Chapter : 14

Action Completed 48464

Shamir terjaga dari lenanya dia berasa sangat dahaga. Dia berjalan dengan perlahan lahan tidak mahu ada yang perasan. Tiba tiba dia terdengar suara orang sedang menangis. Dia mencari bunyi itu,apabila dia berdiri di hadapan pintu bilik Adelia,bunyi tangisan itu semakin kuat.

Dia mengintai untuk melihat apa yang berlaku di dalam bilik itu. Kelihatan Adelia sedang berbaring di atas katil sambil memegang sekeping gambar. Dia bersa sedih

Perlahan lahan dia masuk ke bilik Adelia lalu memeluk gadis itu. Adelia terkejut lalu menolak lelaki itu untuk melihat siapa yang berani memeluknya. Shamir!!

"Kau buat apa hah?!"

"Takpe,kau nangis je ok,aku ada"

"Aku tanya kau buat apa dalam bilik ni"geram Adelia apabila lelaki itu masuk ke dalam biliknya

"Aku suami kau, aku ada hak"

"Aku tak nak suami macam kau"

Shamir tidak kesah,dia memeluk Adelia yang meronta ronta minta di lepaskan. Semakin lama Adelia berhenti dan menangis di dada bidang Shamir itu.

Shamir mengusap kepala Adelia dengan lembut. Dia melihat gambar yang di penggang oleh Adelia tadi. Ada dua orang kanak kanak perempuan yang sedang bermain mainan.

"Kau keluar lah, aku oke"

Shamir mengangguk lalu melepaskan pelukannya dia sempat mencium dahi Adelia sebelum keluar dari bilik itu. Dia tahu Adelia seorang yang baik hati.

Hanya dia yang tahu siapa Akrina dan siapa Adelia. Dia percaya jika suatu hari nanti dia memberitahu hal ini pada Razin mesti rakannya itu akan terkejut.

Azam sudah lama tidak dengar berita selepas dia berkahwin. Dengar cerita hari tu nak balik Malaysia. Tapi tak dengar khabar pon

Begitu juga dengan dia,dia merahsiakan semua ini pada rakan rakan. Dia tidak mahu bongkarkan rahsia sekarang.

Dia turun ke dapur untuk minum air. Kemudian dia masuk ke dalam bilik untuk solat. Dia melihat jam ynag sudah menunjukkan pukul 10.00 malam.

"Agak agaknya kan siapa yang ada dalam gambar tu?"tanya dirinya

"Patut tak aku tanya Adelia. Aku rasa tu dia dan sorang lagi siapa erh?"

"Pandai jugak perempuan ni simpan rahsia,pastu nangis malam malam"

Dia sudah berasa mengantuk. Dia berbaring dan melelapkan mata.

Adelia teringat dengan apa yang terjadi tadi. Dia tidak sangka yang Shamir datang untuk memujuknya. Macam mana kalau Shamir cerita dekat orang yang aku ni suka menangis.

Adelia memandang gambar yang di peluknya tadi. Dia mengambil dan mengusap gambar itu lalu menyimpannya di dalam sebuah kotak kecil.

Dia baring dan terus tertidur dengan lena

Pagi itu Shamir turun ke bawah untuk memasak. Di rumah hanya tinggal dia dengan Adelia sahaja. Jadi dia lah yang jadi tukang masak. Dia akan menipu Adelia yang masakan yang di masaknya selama ini adalah masakan kedai. Dia tahu jika dia beritahu yang masakan itu dia yang masak pasti Adelia tidak akan makan

Dia naik ke atas untuk memanggil Adelia makan. Dia melayan Adelia dengan biasa tapi tidak Adelia,layanannya sentiasa kasar terhadapnya. Dia tidak kesah,mungkin Adelia mahu biasakan dirinya dahulu

"Adelia,jom makan"ajak Shamir

"Kau makan lah dulu,aku tak nak makan lagi"balas Adelia

"Nanti perut kau sakit macam mana?"

"Kesah apa kau"

"Yelah awak isteri saya,takpe lah nanti kalau awak lapar awak makan tau"

"Aku tahu lah gila. Dah berambus kau"Shamir agak terkejut dengan Adelia. Hatinya sakit bila mengenangkan isterinya itu.

"Okey"

Dia kemudian turun ke meja makan untuk bersarapan. Dia seperti orang gaji di rumah ini. Hurmm biarlah demi memikat hati isteri

"Adelia, macam mana lah aku nak lembutkan kau"

Shamir berkira kira untuk berjumpa dengan ustaz. Dia agak pelik dengan Adelia. Pada waktu pagi wanita itu akan mengganas tapi pada waktu malam dia menangis.

"Takpe nanti aku panggil ustaz"

Tiada siapa tahu dia dan Adelia berada di Malaysia. Sebab tu dia merancang untuk panggil ustaz senang. Kalau di UK,tidak pasti apa yang akan berlaku

Dia sambung menghabiskan makanannya. Dia membersihkan dapur dan ruang makan itu.

Dia masuk ke dalam bilik dan membuka laptopnya. Dia cuba lihat apa yang Akrina sedang lakukan

'haih dah kenapa tak boleh buka ni'keluh Shamir

Adelia bersiap siap untuk berjumpa dengan adiknya. Dia memakai baju blouse biru bersama dengan seluar Jean. Dia mengikat rambutnya seperti ekor kuda.

"Shamir,aku nak keluar ni. Kau jaga rumah"

"Ye"

Dia turun ke bawah dan melihat hidangan yang ada di atas meja. Lapar tu lapar tapi aku ada keje

Dia menghayun kaki keluar dari rumah dan masuk ke dalam keretanya. Dia mengarahkan drivernya pergi ke suatu tempat.

"Mana kakak kau ni,lambatnya"rungut Kelly

"Sabar lah"

Pintu rumah di buka oleh seseorang. Adelia,ye Adelia yang masuk ke dalam rumah tu dengan tercungap cungap mencari nafas.

"Kak Adelia kenapa ni?"

"Kakak!"balas Adelia. Semua yang berada di situ terkejut. Mereka bangun dan menuju ke arah Adelia

"Ka..ka.k. dah balik?" tanya Adinin gagap

"Ye akak nampak dia tadi. Sempat jugak lah aku lari"kata Adelia yang mencari nafas

"Akak,Di takut"Adinin memeluk kakaknua Adelia

"Ye akak tahu"balas Adelia sambil mengusap belakang adiknya

"Okey,sekarang ni kita nak buat apa?"tanya Kai

"Aku tak tahu,kau ada rancangan tak Kai?"tanya Adelia. Dia sangat takut, sampai tidak dapat berfikir

"Okey,kita stay dulu dalam rumah ni. Aku try detected dia ada dekat mana"rancang Kai

Mereka hanya mengangguk

"Jangan takut,kalau dia datang sini pon dia tak boleh buat apa sebab rumah ni ada alat keselamatan"Kai cuba tenangkan Adinin dan Adelia. Siapa tidak takut dengan kakak mereka berdua

Ni adik dia pun dah takut nak jumpa apatah lagi orang lain kan.

"Dah jom makan"ajak kelly

"Ok jom"

Mereka menuju ke arah meja makan. Uih sedap erm. Mereka makan dengan berselera sekali

"Uih,kenyang"

"Tu lah, sedap benor"

"Biasalah Kel yang masak"

"Ye lah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience