EPISODE 2

True Story Series 34123

Suhada membenamkan wajahnya dibantal. kepala terasa berat sejak peristiwa menangis dicafe petang semalam kini ia harus menangung kesakitan dikepalanya.

Airmata seperti cemburu dengan dirinya dan mengalir selaju air paip..

Kenape semue ni terjadi pade aku hah!! kenape beban ni menyekse diri ini kenape..? Hiskk.. hiskk.. kenape ya allah..

Kakak kenapa ni..? bukalah pintu ni.. Fawas mendekati pintu bilik Suhada.

Pergi...!!!!!!! Suhada menjerit didalam bantal sekuat hati.

Fawas menggaru kepala sendiri..

Kalau kakak lapar bagitahulah..

Prangg.." cermin kaca didalam bilik Suhada pecah akibat membaling fon sendiri.

Kakak..!!

Pergi jangan ganggu kakak..

Fawas segera mendail nombor fon ayahnya ia segera masuk kedalam bilik sendiri.

Arghhh!!! aku benci kau! benci bantal ditumbuk sekuat hati dan terus dibuang ke lantai..

Sejam kemudian.

Macam mana dengan kakak..? Puan Amira mendekati Fawas.

Fawas menggeleng kepala perlahan..

Pintu bilik dibuka oleh Hasyim dari luar dan diikuti oleh Amira dibelakang.

Ya allah bang.., keadaan dibilik Suhada seperti tongkang pecah Hasyim berjalan dicelah-celah bantal dan Amira mengambil barang Suhada dan di susun kembali..

Yunk... dahi kakak panas ni, Hasyim memegang dahi Suhada perlahan..

Suhada tidur keletihan akibat berperang dengan diri sendiri.

Amira mendekati anaknya lalu diusap perlahan bahu Suhada, Rambut disisip di tepi telinga anaknya..

Kita bawa kakak pergi klinik ye bang, risau betul dengan keadaan kakak ni.. tak pernah dia macam ni pun selama ni.

Baiklah jom kite cepat.. mereka bergegas pergi membawa Suhada ke klinik terdekat.

•••

Didalam kereta Suhada terdiam sepi, wajah lelaki jahat itu mula bermain difikirannya..

Kenape dengan aku..? kenape jadi begini!! dia bukan sesiapa didalam diri kau pun.. kau tak ada hak nak melarang dia nak atur hidup dia bagai! APA HAK KAU? dia bukan milik kau.. kenal pun tidak apatah lagi nak memiliki cinta dia... kau tak layak Sue.. kau tak layak..!!

Kakak.. jangan terlalu berfikir kamu tak sihat tu lagi.. Amira memegang erat tangan suaminya.

Hiskk.. kakak okey je mak janganlah risau tau..

Hasyim hanya mendiamkan diri.. kini anaknya sudah meningkat dewasa kemungkinan ada sesuatu sedang menganggu fikiran anaknya sehingga doktor mengatakan Suhada mengalami tekanan perasaan yang baru di peringkat awal.

Mak.. ayah.. kakak nak makan lapar...

Hasyim dan Amira memandang sendiri dan mereka tersenyum seketika.

Baiklah kita singgah kedai tomyam dulu ye nak janji jangan menangis lagi okey..

Baik mak terima kasih..

Kereta diparking jauh dari kedai itu kerana tempat untuk memarking kereta semakin sendat.. Mereka bertiga masuk kedalam kedai makan tomyam kegemaran Suhada, ia duduk seorang diri manakala mak dan ayahnya duduk didepannya..

"Perfume ni..?" Suhada memerhati sekeliling dan antara dua meja disisinya, Syarif memandang tepat kearahnya

Ada jugak dia ni eeeiii!! ia menunduk sendiri..

Makan ape..? pelayan mula membagi menu kepada Suhada Amira dan Hasyim..

Kakak.. nak makan ape tengoklah menu tu..

Kakak nak balik ayah..

Amira dan Hasyim memerhati sesama sendiri.

Airmatanya mula menakung dikelopak matanya tunggu masa untuk berlepas saja.

Tadi.. ermm baiklah jom.. Maaf ya anak saya tak berapa sihat sikit.. Amira mula bangun bersama Hasyim. Syarif juga bangun dari situ dan terus berjalan kearah Hasyim.

Assalamualaikum pakcik, makcik..

Waalaikumusalam.. eh tuan Syarif maaf pakcik tak perasaan tuan dekat sini tadi sihat ke..?

Suhada sudah bangun dan pergi dari situ..

Janganlah panggil saya tuan, Kekok pula saya rasa.. panggil Syarif saja lebih santai.. Syarif melihat Suhada pergi dari situ dan seperti kaki nya juga tertarik untuk mengikut langkah Suhada

Oh yeke.. baiklah nak..

Saya sihat alhmdulillah.. pakcik dan keluarga macam mana sihat..?

Kami berdua sihat alhamdulilah cuma Sue..

Mak, ayah cepatlah kakak nak balik ni..

Pakcik.. boleh saya nak jumpa dengan Suhada sekejap...?

Boleh Syarif silakan sempatlah pakcik tapau kan makanan dekat Sue kejap ya..

Baiklah".. Syarif berjalan kearah kereta Hasyim yang agak jauh dari gerai itu.

Bau perfume ni lagi.. dia ni memang menyakitkan hati betul..!! Pintu kereta dibuka pantas oleh Suhada dan belum sempat ditarik, pintu kereta itu ditutup kejap.

Syarif terus menarik tangan Suhada kearahnya.. dipeluk tubuh gadis itu dan diusap rambut Suhada yang lurus dan wangi itu.

Lepaslah..!! airmatanya tidak mampu menampung lagi dan akhirnya mengalir dengan laju dipipi.

Sssh..." sakit hati ye dengan saya hurmm..?

Tuan jahat saye benci tuan!! kenape tuan selalu muncul di depan saye haa...?

Mungkin takdir kita Hada..

Suhada menolak tubuh itu jauh seinci dan ia terus memukul kuat dibidang dada Syarif, ia tidak perduli siapa lelaki itu sekarang..

Huk.. huk.."

Suhada terkejut dan terus mendekati dirinya kepada Syarif.

Maaf.. saye tak sengaje.. (disengajakan)

Hurmm kuat juga awak Hada.

Suhada terus menjauhkan diri dari Syarif, Cukuplah sebatas ini kerana lelaki ini akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi..

"Saya minta maaf Hada..

Kenape tuan nak minta maaf..? tuan takde buat salah pape pun.. saye rase lebih baik selepas ni jangan muncul didepan saye lagi boleh tak? baik tuan pergi sekarang..

Kini tubuh Suhada dikepung nya.."

Hada-Hada..." sekarang ni saya diluar kawalan kerja tahu tak..!! kalau saya nak culik awak sekarang pun tak ada masalah kan.. Syarif mendekati hidung Suhada

Suhada tercengang jantungnya mengepam laju ia menolak tangan Syarif kembali berdiri.

Huuu.. seramlah anak gajah saya penakut rupanya, takkan usik sikit dah kecut perut kott..

Diamlah tuan bisinglah saye bukan anak gajah tuan ingat sikit!!

Hahaha... kalau awak bukan anak gajah saya kenapa awak masih panggil saya tuan?

Dahlah pergilah balik saye nak masuk kedalam ni nyamuk banyaklah! tuuu.. awak tu takpelah kulit badak.

Syarif hanya tersenyum...

Awak tak rindukan saya ke Hada..?

Ape...? rindu..? haha.. lawaklah soalan awak ni Syarif!! awak ingat saye dengan awak ade ape-ape hubungan ke..!! takde kan jadi tolong jangan tanye soalan macam tu, boleh..?

Amboiii" berbisa betullah ayat awak ni Hada sakit pula hati ni.. apa kata kita settle hutang awak tu sekarang amacam..?

Suhada terdiam sendiri.

Agak-agak ayah awak ada tak sebanyak tiga ratus ribu tu ye..? saya nak pergi tanya ayah awaklah.. awak pergilah masuk kedalam, bye

Tuan.. stop-stop, Maaflah..

"Tak ada maaf lagi bagimu sayang.." Syarif mencuit bibir Suhada sebelum ia melangkah pergi dari situ untuk kali ke dua.

Tuan!!!.. okey.. janganlah pergi, diorang takde duit sebanyak yang tuan mahukan tu.

Baik" kalau macam tu saya nak awak terima cabaran saya ni boleh tak..? Mata mereka bertentangan hanya nafas mampu ditarik dan dihembus perlahan.

Errr tapi..

Saya cabar awak Hada..!! kalau awak mampu buat saya jatuh cinta dengan awak selama setahun ni saya takkan ungkit lagi tentang tiga ratus ribu tu lagi macam mana..? ada berani..

What..!! tapi tuan...

Macam mana deal..? Saya cabar awak ni.." do it Hada.. kalau awak tak mampu saya akan up kan lagi harga barang tu sebanyak sepuluh ribu per month.. "faham sayang"

Mulutnya terbuka luas! dari tiga ribu sampai ke sepuluh ribu..

Amacam..? kening Syarif dinaikkan seketika

Tuan..!! ni lintah darat betul.. mana adil macam tu.. saye keje situ pun berap....

Sshh... saya cuma tanya deal atau tidak, saya taknak tahu berapa gaji awak sebulan, maaf ya..

Tuan ni menyaki..

"Tuan ni menyakitkan hati betul saye benci tuan"

Eeeii tuan ni!!

"Eee tuan ni kan" Syarif menjejek suara Suhada

Suhada tergelak jarang sekali lelaki itu mengembirakan hatinya.. "setahun sekali kot"

Yelah.. saye terime cabaran tuan, tapi sampai kite bertunang je kan..? Suha menolak tubuh Syarif kembali berdiri.

Nope.." Sampai kita berkahwin..

Hurmm.. tengoklah macam mane nanti eh..

Jadi deal ke tak ni..?

Yeye.. deal... tapi saye ade syarat sendiri..

Okey good girl, Kini ia ingin mencium pipi Suhada tapi tubuh Syarif ditolak kuat sehingga terdorong ke belakang.

Tuan janganlah, tuan saye nak cakap sikit ni..

Oooh nakal ya main tolak-tolak nak kena ni tunggu.. Syarif mendekati Suhada kembali.

Syarif.. Hasyim mendekati

Eh pakcik maaf, Awal sangat pakcik datang ni..

Tuan!! aduhaii... demam balik aku lepasni..

Eh maaf.." Syarif mula seperti kebudak-budakkan mencari alasan.

Suhada sudah menepuk dahi perlahan.. "Bendul juga tuan ni" hatinya berbisik kuat..

Syarif memegang erat tangan Suhada, bila tangan mereka bergesel sedikit...

Suhada hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya Kakak tak sihat sebab tulah dia kesini nak makan tomyam.. tapi mungkin dia tak lalu nak makan sebab tu dia tunggu pakcik disini.

Syarif terus beralih kearah Suhada lama dan dahi Suhada ditekan perlahan.. "panas"

Ishh.. ayah saye ade tu ya allah dia ni kan.!! tangan Syarif ditolak laju..

Eh maaf pakcik terlajak pula..

Hasyim dan Amira tergamam seketika dengan aksi spontan Syarif didepan mereka.

Erk.. takpe-takpe.. jom kakak kite balik dulu, terima kasih Syarif sebab dah tolong tengok kan anak pakcik ni.

Be..baik pakcik.. hati-hati memandu, kini tangan Hasyim disalam penuh hormat.

Assalamualaikum..

Ya pakcik waalaikumusalam...

Jom kakak, Puan Amira menjarakkan anaknya dengan Syarif.

Suhada memerhati tangannya kembali digengggam erat oleh Syarif..

Dah.. saye nak balik dah ni...

Balik nanti makan dulu sebelum makan ubat ya jaga diri awak bebaik tau sebab awak ada cabaran baru didalam hidup awak ni.. "ia sedikit berbisik"

Suhada menjeling dan terus melepaskan genggaman tangan Syarif.

Bye..

Hurmm hati-hati balik tu sampai rumah info saya ya..

Suhada terus masuk kedalam badan kereta, dan kereta itu mula bergerak pergi..

Harap-harap semua akan berjalan dengan lancarlah amin, Syarif terus pergi dari situ.

mampukah Suhada merangkul cabaran yang diberi oleh Syarif..?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience