Chapter 39

Romance Completed 35261

“Mak, mana abang? Saya cari abang. Puas dah cari seluruh rumah. Tak jumpa pun.” Mazlan bertanya kepada Datin Rafidah. Sudah dua hari Amir banyak berdiam, turun makan pun tidak. Lebih menyendiri apabila berada di rumah.

“Mak pun tak nampak, Maz. Kenapa dengan abang? Dia ada bagitahu awak tak?” Datin Rafidah risau akan perubahan anak sulungnya.

“Tak mak. Mari lah kita cari bersama.” ajak Mazlan. Dia pun pelik dengan perubahan perangai abangnya.

“Yelah. Awak dah cari di balkoni?” soal Datin Rafidah. Amir selalu berada di balkoni sekiranya dia mempunyai masalah.

“Saya lupa pulak mak. Kita cari sana.”

Datin Rafidah dan Mazlan menaik tangga hingga tingkat dua. Balkoni terletak di tingkat dua di rumah banglo Dato’Othman.

“Mak, abang kat sini rupanya.” bersuara Mazlan apabila nampak susuk tubuh Amir yang duduk bersandar di kerusi recliner.

“Abang.” panggil Mazlan. Mendekati Amir yang memejamkan mata. Gayanya seperti memikirkan sesuatu.

“Amir.” panggil lembut Datin Rafidah. Hati ibu kuat mengatakan anak sulung sedang mengalami masalah dan tekanan. Amir sedang memendam perasaan.

“Mak.” tersentak Amir saat mendengar suara ibunya.

“Amir okay tak?”

“Okay mak. Kenapa?” soal Amir. Bibirnya ukir satu senyuman paksa.

“Jangan nak tipu mak sayang. Mak tahu, anak mak ni ada masalah. Share with me. What is bothering you now?” tanya Datin Rafidah. Mana tahu Datin Rafidah dapat membantu Amir untuk mengalami masalah itu.

Amir yang nampak berserabut itu memandang ibunya. Mazlan setia mendengar perbualan antara ibu dan abangnya. Amir tarik nafas sedalam-dalamnya. Amir tahu ibu sudah pun tahu yang dia ada masalah di otaknya.

“Sofi dah kahwin, mak.”

Datin Rafidah dan Mazlan terkejut mendengar berita mengenai Sofia Amelia. Mereka berdua saling berpandangan.

“Bila dia kahwin?” menyoal Datin Rafidah. Hatinya sedikit kesal sebab tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan anak buahnya.

“Dua hari lepas.”

“Kenapa tiba-tiba dia kahwin abang?” Mazlan curiga.

“Sebab dia kena tangkap basah.”

“Apa?” mereka berdua terkejut lagi.

“Sebenarnya…” Amir menceritakan kejadian tempoh hari. Bagaimana dan kenapa Sofia Amelia terpaksa kahwin dengan tergesa-gesa.

Datin Rafidah rasa bersyukur apabila tahu Sofia Amelia kahwin dengan lelaki yang berusaha untuk menyelamatkannya. Walaupun hatinya rasa sedih sebab tidak boleh menjadikan Sofia Amelia sebagai menantunya, namun Datin Rafidah cuba menerima takdirnya. Anak sulungnya nampak dengan pandangan sayu. Dia faham tentang perasaan Amir sekarang. Amir mencintai Sofia Amelia dengan sepenuh hati.

“Amir, mak tahu Amir sedih. Bukan mudah untuk lupakan cinta kita terhadap seseorang. Apatah lagi kita cinta orang itu betahun-tahun. Tetapi ini takdir. Amir kenalah terima kenyataan Sofi sudah pun jadi milik orang lain. Amir lupakan Sofi ye. Doakan untuk kebahagiaan dia. Satu hari nanti Amir akan jumpa juga suri hati Amir yang sebenar. Amir dan Sofi tidak ada jodoh.” nasihat Datin Rafidah.

Amir mengangguk lemah. Hatinya sakit. Tetapi dia kena anggap Sofi dengan dia tiada jodoh. Biarlah Sofia Amelia hidup bahagia dengan Iskandar Faiz.


***************************

“Encik Hakimi, saya rasa encik masih ingat saya lagi.” tutur Inspektor Kimmy.

“Saya masih ingat. Ada apa encik datang sini?” soal Hakimi. Hatinya berdegup kencang.

“Anak encik ada dekat sini ke?”

“Err… kenapa encik?” soal Hakimi.

“Saya ke sini untuk tangkap anak encik.” kata Inspektor Kimmy.

Hati Hakimi hancur mendengar anak tunggalnya akan ditangkap oleh pihak polis. Apalah anak tunggalnya sudah buat sehinggakan polis nak tangkap dia?

“Boleh saya tahu kenapa encik nak tangkap Adam?”

“Anak encik menculik dan cuba rogolkan Sofia Amelia, perempuan yang encik jumpa hari itu di balai.” terang Inspektor Kimmy.

“Astaghfirullahalazim.” Hakimi mengurut dada. Kamsiah yang curi dengar perbualan itu berasa sebak.

“Ya Allah. Apa salah hambamu ini? Kenapa anak hambamu ini tergamak untuk rosakkan anak dara orang? Adakah ini semua salah saya? Saya terlalu manjakan dia. Sampaikan saya tidak pantaukan perlakuan dia. Sekarang saya terima balasannya.” rintih hati seorang ibu.

“Saya harap encik dapat memberi kerjasama kepada kami. Saya bukan sesuka hati nak tangkap anak encik. Saya ada bukti. Bukti CCTV footage. Suami perempuan itu yang membuat laporan polis.” beritahu Inspektor Kimmy apabila tiada balasan dari Hakimi.

“Adam ada kat dalam. Encik boleh tangkap dia. Saya tak akan halang.” kata Hakimi dan memberi laluan kepada anggota polis untuk masuk ke dalam.

“Terima kasih sebab bekerjasama encik Hakimi.” ucap Inspektor Kimmy manakala anggota polis lain sudah pun masuk ke dalam rumahnya.

“Ayah! Tolong Adam ayah! Please take me bail. Tolong ayah!” rayu Adam. Kedua-dua pergelangan tangan milik Adam telah dipasang gari.

Hakimi dan Kamsiah diam membisu. Adakah mereka akan menyelamatkan anak mereka? Ataupun biarkan anak mereka masuk ke dalam penjara?


***************************

“Sofi bangun.” kejut Iskandar Faiz lembut.

“Hurmmmm… give me 5 minutes, Is. I’m sleepy.”

“Bangun sayang. We have to go to try our outfit today. Appointment at 11am. Sekarang dah pukul 9am. Mandi, makan and then get ready to go to the boutique.”

“Saya sakit perut Is.” Sofia Amelia membuka mata dan mengadu kepada suaminya.

Malam semalam pun Sofia Amelia tidak tidur. Duduk menangis. Apabila Iskandar Faiz menyoal Sofia Amelia, barulah tahu yang isterinya sakit senggugut.

“I understand how painful you are. But papa dah fix appointment for us. Lepas balik saya janji, saya akan sapu minyak kat perut sayang. Now please wake up and get ready.” pujuk lembut Iskandar Faiz.

“Yela. I’m going now.” cebik Sofia Amelia. Dah lah perut sakit. Suaminya pula pujuk untuk keluar bersama. Memandangkan majlis sandingnya tinggal sehari sahaja lagi. Semua persiapan harus dibuat.


******************

“Dato’ here is an invitation for you.” kata setiausaha kepada Dato’Othman.

“Invitation? Dari siapa?” tanya Dato’Othman. Kad undangan dibuka. Matanya membulat apabila nama Sofia Amelia binti Dato’Johari tertera di muka depan kad undangan.

“Bila dia kahwin? Nama pengantin lelaki Iskandar Faiz? Kenapa bukan nama anak aku? Anak aku pun satu! Tak nak buat apa yang aku suruh! Macam mana aku nak balas dendam? Arghhhh!” mejanya tumbuk sekuat hatinya.

“Johari! Aku tak akan beralah dari balas dendam! Kesian kau Johari! Sebab kau kahwin dengan Aliza, kau dengan anak kau jadi mangsa aku pulak!” senyum sinis Dato’Othman.

“Driver, aku nak balik. Datang ke pejabat sekarang!” arah Dato’Othman.


**************************

“Ini ke kedai yang daddy cakap?” tanya Sofia Amelia.

“Yes Sofi. Papa share location kedai ini.”

“Puan Sofi?”

“Ye saya.” balas Sofia Amelia.

“Dato’Johari ada fix appointment. Puan dan encik nak tengok baju untuk majlis sanding kan?” soal planner yang diupah oleh Dato’Johari.

“Ye.” jawab pengantin baru serentak.

“Ada theme colour tak?”

“Is, any idea?” tanya Sofia Amelia. Langsung tidak fikir pasal majlis yang akan berlangsung sabtu.

“I will follow your selection sayang.” jawab Iskandar Faiz.

“Saya nak light colour, miss.”

“Light colour? How about this colour?” Planner menyoal sambil menunjukkan warna pink.

“Ada colour lain?”

“How about peach?”

“Sayang, abang rasa kan warna ini sesuai untuk sayang.” komen Iskandar Faiz. Gown yang berwarna peach, simple dan dihiasai oleh beberapa beads.

“Are you sure?” tanya Sofia Amelia.

“Yes. Cuba pakai. We will know whether it suits or not.” cadang Iskandar Faiz.

“Ye Puan. Cuba pakai tengok dulu. Mana tahu pilihan suami memang terbaik.”

“Okay. Give me few minutes.” kata Sofia Amelia dan masuk ke dalam bilik persalinan baju.

“Is.” panggil Sofia Amelia selepas 10 minit.

Iskandar Faiz yang sibuk memilih baju untuk dirinya terkedu saat tengok isterinya yang memakai baju yang dipilihnya. Sungguh cantik untuk Sofia Amelia. Seperti bidadari.

“Is, Is.”

“Yes Sofi.”

“Kenapa ini? Why do you react like seeing ghost?” tanya Sofia Amelia pelik.

“I am not seeing ghost, I am seeing a princess in front of me.” tutur Iskandar Faiz romantik. Memang isterinya sangat anggun dengan baju itu walaupun tidak solek. Tangan Iskandar Faiz melingkari pinggang ramping Sofia Amelia. Tarik badan Sofia Amelia hinggalah tidak ada sedikit ruang antara mereka berdua. Mata mereka bertembung. Masing-masing diam.

“So sweet both of you.” bersuara planner. Suara planner mengejutkan Iskandar Faiz dan Sofia Amelia. Serta-merta tangan milik Iskandar Faiz turun ke bawah. Muka Sofia Amelia merah bagai buah tomato. Tak sangka suaminya seorang yang romantik!

follow my ig miz.kikki_novelplus untuk tengok teaser dan watak-watak ^^. Jangan lupa rate and comment :) Selamat membaca darlings !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience