JARANG sekali lelaki ini akan pulang ke kampung. Tidak sampai satu hari pulang ke sini, sebelah petang sudah mahu beredar. Pening kepala Suriah dengan sikap anak bujangnya yang seorang ini.
Benjamin duduk di muka pintu memakai semula kasut kulitnya. Sedang berkira-kira untuk pulang, dia di tegur oleh si ibu.
"Sampai bila kau ni nak biar membujang?. Ibu ni nak jugak merasa cucu dari anak kau."
Perkara yang sering di ulang-ulang itu di anggap alah bisa tegal biasa. Bukan tidak mahu bertumah tangga. Tapi kesetiaannya pada Tuan Syed yang menjadi galang ganti. Tuan Syed lebih utama.
"Mungkin tak sampai masa lagi. Ben malas nak fikir hal remeh." Balas Benjamin.
"Tuan Syed tu takkan halang kalau kau nak berkahwin kan?. Jangan nak dalih." Suriah menyangkal jawapan dari anaknya itu.
"Ben pergi dulu ibu. Dah lambat ni." sengaja Benjamin menciptakan alasan.
Tangan si ibu di raih dan di cium penuh hormat sebelum melangkah pergi. Enjin kereta di hidupkan dan dia memandang sekilas ke arah Suriah.
Ben bukan nak jadi anak derhaka ibu. Kahwin bukan hal yang penting pada Ben. Menjaga Tuan Syed lebih penting.
"Abang.."
Panggilan dari seorang wanita itu mengundang kejutan pada Benjamin.
"Boleh kita bercakap sekejap?". Tanya Asyikin.
Benjamin mencari kekuatan. Di tarik nafas perlahan. Melihatkan wajah wanita ayu ini dia bagai terhenti nafas.
Benjamin mengganguk perlahan. Pintu kereta di tutup semula.
"Abang nak biarkan hubungan kita ni tergantung sampa bila?." Tanya Asyikin.
Benjamin pusing membelakangi Asyikin.
"Abang dah cakap pada ikin dari dulu..jangan tunggu abang. Abang tak paksa untuk Ikin tunggu abang. Ikin berhak cari kebahagiaan Ikin. Jangan sekat kebahagiaan itu hanya dengan menunggu abang yang tak pasti." Jawapan dari Benjamin itu mengundang air mata di pada wanita itu.
"Mudah untuk abang cakap. Hati ikin ni tak boleh senang-senang berpaling pada yang lain."
Tangisan Asyikin itu mengundang gundah di hati Suriah. Setianya kau wahai Asyikin.
"Abang minta maaf Ikin. Bukan abang yang nak menggantung kisah cinta kita. Abang ada tanggungjawabnya lebih besar yang abang kena uruskan."
Benjamin menahan sendu di hati. Bukan dia tidak mencintai..Tapi hatinya lebih kepada terkenangkan pada budi yang di hulur dan perlu di balas selayaknya.
"Sampai bila abang nak jaga Tuan Syed tu sehinggakan sanggup abaikan masa depan abang?". Asyikin kini tidak tahan. Soalan berbaur kemarahan di lepaskan pada Benjamin.
Benjamin memejam mata. Pedih..pedih untuk dia berkeras hati dengan wanita yang sangat dia sayang itu.
Bunyi pada alat 'Bodyguard headset' yang di pasang pada telinganya berbunyi.
"Ben, balik segera. Tuan Syed arah untuk berkumpul."
Arahan itu di terima dengan anggukan.
Benjamin harus pergi. Dia berpusing menghadap Asyikin.
"Sampai Tuan Syed jumpa bahagia dia. Abang kena pergi sekarang."
Sepintas lalu dia berjalan melintasi Asyikin yang basah bersama air mata.
Maafkan Abang Ikin. Semoga Ikin kuat untuk keluar dari penungguan yang tiada jawapan ini.
Aku terpaksa relakan kau pergi... Asyikin.
Melihat kereta yang berlalu pergi itu. Asyikin jatuh terjelopok ke tanah.
Sampainya hati kau Benjamin....
VILLA ROSE
Seramai 12 orang pengawal peribadi itu berbaris panjang di hadapan Tuan Syed Iqwal.
Tuan Syed Iqwal masih tidak memulakan mesyuarat ini tanpa Benjamin. Mereka sedang menunggunya.
Pintu bilik Tuan Syed Iqwal itu di buka.
Benjamin mencuri sedikit nafas untuk bertenang setelah memaksa kudratnya untuk begegas semaksima yang mungkin.
"Sorry Tuan Syed saya lambat." Tegur Benjamin.
Tuan Syed Iqwal mengganguk.
"Macam mana keluarga awak di kampung?".
Benjamin mengangguk sedikit.
"Semua sihat belaka Tuan Syed."
Tuan Syed Iqwal tersenyum memandang Benjamin yang turut tersenyum..
"Baguslah kalau begitu."
Benjamin harus kuat berpura-pura bahagia dapat balik ke kampung. Sedangkan itu pedih sekali bila mengenangkan Asyikin. Tapi tak apa asalkan Tuan Syed baik-baik sahaja.
6 TAHUN YANG LALU
"Kau ingt kau hebat sangat? budak baru masuk tapi kau tunjuk lagak dekat kitaorang? Kau silap besar la." Kata salah seorang dari mereka.
Matanya yang lebam dan mulutnya yang tidak berhenti-henti memuntahkan darah itu di tekup sambil badan menahan gigilan di pukul secara beramai-ramai di situ.
"Hoi ! apa korang buat tu ha?." Tengking Syed Iqwal melihat mereka yang sedang seronok memukul sorang lelaki.
Terhenti perbualan mereka itu bila di sergah oleh satu suara. Siapa pulak nak tunjuk hero ni?
"Jangan masuk campur kalau kau taknak kena pukul sekali." Balas lelaki botak itu.
Syed Iqwal tergelak sinis.
"Korang nak pukul aku? korang ni bukan pelatih badan uniform ke?." Tanya Syed Iqwal.
Mereka terdiam. Memakai baju putih semasa outing memang melambangkan bahawa mereka itu pelatih badan uniform sama ada polis atau tentera.
Tanpa bercakap banyak..salah seorang dari mereka itu menyerang Syed Iqwal. Syed Iqwal sempat mengelak tumbukan dari lelaki tadi.
Maka yang lain ikut serta menyerang Syed Iqwal dan perlawanan 7 lawan 1 yang di saksikan Benjamin itu mengundang risau.
Kenapa lelaki itu melawan? dia boleh mati kena pukul.
Namun tekaan Benjamin silap. kesemua mereka yang menyerang Syed Iqwal itu kalah. Syed Iqwal mendekati Benjamin yang tersandar kesakitan di situ.
"Hey budak, kau tak apa-apa?". Tanya Syed Iqwal.
Benjamin yang menahan kesakitan itu menggeleng. Dia ingin berterima kasih kepada lelaki yang membantunya itu.
Belum bersuara lagi, Benjamin terkejut ada salah seorang dari mereka bangun dan menyerang hendap dari belakang !
"Encik kat belakang!!" Jerit Benjamin.
Tidak sempat berbuat apa. Syed Iqwal terbaring di lantai berlumuran darah. Objek keras yang menghentam kepalanya itu terlalu kuat.
Terjaganya Syed Iqwal itu setelah habis ubat bius dalam badannya, dia terlihat lelaki yang dia cuba selamatkan kelmarin itu menunggunya bangun.
"Kenapa kau ada dekat sini?." Tanya Syed Iqwal.
"Saya...saya nak terima kasih dekat Encik. Encik tolong saya. Saya terhutang budi sebab nak selamatkan saya, Encik hampir mati." Kata Benjamin.
Syed Iqwal tersenyum namun dia menahan kesakitan yang amat di kepalanya.
"Err...aduh.. senior-senior kau macam mana? diorang buli kau lagi?." Tanya Syed Iqwal.
Benjamin menggeleng. "Mereka kena gantung latihan. Terima kasih selamatkan saya. Kalau tak saya tak tahu saya macam mana keadaan saya masa tu."
Syed Iqwal merenung ke arah lelaki itu. "Siapa nama kau?."
"Hafiz Benjamin".
Selepas dari peristiwa itu, Benjamin berhenti dari meneruskan latihan untuk menjadi seorang askar. Dia sangat terhutang budi dengan Syed Iqwal dan mula bekerja dengan lelaki itu. Saat itu terjadilah gelaran Tuan Syed Iqwal pada lelaki yang selamatkannya dahulu. Dia bertekad akan melindungi lelaki itu sepanjang perkhidmatannya di perlukan oleh Tuan Syed Iqwal.
NURJIHAN mengintai dari balik pokok hiasan yang ada di hadapan pintu itu. Meninjau keadaan di dalam lobi Embara Holdings itu.
"Ha, apa dok intai-intai orang tu...biasa ye?."
Nurjihan tertangkap. Dia perlahan-lahan bangun dari bersembunyi di balik pasu pokok hiasan itu dan bergerak masuk menuju ke meja receptionist syarikat itu.
"Err..hihi hai Kak Mek." Tegur Nurjihan.
Kak Mek menggeleng-geleng melihat sikap Nurjihan itu.
"Kenapa nak kena intai-intai? takut apa?". Tanya Kak Mek.
Jari Nurjihan bermain-main di atas meja itu.
"Mana ada takut..risau je kot-kos bos besar ada."
"Gee, kalau Mak Eton tak kerja kat sini dah pun boleh aje masuk sini cari Kak Mek. Gee kan adik Kak Mek?". Matanya di kejitkan pada Nurjihan.
Nurjihan tersengih gatal.
"Hah kenapa ni datang?". Tanya Kak Mek.
"Erm saja nak ajak Kak Mek keluar lunch.. rindulahh."
Kak Mek memutarkan bola matanya ke atas. "Hah, ingatkan lupa dah kat Kak Mek ni."
Sesampainya di restoran hadapan Embara Holdings itu...
"Mak Eton sihat ke?". Tanya Kak Mek.
"Mak? terlebih sihat. Kalau Kak Mek pergi pasar kat area sebelah Mont Kiara tu adalah Mak niaga kat situ." Nurjihan menyedut air teh'o ais di dalam gelas itu.
"Ish-ish..tak boleh duduk diam-diam ye dia kat rumah? nak jugak kerja." Balas Kak Mek merisaukan Mak Eton.
"Biasa la Mak tu Kak Mek."
Merenung Nurjihan yang dia juga rindu tidak bersua lama itu...tiba-tiba bayangan Karlisa terlintas di kepalanya.
"Ha Gee !!." Tepukan meja secara spontan itu oleh Kak Mek mengundang kejutan pada beberapa orang yang ada di dalam restoran itu.
"Kak Mek... terkejut orang. kenapanya?." Nurjihan mengurut-urut dadanya.
"Haritu...Kak Mek pergi Syediq Group nak hantar datu dokumen penting ni. Lepas tu Kak Mek nampak ada satu perempuan ni sebijik gaya dia macam Gee tau tak?." Bersungguh Kak Mek bercerita.
Ahhh sudah..Jihan menelan air liur . Mana mungkin dia lupa saat itu.
"Yeke? habistu dia siapa? sama sangat ke?". Nurjihan berpura-pura teruja memberi riaksi.
"Haah dari belakang sama la. tapi depan-depan tak sama..Malu jugak la Kak Mek masa tu silap tegur orang. Yana cakap tu diorang punya bos baru. Cantik tau .. tapi sayang sombong."
Dahi Nurjihan sudah mula berpeluh menahan debaran.
"Errr hihi...takkan la bos yang cantik tu sama macam orang ni Kak Mek. Dia tu siapa.. bos kot..orang ni biasa-biasa je, Memang silap la."
Huishh ini orang panggil talam bukan 2 muka. Ber 7....8.... muka dah ni bila jadi Karlisa !
"Eleh, Gee pun cantik apa . Natural beauty gituuu." Ujar Kak Mek.
Huhuhu ampunkan patik Kak Mek bukan niat nak berdusta ....
Share this novel