Bab 4 : Hilang

Horror & Thriller Completed 71148

"Kkk...kkk..kau langgar orang Alif?" Kata Syafiq sedikit terkejut dengan pengakuan Alif itu.

Alif diam seribu bahasa, dia hanya menganggukkan kepalanya menjawab pertanyaa sahabatnya itu.

"Allahuakhbar. Habis tu dah buat report polis dah? Ni kau ok tak ni, ada cedera dekat mana-mana ke? Kereta kau macam mana?" Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Syafiq. Dia kelihatan begitu risau sekali.

"Hmmmmm ini yang aku tengah takutkan ni Syafiq." Kata Alif perlahan.

"Kau takutkan apa? Weiii kejap! Jangan cakap dengan aku yang kau langgar dia lepas tu kau lari?" Nada Syafiq serius.

Alif menggelengkan kepalanya. Dia menundukkan wajahnya lalu air matanya kembali berguguran. Perasaan di dalam hatinya itu bercampur. Sebak, ketakutan, risau. Semuanya ada.

"Alif kau jangan diam macam ni. Kau kena cerita dekat aku wei. Nanti kita fikirkan lah cara nak selesaikan masalah ni." Kata Syafiq dengan nada yang sedikit lembut.

Syafiq sebenarnya risau melihat keadaan Alif itu. Iyelah, jika dia ada di tempat Alif pun pasti dia akan menangis sebegitu rupa. Tambahan pula, Alif ini hatinya lembut sedikit. Lagilah buat dia rasa tak senang duduk.

"Cerita dia macam ni. Aku nak balik sini tengahari tapi mak aku tak bagi. Mak aku kata balik lah lepas zuhur, lepas aku dah makan apa semua. Sebab mak aku yang pesan, jadi aku ikut je lah. Lepas tu pulak, lepas zuhur kepala aku rasa berat sangat. Aku tak tahu kenapa. Aku baringlah kejap, tahu-tahu dan pukul 6 lebih. Masa tu mak aku semua dah keluar dah sebab dia nak pergi rumah sedara kitorang, ada kenduri. Jadi tinggal lah aku sesorang dekat rumah. Lepas solat asar, aku terus drive balik sini." Cerita Alif panjang lebar.

"Jangan cakap yang kau langgar orang dekat jalan dalam sana tu." Kata Syafiq sedikit serius.

"Aku gerak dari rumah aku dalam pukul 6.45pm. Nak lalu tol jauh, jadi aku lalu lah jalan dalam tu. Aku tahu jalan tu akan gelap pada waktu malam sebab tak ada lampu langsung, tapi aku tak sanggup wei nak drive jauh-jauh. Aku pun tekad jelah lalu jalan dalam tu." Cerita Alif lagi.

"Tak ada orang ke dekat jalan tu masa kau lalu situ?" Tanya Syafiq ingin tahu.

"Aku masuk jalan situ pun dah dekat nak maghrib. Kau pun tahu kan kalau malam jarang ada kenderaan dekat situ. Kalau ada pun sebiji dua, itu pun lori lah kebanyakkannya." Jawab Alif ringkas.

"Haaaa lepas tu macam mana kau boleh langgar orang wei?" Tanya Syafiq lagi.

"Hmmmmm masa nak dekat2 azan tu aku rasa seram sejuk. Bulu roma aku ni tegak berdiri. Aku malas nak ikutkan sangat perasaan, so aku drive je lah macam biasa. Tak lama lepas tu radio aku tak dapat siaran. Waktu-waktu maghrib macam biasalah, radio Ikim kan akan siarkan zikir sebelum azan kan. Bila start je zikir, terus hilang siaran tu. Aku pelik lah. Lepas tak lama tu, aku pasang cd sebab semua radio tak dapat siaran. And lagi pelik sebab cd pun tak boleh guna. Masa tu aku memang zikir, selawat banyak-banyak dalam hati." Kata Alif dengan raut wajahnya yang serius.

Syafiq memegang tengkuknya. Bulu romanya sedikit meremang. Dia duduk mendekati Alif.

"Nak dijadikan cerita, masa aku tengah drive tu mak aku call. Masa aku tengah nak jawab, phone pulak terlepas dari tangan aku. Terjatuh dekat bawah kaki. Aku pun kalam-kabut lah cuba nak capai phone aku tu, sampaikan aku tak nampak sangat apa yang ada dekat depan aku tu. Masa aku dah dapat phone tu, aku kalih lah tengok depan balik. Tahu-tahu aku masuk salah lorong and ada kereta dekat depan aku tu. Aku mengelak ke kanan, tapi aku sempat break lah. Kereta yang depan aku tu pulak elak ke kiri tapi..." Kata-kata Alif terhenti di situ.

"Tapi apa Alif?" Soal Syafiq ingin tahu.

"Kau tahu kan dekat jalan tu ada gaung yang bawah tu ada lombong yang dah tak digunakan?" Tanya Alif kembali.

"Aku tak tahu, tapi aku pernah dengar lah mak cik mak cik dekat sini cerita pasal gaung tu. Pasal banyak kes kemalangan maut dekat situ. Kan?" Kata Syafiq ingin tahu.

"Aah, betul. Kereta yang aku elak tu terbabas dalam tu wei. Aku tak tahu macam mana tapi benda tu jadi sekelip mata je. Aku rasa aku terkejut sangat, sampai kan aku terus tekan minyak laju dan pergi dari situ. Aku tak pandang belakang dah, aku tekan je minyak sampai lah aku ke sini." Sambung Alif lagi.

Syafiq terdiam mendengar cerita Alif itu. Dia tidak tahu macam mana dia boleh membantu Alif di dalam hal ini. Dia faham kenapa Alif merasa begitu, jika dia pun sudah pasti dia akan melakukan perkara yang sama.

"Tapi kau pasti kan yang tak ada sesiapa yang nampak kereta kau dekat situ?" Tanya Syafiq tiba-tiba.

"Jalan gelap sangat wei, aku tak nampak apa. Tapi kalau ada kereta lain, mesti aku nampak cahaya dari lampu kereta dorang kan? So aku yakin lah yang memang tak ada sesiapa pun dekat situ." Kata Alif yakin.

"Baguslah kalau tak ada sesiapa nampak kau dekat situ. Sebab kalau ada yang nampak, mati lah kau Alif." Kata Syafiq serius.

Aliff terdiam. Dia masih menundukkan mukanya ke lantai. Fikirannya masih memikirkan banyak benda, namun sedikit tenang apabila sudah menceritakannya pada roomatenya itu.

Tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk kuat. Mereka yang sedang duduk di atas katil, terkejut. Waktu-waktu begini siapa pula yang mahu berjumpa dengan mereka.

Alif ketakutan. Dalam fikirannya hanya ada gambaran 2 3 orang polis sedang mencarinya. Dia menggigil, tubuhnya kesejukan. Syafiq yang berada di sisi Alif cuba menenangkannya.

Pintu itu terus diketuk kuat. Syafiq memberanikan diri lalu bangun menuju ke arah pintu bilik mereka. Alif tidak keruan, dia mahu bersembunyi namun Syafiq tidak izinkan.

Tombol pintu bilik mereka dipegang perlahan. Ketukan masih lagi kedengaran. Syafiq memulas perlahan tombol itu dan membuka pintu itu sedikit demi sedikit. Dia terkejut.

Tiada sesiapa pun diluar. Syafiq menjengahkan kepalanya lalu menoleh ke kiri dan kanan ruang legarnya itu. Gelap dan sunyi. Tiada siapa pun di situ. Meremang bulu romanya.

Dengan sepantas kilat dia menutup biliknya itu. Mukanya pucat. Dia kembali duduk di sisi Alif namun diam seribu bahasa. Masing-masing tidak berkata apa-apa kerana masing-masing yakin pintu bilik mereka yang diketuk tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience