BAB 9

Mystery & Detective Completed 36681

Leah maid: Mem so sorry, today I want to take day off and I will back to work tomorrow and help prepare for Abil show, thank you.

Lisa menarik nafas lega sebaik saja menerima sms dari Leah, dia belum bersedia untuk melihat wajah Leah.

Deruman enjin motorbike Benjy memecah suasana pagi, tanpa sebarang kata-kata atau pujukan Benjy pergi begitu saja.

‘Mommy, siapa nak hantar kami ke sekolah? Daddy already off to work, no goodbye kiss for us? Why mommy? Tanya Abil, pertanyaan Abil itu seraya membuatkan airmata Lisa mengalir, dia cuba berpaling enggan dilihat oleh Abil, tapi Abil mendapatkan ibunya lalu memeluknya erat.

‘No worries mommy, everything gonna be fine, Abil kan ada,’ pujuk Abil, sungguh Lisa terkejut dengan perubahan Abil, Abil yang dikenalinya seorang yang keras kepala, degil, tak suka warna pink walaupun suka kartun Disney, seorang yang berdikari dan anak yang membencinya.

Lisa memeluk Abil erat, ‘anak mommy dah jadi anak dara, dah besar dah! I love you baby.’

‘I love you to mommy, sorry selalu risaukan mommy, janji dengan Abil yang mommy akan datang masa Abil perform nanti, Abil nak mommy ada, make sure mommy ada ya, kalau tak Abil takut,’luah Abil, dan Lisa mencium pipi anaknya itu berkali-kali, kedua

‘Mommy where is kakak Leah? I want kakak leah, bring her back!’ Bella yang dari tadi cemburu melihat Lisa dan Abil berpelukan dari luar bilik, merosakkan suasana dengan menjerit bertanyakan Leah.

‘Stop it Bella! Jom bersiap, mommy akan hantar!’ ajak Abil, Bella merenung tajam ke arah Lisa sebelum berlalu dengan memberikan jelingan maut pada Lisa, namun Lisa terlalu letih untuk memarahi anaknya. Dia hanya membiarkan saja Bella.

‘Yang bapa nak hidup bujang, 11 tahun hidup bersama baru sedar agaknya tak puas hidup membujang, bapa dan anak sama, ketagih kasih sayang pinoy!’ getus hatinya.

Selesai menghantar anaknya ke sekolah, Lisa pergi semula ke kedai Uncle Sam. Dia tahu kamera di rumahnya masih berfungsi dengan baik, pagi tadi masih elok terakam. Dia cuba menyedapkan hati dengan menyatakan barangkali ia disebabkan oleh kesilapan teknikal. Itu saja caranya untuk dia terus mempercayai suaminya.

‘Hi Mrs yang menawan macam Monica Belucci, you tau ka itu Monica Belucci bond girl? Long time no see you, so are happy with my spy cam?’ sapa uncle Sam riang sebaik saja melihat Lisa, tidak sukar baginya mengingati raut wajah Lisa, kerana kecantikan wanita berdarah serani kacukan Rusia ini sangat unik.

Lisa tersenyum gembira, dalam hatinya tuhan saja tahu, ikutkan hati mahu saja dia memeluk uncle sam dan menangis sepuas-puas hati, tapi dia kuatkan semangat.

‘Uncle Sihat?’

‘Tadi sakit, tapi bila tengok you terus sihat.’

‘Spy cam haritu memang the best tapi is there any possibility yang cam tu tak berfungsi ke uncle?

‘It could be, tapi that one high quality and as I said kalau service once a year, anything wrong senyorita?’

‘oh I see, nothing wrong, actually I want to get more spy cam, give me the best quality you have, don’t bother about the price,’ ujar Lisa seraya mengeluarkan kad kredit America Express.

Kali ini dia istiharkan perang. Serang dalam diam, serang dari semua penjuru.

Piring hitam album Bob Dylan berkumandang di segenap ruang, di kamar inilah tempat dia berehat menenangkan fikiran. Rumah yang direkanya sendiri sebagai kejutan untuk Lisa, Baru 80% siap, hujung tahun mereka sekeluarga boleh berpindah. Tapi bila mengenangkan dengan apa yang terjadi, dia menjadi marah, hilang arah dan putus asa.

Mungkin ini penghujung rumah tangga mereka, Benjy meneguk bir sepuas hatinya, sudah bertahun dia tidak menyentuh alcohol tapi sekarang dia mahu hilang… hilang dari semua.

Dia sudah tahu selok belok rumah ini dan disebabkan dia sudah beramah mesra dengan jiran-jiran dan sekuriti di kawasan perumahan ini, bukanlah sesuatu yang sukar untuk menyelinap masuk, malah dia boleh masuk dengan selamba kerana dia tidak pergi jauh, selama ini dia tinggal bilik stor rumah mereka. Baginya Lisa tidaklah sehebat mana kerana gagal menghidu ‘tempat tinggalnya’ selama ini.

Semalaman dia berfikir bagaimana Lisa boleh tahu tentang dia berbual lama dengan anaknya, dia mula memeriksa setiap penjuru rumah kalau kalau Lisa ada memasang CCTV di rumah, namun dia gagal menemuinya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa, matanya tiba-tiba tertumpu pada jam penggera yang terletak pada kabinet tv.

Dia membelek-belek jam penggera tersebut dan terlihat kelipan merah berkelip-kelip, kini dia tahu jawapannya.

Malam itu, setelah pasti suami dan anak-anaknya lena diulit mimpi, Lisa memulakan projek. Tadi dia sudah meletakkan camera dalam bentuk patung beruang di rak mainan anak-anaknya, tinggal lagi diaa perlu meletakkan lebih kurang 10 biji kamera mini.

Kali ini dia lebih teliti, semua camera tersedia dengan rakaman suara, ada yang diletakkannya di pasu bunga, rak buku, dapur, jam dinding, bilik bacaan, piano dan beberapa tempat lagi.

Kos untuk semua kamera cctv mini berteknologi tinggi ini adalah RM14,000.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience