang. Lelaki itu turut lakukan hal yang sama. Dia dengan bersahaja tanggalkan pakaian di situ. Hendak tukar kepada pakaian sut combat yang bersesuaian. "Itu adalah soalan yang aku nak tahu jugak jawapannya apa?Kenapa kau boleh ada dekat sini?"tanya dia.
Oleh kerana Davina seorang doctor dan banyak handle pesakit lelaki mahupun perempuan yang tidak berbaju tindakan dua lelaki di depannya bukan hal besar buat dia. Dia hanya pandang akan dua lelaki yang kini hanya mengenakan boxer di depannya bersama muka tak percaya. "What do you mean what I'm doing here?" ngerangnya dengan jengkel.
Serius!Dia serabut sekarang ni!
Sambil di bantu oleh mereka yang ada di situ, Declan dan Eden mengenakan pakaian combat di badan dengan masa yang singkat.
"That exactly I want to know too?"ujar Eden setelah itu.
"Of course saya datang ke sini hendak bercuti. lapangkan fikiran saya selepas saya putuskan pertunangan dengan Kaden....pada awalnya semuanya nampak indah dan menenangkan sehingga la awak semua muncul dan rosakkan semua ni.."luah Davina sambil aju tangan ke seluruh manusia berpakaian serba hitam dan gogel merah di depannya ketika ini.
Elok Eden yang hendak mengenakan sut kalis peluru di badan berhenti.
Declan yang baru nak pakai helmet keselamatan di kepala kaku dengan kedudukan tangan pegang helmet dekat tangan.
Dan dengan serentak mereka berdua menyeru.
"APA?"
Davina berkedip mata bila suara lantang mereka menempik kearah dia dengan serentak.
"Apa yang apa?"tanya Davina semula dengan muka tak faham.
"Kau kata dia dah tunang?"soal Declan pada Eden.
"Aku tak tahu yang dia dah putus."bidas Eden pula.
Davina pandang silih ganti akan dua lelaki di kanan dan kirinya ketika itu. Seriously?Time macam ni jugak ke nak berbalah?
KLIK!
"Tuan!Musuh dah berada dalam kapal.."pintu ruangan itu terbuka dengan mengejut sebelum seorang lelaki bersut jengah kepala di situ.
Dengan serentak semua orang dalam ruangan itu pandang ke lelaki tersebut. Termasuk Davina sendiri. Sekali lepas dia pandang, matanya terbutang kaku. "Hei!Awak waiter di restoran tu kan?"tanya dia.
Lelaki itu buat muka kekok. "Tak ianya hanya penyamaran saja."ujarnya.
Berdengus tak percaya Davina pandang ke Eden dan Declan yang sudah pun berubah menjadi setiap seorang yang ada di dalam ruangan tu.
"We talk about this later Davina...until then. Stay here. Don't go anywhere..understood?"beritahu Declan dengan nada authority kepada Davina sambil check senjata yang di pegangnya.
Tak membalas, Davina hanya silangkan tangan ke dada tak puas hati.
"Okay...semua gerak!"arah Eden yang tolak Davina ke tepi untuk beri laluan. "Stay!"arah dia sambil berlalu pergi ke arah pintu.
Seorang demi seorang di perhatikan oleh Davina keluar dari ruangan tu Bersama muka tak terkatanya. Bawah bibirnya di gigit kerana geram. Dan bila Declan orang terakhir yang keluar lelaki tu berdiri depan Davina dan tekup tepi pipi tu dengan tangan bersarung hitam tebalnya.
"Tunggu aku."mintanya sebelum keluar dari situ.
Tak sampai lima saat bilik yang tadi sibuk dan penuh menjadi lengang dan senyap tiba-tiba. Davina yang begitu tergamam dan masih tak percaya dengan apa yang sedang berlaku terduduk dekat atas kerusi yang penuh dengan bekas dan peralatan combat itu.
"Apa la yang aku dah libatkan diri sekarang ni?"dahinya di tekap dengan tapak tangan sebelum tangannya di siku atas lengan kerusi tu. Davina pejam mata untuk tenangkan diri.
Share this novel
wahhhhh.. "apekah ini - davina" huhuhu sabar yeee davina bg settle luuu hehehee.. nnti tinta update lagi tauu.. lepas baca cerita tinta kat pastu baca cerita tinta dekat NP plak hehehe